Pada:
Isnin, 25 Januari 2010

"Selepas berfikir panjang, keputusan yang wajar saya lakukan adalah mengambil tindakan undang-undang terhadap Linda," kata Fahrin yang amat sedih apabila Linda membuat kenyataan menuduhnya panas baran serta 'cepat naik tangan'.Katanya, perbuatan itu memberi kesan yang amat buruk terhadap kerjayanya sebagai seorang pelakon selain duta kepada syarikat kecantikan Garnier dan Shell. Fahrin juga mendakwa, maruahnya lebih tercemar apabila Linda bersekongkol dengan Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya atau lebih dikenali sebagai Scha Al-Yahya yang juga bekas kekasihnya untuk terus menabur fitnah.
"Kesabaran saya selama ini tidak dihargai oleh Linda membuatkan saya terpaksa mengambil tindakan tegas," katanya.Linda dalam sebuah akhbar mendakwa Fahrin pernah mengasarinya sewaktu mereka bercinta dan pengalaman yang sama turut dikongsi Scha. Berikutan itu, Fahrin dijadual akan mengadakan sidang akhbar Isnin ini di Hotel Palace of The Golden Horses di sini bersama peguamnya dari Tetuan Naufal & Co. untuk menjelaskan bentuk tindakan terhadap Linda.
Katanya, langkah berkenaan diharap dapat membersihkan namanya yang sudah tercalar selain terpaksa menanggung malu akibat tuduhan yang tidak berasas. Sementara itu Linda Onn gagal dihubungi dan tidak menjawab khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dikirimkan kepadanya. Difahamkan sejak minggu lalu, Linda cuba mengelak untuk bertemu pihak media kerana dia enggan memberi sebarang komen mengenai kemelut yang berlaku.
Tag : Berita Artis , Fahrin , Linda Onn , Saman

