Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Yus, Tauke bergaduh?

Isnin, 17 Februari 2014

Memetik sumber portal Utusan, dikhabarkan yang hubungan dua akrab pelawak kumpulan Jambu, Yus dengan Tauke kini rengang.

Keadaan itu berlaku ketika akhir program Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM2013) minggu yang lalu. Mereka berdua bergaduh diatas sebab yang remeh temeh.

Jika anda perasan, persembahan mereka pada akhir itu, mereka bermasam muka dan enggan memberikan kerjasama yang terbaik dan akhirnya mendapat tempat ke-4.

Tak dapat dipastikan sebab apa, namun diharap kedua pelawak ini boleh berbaik semula dan menjalinkan persahabatan seperti sediakala.

Fizo Omar Marah Afiq Muiz, Mahu Tegur!

Jumaat, 31 Mei 2013


Semalam, Fizo Omar melahirkan rasa terkilan dan menegur sikap pendatang baru Afiq Muiz dengan ibunya kerana krisis keluarga yang melanda mereka.

Fizo berpendapat, walaupun seteruk mana seseorang ibu itu, seseorang anak itu wajib memohon maaf terhadap kesilapan melukai hati ibu masing-masing.

"Saya kurang senang dengan sikap Afiq. Adakah ibunya berkelakuan buruk dan terlalu jahat? Jika ya sekalipun, dia tidak boleh menghina wanita yang melahirkan dan membesarkannya sebegitu rupa.

"Jujurnya, andai kata saya dapat bersemuka dengan dia (Afiq), saya akan menegur sikapnya itu. Saya benar-benar marah dan kecewa dengan sikapnya itu,

"Kalau nak diikutkan, Afiq masih belum berjaya sepenuhnya tetapi nama dia sedang meningkat naik. Dengan keadaan dia tidak meminta maaf kepada ibu, saya percaya hatinya susah untuk menjadi tenang,” jelas Fizo. -mStar

Afiq Terima Sokongan Keluarga Saudara

Sabtu, 25 Mei 2013


Baru-baru ini Afiq Muiz mendapat sokongan keluarga dan datuk saudaranya sebelah ayahnya, Jalal Abidin memetik daripada SinarHarian dimana mereka sekeluarga mahu Afiq dan emaknya berdamai secara meja rundingan atau bulat.

Jalal berkata, seluruh keluarga di sebelah bapa Afiq, Azman Shah Kadir Ibrahim Shah, berharap tiada lagi adegan ‘serang menyerang’ menerusi media mahu pun laman sosial daripada mana-mana pihak.
"Kami mohon ibu Afiq menarik balik segala kenyataan yang dikeluarkan mengenai Afiq (anak derhaka) sebelum ini dan berdamailah dengan Afiq,”

“Kesiankanlah Afiq. Kita hidup berkeluarga, turunkan ego masing-masing dan berjumpalah untuk berdamai. Itu jalan yang terbaik.

“Saya juga berharap bapa Afiq dapat membantu dan memainkan peranan untuk menyelesaikan hal keluarga ini, tanpa diketahui oleh orang luar,

“Kalau masih juga tiada jalan damai, kita harap persatuan (SENIMAN) dapat membantu, kerana ia bukan melibatkan hal keluarga sahaja, tetapi juga soal periuk nasi Afiq yang turut terjejas,” -Jalal
“Jika Umi (ibu) sedia untuk berdamai, saya juga begitu,” -Afiq

Afiq Muiz Lebih Rela Mati Jika..

Khamis, 23 Mei 2013


Tak berkesudahan nampaknya cerita Afiq Muiz dan ibu kandungnya. Terbaru Afiq dikatakan rela mati dari hidup disumpah ibu kandung sendiri memetik apa yang disampaikan melalui laman sosial Twitternya. Ayatnya memang cukup berani, bahkan ianya bakal mengundang pelbagai reaksi orang ramai. Korang nilai kan la sendiri.


