Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Zila Seeron kini dah buka tudung? (3 gambar)

Jumaat, 27 Januari 2017


Bekas finalis Akademi Fantasia, Zila Seeron yang juga bekas bini Along Rajalawak kini membuat kejutan, dimana dia sudah tidak memakai tudung. Berdasarkan laman sosial Instagram miliknya, dia menampakkan rambutnya yang serba perang itu. Betul ke ni? -sumber Cari

Selain khalwat, ini sebab Along ceraikan Zila..

Jumaat, 2 September 2016

Namun, antara salah satu punca Zila diceraikan oleh Along adalah kerana sikap Zila yang malas memasak dan tidak mendegar kata apabila Along menasihati beliau.

Pengakuan itu dibuat oleh Along di hadapan Hakim Syarie Abd. Halim Abu Samah semalam yang kemudiannya membenarkan permohonan cerai itu.

Terdahulu semasa prosiding, Abd. Halim bertanya kepada Along sebab utama me­ngapa beliau mahu bercerai
Sebabnya adalah sesuatu yang kelakar, dia tidak suka saya marah atau menegurnya kerana tidak memasak." -kata Along memetik Kosmo!

Sekitar dan komen Along perceraiannya dengan Zila

Selasa, 30 Ogos 2016

Along (Cham) melafazkan cerai talak satu terhadap isterinya, penyanyi Zila (AF4), kira-kira pukul 10.40 pagi Isnin Semalam.

Lafaz berkenaan dibuat Along di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling.

Zila yang hadir bersama peguam syarie, Nurul Aini Yusoff dilihat cuba bersalaman dengan suaminya namun ditolak lelaki itu.

Shiro, Ustaz Azhar Idrus Berlakon Bersama

Jumaat, 8 Mac 2013

Wah tak sangka kumpulan lawak yang sedang meningkat naik namanya, kumpulan Shiro yang dianggotai oleh  Shahrol Azizie Bin Azmi (Shahrol) dan Mohamad Hanaffi Bin Razak (Ajak) yang juga tempat ke-3 Maharaja Lawak Mega 2012 dan Juara Raja Lawak Musim ke-6 bakal menjadi pelakon star tidak lama lagi.

Sudah menjadi rezeki Shiro dengan bakat yang mereka ada, mereka kini bakal digandingkan bersama-sama ustaz yang diminati ramai, Ustaz Azhar Idrus dalam filem terbaru bertajuk "Ustaz, Mung Tunggu Aku Datang.."

Filem ini yang diarahkan oleh Pierre Andre terbitan MiG ini merupakan filem pertama yang bakal dilakonkan oleh Ustaz Azhar Idrus. Namun gandingan Ustaz Azhar seperti Johan dan Zizan tidak dapat direalisasikan kerana mungkin faktor-faktor tertentu.

Selain Shiro, filem ini bakal mempamerkan pelawak lain seperti Zalif Sidek, Along Raja Lawak dan Mikail Andrea. Filem berunsur Islamik ini pastinya satu filem yang diyakini menutup aurat dan pastinya lawak.

Bahkan rezeki Shiro tidak terhenti di sini sahaja mereka kini bergiat aktif dalam program sendiri bertajuk Shiro - Bermulanya Sebuah Cerita selain bertindak sebagai pengacara sebuah program realiti, Tarung Muay Thai untuk saluran Bintang di Astro.


Tahniah, Along & Zila menimang anak sulung

Selasa, 29 November 2011

Tahniah kepada Along Raja Lawak dan juga isterinya Zila Seron kerana Zila telah selamat melahirkan anak sulung mereka pada 12 November yang lalu. Nama anak adalah, Ahmad Danial. Ahmad Danial dilahirkan di Hospital An-Nur, Bangi Selangor pada jam 2.04 petang dan kelihatan sihat dengan berat badan 2.52 kilogram. Sekarang Zila yang masih dalam waktu berpantang bersama bayi mereka di kediaman orang tuanya di Johor.

gambar Via

Perkahwinan Along Raja Lawak, Zila

Ahad, 24 Januari 2010

Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad, 27, mengenakan kain lilitan putih pada songkoknya semasa upacara pernikahan dengan pasangannya, penyanyi dan pelakon Nur Azilah Seeron, 21, (Zila AF4) di Masjid Felda Lui Selatan 1, Bandar Seri Jempol, kelmarin, 23 Januari 2010. Dengan dua kali lafaz, pasangan yang bertunang selama setahun sebulan ini sah bergelar suami isteri dengan mas kahwin RM200 beserta tujuh dulang hantaran termasuk wang hantaran berjumlah RM17,119.

Dulang hantaran pengantin lelaki termasuk cincin jenama Habib Jewels, al-Quran, sejadah, telekung, sirih junjung, kasut dan beg tangan. Sementara Zila membalas dengan sembilan hantaran seperti al-Quran, set dompet dan tali pinggang, sirih junjung, kemeja, kasut, sejadah, coklat Ferrero Roche dan cincin emas putih. Dulang hantaran kedua-dua belah pengantin disediakan oleh isteri penyanyi Mawi, Ekin dari ME World Collection dengan konsep warna emas (Along) dan perak (Zila).

Along, Zila tamatkan zaman tunang

Ahad, 10 Januari 2010

Selepas puas mencari tarikh sesuai, akhirnya pasangan Along Cham dan Zila Seeron bersepakat memilih 23 Januari ini sebagai hari mereka diijabkabulkan. Ketika dihubungi petang semalam, Along dalam perjalanan menghantar kad jemputan kahwinnya kepada rakan-rakan dan sanak saudara. Pelakon filem komedi Adnan Sempit ini berkata, majlis pernikahan tersebut akan dilangsungkan di rumah Zila serentak dengan persandingan yang bertemakan rona hijau dan hitam.

"Kami akan bernikah dan bersanding pada 23 Januari ini di rumah Zila. Majlis resepsi sebelah pihak lelaki pula akan diadakan pada 14 Februari depan di Johor Bahru," ujar Along.

Along, Zila nak Kahwin Dah?

Khamis, 16 Julai 2009

Sejak bertunang, tidak banyak cerita mengenai Along Raja Lawak dan peserta AF4, Zila dimana-mana sahaja mereka berada. Malah majlis pertunangan mereka pun tidaklah terlalu digembar-gemburkan oleh mana media dan blog hiburan. Baru-baru ini mendapat khabar pasangan ini sedang mengumpul duit untuk merealisasikan majlis perkahwinan yang khabarnya bakal terlaksana pada hujung tahun ini.

Namun itu bukanlah tarikh sebenar kerana pasangan ini tidak menolak kemungkinan majlis akan dijalankan pada tahun depan jika masing-masing sibuk. Pasangan ini khabarnya tidak mahu bermewah-mewah dalam mengadakan majlis perkahwinan itu nanti. Cukuplah sekadar menjalankan perkara wajib serta majlis yang bersederhana dan dalam konsep kampung kerana Zila berasal dari Serting, Negeri Sembilan, masih kuat dengan aktiviti bergotong royong.

Mungkin juga mereka terpikat untuk mengadakan dalam suasana kampung selepas melihat suasana majlis perkahwinan Mawi dan Ekin di Felda Taib Andak. Walaupun pernah menjadi pengapit pasangan Mawi-Ekin, mereka tidak berhasrat mengadakan banyak majlis seperti yang dilakukan pasangan itu.

Juga mendapat tahu, Along menolak desas-desus yang mengatakan tunangnya, Zila menumpang populariti yang diraih pelawak itu, kerana sejak bertunang Zila mula mendapat peluang berlakon. -Gua