Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Datin Red buat caption paling menang untuk Datuk Red

Selasa, 11 Oktober 2016

Nina Juren tulis caption 'macam setan' di Instagram.. OMG

Khamis, 26 November 2015


Datin Nina Juren didakwa telah ditipu oleh peniaga online di Instagram yang sehingga kini masih tidak memulangkan kembali wang yang sudah dibayarnya. Nina Juren menerusi laman Instagram miliknya meluahkan rasa tidak puas hati kepada peniaga online itu.

Sebuah foto screenshot perbualan aplikasi Whatsapp yang dimuat naik ke Instagram Nina telah menulis kapsyen seperti "Memang SETAN..."

Menerusi screenshot yang didedahkan itu, Nina beberapa kali meminta wangnya dipulangkan tetapi peniaga berkenaan yang dipanggil Mira memberikan banyak alasan untuk membayarnya kembali. -Murai

Perceraian belum selesai, Ezany bercinta dengan Datin Paduka..

Sabtu, 14 November 2015

Ezany Nizariff mendedahkan sudah mempunyai kekasih baharu yang dikenali sebagai Datin Paduka K. Walaupun kes perceraiannya masih belum selesai, namun dia perlu memikirkan masa depan dia dan anak-anak.
"Saya perlu akur bahawa saya memerlukan seorang isteri di sisi untuk menjaga saya, menguruskan rumah tangga dan anak-anak. Alhamdulillah saya ada jumpa seseorang yang berfikiran matang dan memahami saya.

"Dia seorang janda yang mempunyai gelaran Datin Paduka. Saya gelarkan dia Datin Paduka K saja,"

"Saya pun sudah ada seseorang yang saya cintai. Jadi lebih baik kes (perceraian) diselesaikan dengan segera. Cuma itulah, sudah beberapa kali dia tidak hadir ke mahkamah dan saya pun susah untuk menjejakinya," ujar Ezany.

Rita Rudaini berang di atas kapal terbang...

Khamis, 3 September 2015

Agak berang Rita Rudaini apabila balik daripada percutiannya di Eropah dengan anak-anaknya di atas kapal terbang. Nak tahu, kenapa Rita berang, nah bacalah caption dia kat bawah ni, cukup marah sangat Rita.

Datin Anne Ngasri

Jumaat, 9 Januari 2015

Tahniah Anne Ngasri yang kini dah bergelar Datin. Tak sangka sekeping foto yang dimuatnaik olehnya untuk sebuah majalah tempatan telah memaparkan namanya dengan gelaran Datin.

Suaminya kan ahli politik terkenal, mungkin dapat anugerah Dato' kot.

Hubungan Sharifah Dengan Ibu Mertua.....

Rabu, 6 November 2013

Pelakon Sharifah Shahirah yang juga isteri kepada Zulkifly Azari @ijoy memang seorang yang awet muda lah katakan. Dan penampilan dan gelagatnya seperti remaja bila berada di kaca TV.

Menurut portal Kosmo!, Petua kecantikan peribadi memang tidak ada. Tambahan pula sekarang Sharifah mengalami masalah tidur dan hanya lena selama 5 jam. Bila bangun pagi, Sharifah minum air kosong dan Nescafe.

Zizie Ezette kini bergelar Datin

Selasa, 22 November 2011

Bermula awal tahun ini, Zizie Ezette telah mula bergelar datin. Ini berikutan Datuk Bung Mokhtar Radin menceraikan isteri pertama beliau, Nor Asidah Alimuddin.

Untuk yang tidak tahu, gelaran datin hanya boleh digunakan oleh isteri pertama sahaja. Perceraian itu dikatakan berpunca sikap Bung dan Zizie yang melanggar perjanjian dulu.

“Khabarnya dulu, Bung dan Zizie berjanji pada Nor Asidah tidak akan meuwar-uwarkan berita perkahwinan mereka. Bekas isteri minta mereka kahwin senyap-senyap supaya tidak menimbulkan persoalan.

“Tapi, malangnya berita perkahwinan Bung dan Zizie dapat dihidu wartawan dan menjadi berita besar. Kebanyakan akhbar meletakan cerita perkahwinan mereka di muka depan. Jadi Bung dan Zizie dianggap melanggar janji,” lapor akhbar berkenaan.

Maria Farida dalam Datin Ghairah

Sabtu, 9 April 2011

Sebuah filem yang memaparkan sebuah kisah hidup seorang yang kaya raya. Filem ni dah lama dah dipromosikan dari tahun 2009 lagi, cuma akan ditayangkan pada 2010 atau 2011 (kompius sikit, semak sini tinyurl.com/datinghairah). filem ini dibintangi oleh Maria Farida dan juga Aaron Aziz. Kiranya memang gandingan yang ideal. Kedua-duanya sama cantik dan padan. Tapi harap maklum, Aaron dah berbini. Hehe. Lihat video trailer ni, tidak seghairah mana pun, cuma Maria punya gelek banyak cantik oO. Anda dilarang meniru aksi ini ketika berada di kuburan. Hehe.