Shila Amzah Nasihatkan Afiq Muiz

Jumaat, 17 Mei 2013

Isu Afiq Muiz dengan ibu kandungnya telah medapat perhatian dari artis senior, Shila Amzah. Shila Amzah ada mengomen atau menasihati Afiq melalui laman sosialnya. Dan ini adalah pendekatan pertama Shila sebagai seorang selebriti yang sama-sama menasihati kawan sejawatnya itu. Apa-apa pun terima nasihat dan pandangan orang lain, kita mampu mengubahnya. Hehe.


Syamsul Yusof vs Ammar Alfian

Rabu, 1 Mei 2013


Setelah Ammar Alfian membuat tuduhan kepada bekas kekasihnya Puteri Sarah beberapa hari yang lalu yang mendakwa dia ada hubungan cinta dengan Syamsul Yusof, kini Syamsul sepertinya menyindir Ammar dalam laman sosial Twitter miliknya. Dan kemudian dibalas kembali oleh Ammar di laman Facebook. Kirannya perang cyber la ni.

Sebelum ini Puteri menegaskan yang dia dengan Syamsul tidak ada apa-apa hubungan istimewa memandangkan tahun ini sahaja tidak pernah berjumpa dengan pengarah filem itu.

Norman KRU vs Faizal Tahir

Selasa, 30 April 2013


Inilah ragam politik negara kita. Bila artis bersuara di laman sosial, ada juga sebilangan artis yang menemplak dengan membalasnya terutama laman sosial service Twitter.

Terbaru isu Norman KRU yang mengandaikan jika PAS memerintah melalui laman Twitter, industri hiburan akan merundum jatuh dan tidak seperti yang dijangkakan naik memandangkan studio bernilai jutaan ringgit itu hampir tidak lama lagi siap.

Namun kenyataan ini dibidas oleh Faizal Tahir juga memlalui laman sosial Twitter, dengan mengandaikan rezeki itu semua datang dari Allah, sebagai orang Islam anda harus mempercayai Qada dan Qadar Allah. -gambar Forum Cari


Aaron Nafi Bermasam Muka dengan Zizan

Jumaat, 15 Mac 2013

Aaron Aziz menafikan dia dengan Zizan Razak bermasam muka. Malah kata Aaron lagi, hubungan dia dengan Zizan seperti biasa sahaja dan rapat sebagai seorang artis. Dengan yang terbaharu menerusi shooting filem 'Abang Long Fadil'.

Memetik daripada portal GUA semalam, Aaron juga tidak menafikan diantara Zizan atau Johan yang bakal mememangi ABPH 2012 bagi Bintang Paling Popular yang berlangsung tidak lama lagi.
“Saya dengan Zizan baik. Sewaktu penggambaran pun, kami tiada masalah. Biasalah, orang selalu salah anggap bila timbul isu begini,

“Harapan menang ABPBH tahun ini agak tipis. Saya menjangkakan Zizan atau Johan Raja Lawak berpeluang meraih Bintang Paling Popular memandangkan program Maharaja Lawak mendapat sambutan begitu hebat,” -Aaron Aziz

Sharnaaz Bengang Dengan Media

Rabu, 20 Februari 2013

Tidak tahu apa hakikat sebenar pelakon, Sharnaaz Ahmad membidas sebuah agensi media yang dimaksudkannya kerana mengubah ayat yang dikeluarkan oleh mulutnya sendiri.

Kalau nak diikutkan memang ayat yang dikeluarkan di laman sosialnya menunjukkan kemarahan yang tak terkata sehinggakan mahu mengheret ke muka pengadilan atau mahkamah.

Media atau suratkhabar mana yang dimaksudkan itu tidak dinyatakan oleh Sharnaaz namun itulah yang terjadi kepada Sharnaaz, dah putus cinta ada lagi satu masalah yang datang, sudah jatuh di timpa tangga.

Sabar je la Sharnaaz oi..


Shila Amzah Komen Isu Sharnaaz dan Ayahnya

Khamis, 7 Februari 2013

Isu diantara Sharnaaz dengan ayah kepada Shila Amzah, Nd Lala yang semua orang tahu mereka berdua kini dingin dengan egois masing-masing. Malah kenyataan pelbagai kenyataan dikeluarkan oleh Sharnaaz dan Nd Lala sendiri.

