Azwan, Aznil berbaik-baik hilangkan dendam

Pada: Khamis, 21 Januari 2010
Ketika menjenguk sejenak ke 'Majlis Penuh Rahsia Azwan Ali' minggu lepas, banyak mata menjadi saksi betapa syahdunya sebuah pertemuan ala jejak kasih dua sahabat, pengacara nombor satu Aznil Nawawi dan selebriti 'si mulut laser' Azwan Ali. Keikhlasan dua sahabat berdakapan erat seperti jarak waktu yang berlalu begitu zalim memisahkan mereka. Rupa-rupanya, mereka tetap berhubungan melalui SMS dan teks ringkas bertahun-tahun kebelakangan ini. Tapi kesempatan berjumpa belum terdorong lagi hinggalah ke hari bersejarah petang itu.

"Kami saling memantau perkembangan masing-masing. Kalau ada yang tak kena di mata, saya akan tegur. Begitu juga dengan Azwan," jelas Aznil membuka topik yang tidak pernah disentuh selama ini.
"Kita semakin tua. Fikiran sepatutnya lebih matang. Saya sudah fikirkan masak-masak. Tidak ke mana apa-apa permusuhan sekalipun. Lagipun saya yang lebih tua. Jadi seharusnya, saya yang lebih matang dari Azwan dan mengorak langkah dulu," jelas Aznil sejujurnya.

Tag : , , ,