Fahrin Ahmad bercinta dengan anak saudara Dato' Siti Nurhaliza?

Rabu, 30 Mac 2011

Pelakon kacak Fahrin Ahmad baru sahaja digosipkan bercinta dengan anak saudara Dato' Siti Nurhaliza di satu laman sesawang. Siapa anak saudara Dato' Siti ni? dia adalah Zetty Adila Dato' Ramly iaitu anak kepada produser drama, Datin Zaiton Mohd Jiwa. Zetty Adila ni juga orangnya manis dan cantik, memang bertuah orang yang dapat memiliki hati Zetty Adila. Jadi sepertinya sesuai dengan Fahrin dari sudut pandang kasar. Namun, Datin Zaiton yang lebih dikenali sebagai Kak Ton menafikan hubungan anaknya dengan Fahrin.

Kata Kak Ton Mungkin gosip sebegini mungkin timbul sebab kebelakangan ini, Fahrin banyak bekerja dengan syarikat produksi Kak Ton. Sehinggakan Kak Ton pun naik hairan a.k.a. pelik daripada gosip yang tak betul ini boleh wujud. Sebab setahu Kak Eton, mereka tak pernah pergi ke mana-mana secara berdua. Adila pun menafikan perkara ini, dan mahu gosip ini dihentikan, sebab menganggu kerjayanya. Oleh yang demikian maka episod Fahrin bercinta dengan Adila adalah tidak benar sama sekali. Dan kedua-duanya sehingga waktu ini masih bergelar 'SINGLE'!.

Ps: Fahrin hensem, Adila tak nak? Zzzz.

Sofea Jane kini jadi Datin

Selasa, 26 Oktober 2010

Siapa tidak kenal Sofea Jane kacukan British dan Melayu, dia merupakan heroin bagi filem Kekasih Awal dan Akhir pada tahun 1992. Baru-baru ini dalam satu artikel di akhbar tempatan yang suami kepada Sofea Jane, Meor Zain Azman iaitu Ketua Pegawai Eksekutif CAG Energy Sdn Bhd, telah dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk. Ini bermakna secara automatiknya Sofea dah bergelar Datin.

Kalau nak diingatkan dari zaman abad ke-21 ni, ramai dah artis-artis dari penyanyi hingga ke pelakon wanita di Malaysia yang bergelar Datin ketika ini. Gelaran yang didapati kerana berkahwin dengan mereka yang mempunyai gelaran Datuk. Mereka terdiri daripada Datin Paduka Umie Aida, Datin Annahita Bakavoli, Datin Noniswara, Datin Ilyka dan ramai lagi kot. Yang korang tahu tu, beritahulah juga kat sini yer.

Fizo di goda oleh 'Ibu' kaya

Rabu, 20 Januari 2010

Sejak serius dalam industri hiburan beberapa tahun lalu, dugaan godaan daripada wanita kaya cukup ‘menakutkan’ dan sepanjang tempoh itu, Wan Hafizol Omar atau lebih dikenali sebagai Fizo , 25, menerima kira-kira 20 tawaran hidup mewah sekelip mata. Jika dijumlahkan, mungkin ia mencecah jutaan ringgit kerana tawaran diajukan, termasuk kenderaan mewah, rumah besar, wang ringgit dan ada lebih hebat lagi, apa saja yang Fizo mahukan sanggup ditunaikan.

Wanita terbabit pula berusia antara lingkungan 30-an hingga 40-an, boleh dianggap sebagai mak cik atau ibu, dan menggunakan orang tengah untuk memancing Fizo. Sebelum menceburkan diri dalam industri hiburan, Fizo berada dalam dunia peragaan dan ketika itu, ada juga tawaran tetapi ia menjadi lebih ‘rancak’ selepas bergelar artis.

Bukan mudah untuk mengelak tetapi Fizo cuba bercakap secara sopan dan normal kerana mahu menyelesaikannya dengan baik. Tawaran pula dibuat melalui perhubungan terus menggunakan orang tengah atau e-mel peribadi Fizo. Kebanyakan tawaran itu mahu saya berurusan dengan mereka di luar negara. Mungkin kerana mereka anggap cara itu lebih selamat. Setakat ini, walaupun ada kalanya terasa hidup agak sukar, Fizo tetap menjaga maruah dan mengelak daripada terjebak dengan gejala negatif seperti itu.

Natasha Hudson Jadi Ikan Buntal

Sabtu, 19 September 2009

Datin Natasha Hudson sememangnya pelakon kacukan yang berbakat besar dalam bidang lakonan. Walaupun dah bersuamikan Datuk, tapi bagi dirinya, dia masih lagi mahu terlibat dalam bidang kesenian. Terbaru, Datin Natasha Hudson melakonkan dalam Kolaborasi artistik Shu Uemura dalam 'Muzikal Gamat' dengan memegang watak ikan buntal. Gambar dibawah adalah salah satu cara membuat Datin menjadi ikan buntal.