Dan masing-masing sepertinya menyalahkan pihak lain, tiada kesepakatan atau pertemuan dibuat bagi mencari jalan membetulkan suasana. Namun yang menjadi himpitan kepada isu itu adalah Shila Amzah sendiri. Shila semenjak isu itu berlaku, dia sepertinya sukar ditemui oleh media ataupu  wartawan untuk bertanyakan soal apa yang terjadi.

Namun mengikut sumber rasmi, Shila telah menghantar sepucuk E-mail untuk menjelaskan apa yang berlaku ketika ini.
    Assalamualaikum dan salam sejahtera,

    Dengan nama Allah SWT yang maha pengasih dan maha penyayang, Shila rasa cukup bersyukur di atas segala nikmat dan dugaan yang telah diberikan kepada Shila. Tujuan Shila menulis surat ini, sebab Shila nak memperjelaskan semua perkara yang telah terjadi setelah sekian lama Shila berdiam diri.

    Pertama sekali, Shila memahami situasi ibubapa Shila dan kenapa mereka begitu menjaga Shila dari pelbagai aspek sebab mereka menyayangi Shila dan takkan ada orang lain yang boleh menggantikan tempat mereka di dalam hati Shila. Shila takkan sanggup melukakan hati mereka untuk berbuat sesuatu keputusan yang mereka tidak redhai.

    Tentang Sharnaaz, Shila ingin memohon maaf secara terbuka kepada Sharnaaz dan familinya atas apa yang telah terjadi. Terima kasih kerana melayan shila dengan baik selama hari ini.Janganlah semua menghukum Sharnaaz atas kenyataannya. Dia tidak sepenuhnya bersalah. Shila mengambil sepenuh tanggungjawab atas semua “damage” yang telah berlaku kepada Sharnaaz dan familinya.

    Shila, sebagai seorang anak kepada ibubapa Shila, sebagai seorang kekasih kepada Sharnaaz, Shila sangat berharap perkara ini boleh diselesaikan sebaiknya. Shila sentiasa percaya pada qada’ dan qadar. Seandainya ia baik untuk Shila maka dekatkan lah, seandaikan ia membawa kemudaratan untuk shila maka jauhkan lah.

    Jodoh, pertemuan, Ajal dan maut di tangan Allah SWT.Shila berdoa agar semua berdamai.Shila minta maaf kepada semua rakan-rakan media kerana tidak memberi kerjasama atas semua spekulasi yang telah berlaku. Shila juga ingin memohon maaf kepada semua Shilalas kalau ada yang terguris hati .Demi Allah Shila sangat sayangkan anda semua.

Sharnaaz, Shila Bergaduh Dalam Twitter?

Selasa, 18 Disember 2012

Baru-baru ini pasangan cinta selebriti, Sharnaaz Ahmad dan Shila Amzah telah bergaduh dalam Twitter. Episod ini bermula apabila berlangsungnya acara Anugerah Planet Muzik 2012 yang diadakan pada malam sabtu lalu. Dan kemenangan Shila ketika itu menerusi kategori anugerah Lagu Terbaik dan ini petikan daripada ucapan Shila ketika berada di atas pentas.
“Saya lupa nak cakap terima kasih pada cinta hati saya, dia merajuk sebab saya nyanyi dengan Taufik Batisah tadi sebenarnya, saya tak tahu mana dia pergi,” kata Shila dengan nada guraun semata-mata.
Dan ini membuatkan Sharnaaz marah sedikit dan bermulanya perang di Twitter. Namun sebaliknya berlaku, apabila ditanya kepada Sharnaaz yang mengakui yang berkata-kata dalam akaun Twitternya itu bukan dirinya, tapi digodam oleh seseorang yang menulis ayat berkenaan. Zzz
.
Logik?
gambar cari.com.my

Perang Zed Zaidi vs Julia Perez

Jumaat, 14 Disember 2012

Zed Zaidi bukan sahaja seorang yang tegas sebagai Presiden Seniman di luar namun ketegasannya juga pada laman sosial.

Lihat sahaja isu yang dibangkitkan oleh superstar dari Indonesia, Julia Perez yang mengkritik drama Malaysia melalui laman sosial.

Kisah ini bermula apabila Julia menerima tawaran berlakon di Malaysia dan dikatakan membuat isu berkenaan untuk mencari publisiti.

Maka bermulalah perang Twitter diantara Zed Zaidi dengan Julia. Dimana Zed dengan lantangnya menyuarakan ketidakpuasanhatinya dengan menghentam Julia dan begitu juga Julia.

gambar ehsan Murai

Rita Bersikap Melampau! - Ayu Raudhah

Rabu, 12 September 2012

Ayu Raudah menyifatkan Rita Rudaini yang membuat tuduhan kandungannya gugur pada tahun lalu adalah satu balasan Tuhan sebagai perbuatan yang melampau dan amat kasar.

Tuduhan melalui entri Twitter Rita itu juga telah menyebabkan orang ramai menganggap dia mengalami keguguran kali kedua sedangkan kandungannya sekarang yang berusia dua bulan berada dalam keadaan sihat dan selamat.

Ayu tidak berasa tertekan dengan pelbagai tohmahan yang dilemparkan padanya, cuma masih tertanya-tanya apakah punca Rita terlalu bencikan dirinya sedangkan mereka tidak pernah berjumpa.

"Saya tak faham kenapa dia (Rita) masih lagi beria-ia nak menghentam saya. Walaupun entri tersebut tidak meyebut nama, tapi rasanya semua orang tau dia tujukan luahan itu kepada saya.

"Tambahan pula ia telah mengelirukan sesetengah orang yang anggap saya telah keguguran sekali lagi," katanya. -Via


Zed Zaidi cabar Aaron Aziz isu permit!

Jumaat, 18 Mei 2012

Beberapa episod panas yang berlaku diantara Zed Zaidi dan Aaron Aziz sudah pun berlalu, diantaranya komen Aaron Aziz yang mengatakan Zed Zaidi kurang matang serta pengondaman laman page Zed oleh orang yang didakwa peminat Aaron. Kali ni 'dendam' Zed masih lagi belum reda, dia meluahkan di laman Twitternya dengan mencabar Aaron untuk permit yang didakwa Aaron memiliki permit kerja sebelum ini.

Identiti pemukul deejay Mikael Adam diketahui

Khamis, 19 April 2012

Sebelum ini admin ada mengeluarkan satu post dimana, deejay Mikael Adam Mohd Rafae mendakwa dia telah dipukul oleh seorang kerabat diraja Johor sehingga menyebabkan dia cedera parah di kepala dan terpaksa dikejarkan ke hospital.

Identiti kerabat diraja Johor tersebut tidak diberitahu oleh Mikael, namun menurut sebuah blog hiburan szlihin.com, penyampai radio Fly Fm, Hunny Madu telah memberitahu identiti kerabat Johor yang didakwa memukul Mikael Adam di laman Twitter miliknya.

Menurut Hunny Madu lagi, Tunku Mishal sebelum ini juga pernah memukul Hafiz Hatim (adik kepada Hunny Madu) yang juga merupakan penyampai radio Fly Fm di kelab malam The Rootz, Bukit Bintang pada tahun lepas.
"A year ago, same dude assisted to bash Abe up. Both happened at The Rootz. Thanks you T.Mishal. #justice,"
TMJ tidak pernah mengakui Tunku Mishal dari kerabat diraja, dan menyokong jika Tunku Mishal dipenjarakan.

Johan sedia apa pun risiko! isu saman Ogy

Rabu, 30 November 2011

Sebelum ini Ogy telah mendakwa dirinya telah diaibkan oleh Johan di hadapan penonton termasuk tetamu VVIP, TPM, dengan jenaka tidak relevan sepanjang majlis FFM24 berlangsung. Menyifatkan isu ini sebagai sesuatu yang tidak boleh dipandang remeh, kata Ogy, dia nekad untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Johan. Johan enggan memberi penjelasan lanjut mengenai 'ketelanjurannya' itu kerana enggan memanaskan lagi keadaan.

"Buat masa ini, saya belum menerima apa-apa surat saman. Saya tidak mahu komen lebih-lebih mengenai perkara ini.

"Jika saya ada apa-apa program melibatkan media, baru saya bersedia untuk memberikan kenyataan kerana saya mahu adil pada semua teman media.

"Saya tidak mahu ulang benda sama banyak kali. Biar kita duduk pada suatu tempat yang sama, tanyalah apa pun, saya bersedia untuk menjawab," -Via

Johan RL Kurang Ajar! -Ogy

Ahad, 27 November 2011

Episod ini berlaku semasa Festival Filem Malaysia (FFM) ke-24 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) Ahad lalu. Idea pihak Astro menggabungkan Fauziah Ahmad Daud dengan Johan Raja Lawak sebagai hos mungkin dianggap boleh memberikan kelainan.

Namun, siapa sangka sebenarnya berlaku konflik senyap yang mungkin tidak disedari oleh kebanyakan penonton. Kekecewaan diluahkan oleh Fauziah atau Ogy ini mengenai sikap Johan terhadapnya sepanjang mengemudi majlis yang disaksikan hampir satu juta penonton itu.

Dakwa Ogy, Johan telah mengaibkannya di hadapan para penonton termasuk Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan jenaka tidak relevan sepanjang majlis berlangsung.

“Hampir satu juta penonton dapat saksikan bagaimana Johan memperlekehkan, mengaibkan dan mempersendakan saya di pentas FFM. Ini bukan gelanggang Raja Lawak. Di depan tetamu kenamaanteri pula tu.

“Dia memang kurang ajar. Bukan setakat bakat saya, malah arwah ibu dan bapa saya turut dipersenda sesuka hati. Namun yang paling saya terkilan, dia boleh mempersendakan Tahun Gajah, tahun kelahiran Nabi Muhammad junjungan kita.

“Ini satu penghinaan dan saya tak boleh bertoleransi dengan orang yang biadap seperti itu,” katanya.
Menurut Ogy, sepanjang majlis, dia hanya mampu beristighfar di dalam hati walau sedih dengan sikap Johan yang dianggap keterlaluan. Bagi Ogy, dia harus bersikap profesional kerana mahu tidak mahu, majlis perlu diteruskan dengan baik.
“Saya tak tahu kalau ada yang perasan atau tidak, tetapi sepanjang berada di pentas, saya hanya menahan rasa kecewa dengan kerenah Johan yang kurang ajar.

“Sebagai manusia, bohonglah kalau saya tak terasa bila orang memperkotak-katikkan arwah ibu dan bapa, mengutuk saya ni dah tua dan sebagainya.

“Jangan kerana saya ni anak yatim dan tidak bersuami maka orang boleh memperlekehkan saya.

“Saya tahu saya ni dah berusia, tetapi saya tidak perlukan orang untuk menyedarkan saya mengenainya.

“Hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu perasaan saya ketika dimalukan sebegitu sekali,” kesalnya.

Azwan Ali Gelar Ummi sebagai Betina Neraka!

Selasa, 15 November 2011

Belum lagi ada kesudahan mengenai cerita Azwan Ali dan kakaknya, Ummi Hafilda. Adegan yang sering dipolitikkan kadang kala menyakitkan hati peminat hiburan tempatan. Terbaru dakwaan Azwan Ali melalui laman Twitternya mengenai kakaknya, Ummi Hafilda telah membomohkan ibunya sendiri. Difahamkan Ummi didakwa berbuat demikian supaya ibunya menjadi taksub kepadanya.

Wallahualam kalau perkara ini berlaku, sebab yang jelas hubungan Azwan dan Ummi masih lagi rengang dan ini membolehkan kedua-dua pihak sanggup untuk berbuat apa sahaja untuk mempertahankan diri dan melontarkan apa jua tokhmahan. Siapa yang benar dan salah? tepuk dada tanya iman anda. Admin tak bela siapa-siapa, admin bela kebenaran. Dan yang penting admin berharap agar adik beradik ni berbaik semula, bina ikatan kekeluargaan yang mendapat rahmat Allah.

Nurul Syuhada Nurul Ain diminta mohon maaf?

Jumaat, 15 Julai 2011

Difahamkan pengacara Nurul Syuhada Nurul Ain telah didakwa membatu api-api kan keadaan di dalam sebuah post di fan page Facebook (MisteriDanKeajaibanAlam.FakeAndFact). Tidak difahami kenapa boleh terjadi begitu, sedangkan kalau dilihat post yang dilampirkan di fan page berkenaan cukup sensitif. Dorang ni pon satu hal, tak rujuk dengan pakar ilmuan, ustaz-ustaz, ulama-ulama tapi pergi rujuk di Facebook yang rata-rata semua cakap main copy paste jerk.

Seeloknya hindarkan daripada perkara-perkara yang sensitif, lagi-lagi isu Agama, bangsa dan maruah. Manusia sekarang ni berani-berani betul, tanya soklan pon yang diluar batas pengetahuan akal fikiran. Beginilah senang, lu fikirlah sendiri. hehe.

Dalam email yang dihantar kepada Murai, pihak tersebut telah meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap penyampai Majalah Tiga, Nurul Shuhada Nurul Ain. Mereka mendakwa Nurul Syuhadah telah bersikap biadap kerana memburuk-burukkan page mereka. Pada awalnya, telah berlaku ketidaksalah fahaman di antara page mereka dengan sebuah page facebook yang lain.

Akibat campur tangan daripada Nurul Syuhadah seperti yang didakwa, ianya telah menyebabkan pergaduhan. Apa yang dikesalkan oleh pihak mereka, mengapa Nurul Syuhadah harus berbuat begitu?

Dakwa mereka lagi, sepatutnya Nurul Syuhadah harus menjadi orang tengah untuk meleraikan serta mendamaikan pergaduhan tersebut. Bukannya menjadi batu apa dengan memburuk-burukkan page mereka.

Disebabkan itu juga, pergaduhan yang tercetus ini khabarnya masih belum selesai lagi dan atas sebab itu, pihak mereka mahu Nurul Shuhada Nurul Ain segera membuat permohonan maaf. [via]

Zarina Anjoulie, Faezah Elai bergaduh kerana seorang lelaki?

Khamis, 14 April 2011

Selalunya dengar patah pepatah pujangga, lelaki akan kecundang dengan seorang wanita, tapi kali ini dua wanita pula kecundang kerana seorang lelaki. Adoi. Kisah mengenai artis paling kontroversi, Zarina Anjoulie dan seorang lagi artis, Faezah Elai kerana bergaduh pasal seorang lelaki. Mungkin berebut kot. Aish tak tahu la kalau lelaki tu kaya, tampan, kacak, tegap kan. Si Zarina Anjoulie dah nek hangin kat Facebook dia. Meh tengok wall dia ni. Masyuk~

Oh by way FAEZAH ELAI,I got voted 5 top sexiest n most beautiful woman in malaysia n of course no1 would n my kakak fasha,did u..well bottom line is u didn't even make it to d top 10.. So take that. Wit all d jobs uve been gettin people still don't think ur all that anyway. Till u make 2 d list n get 2 me in FHM then we'll talk. Ur still now where near me. Ur a joke by d way. -Zarina Anjoulie Lavocah
selepas post diatas didelete..
I admit ur gettin more jobs than me now. Well I'm busy focusing on my studies so I can't commit on acting. Laugh at me now faezlah elai but remember beauty doesn't last n u can't act forever. Plus what's beauty n fame without brains anyway? If ur famous but ur stupid without any qualifications what's d point? Guys want a pretty girl with brains not a pretty famous girl who's a BIMBO.. Guys correct me if I'm wrong! -Zarina Anjoulie Lavocah
komen kepada post diatas..
Dia bengang ngan I sebab ada one guy yg dia nk tak dapat then that guy suka I pasal tu dia benci I then n tarik muka n kutuk I kat semua org -Zarina Anjoulie Lavocah