Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:
Da'i Wan nasihatkan Safiey Ilias...
Ahad, 11 September 2016
Ini gambar pertama kali kita bertemu dalam aturan Allah swt, Safiey Ilias.
Wan tidak punya panjang bicara lagi, kerana kita sudah bercakap dalam What's app hampir 1 jam tadi dengan bertujuan untuk pujuk Safiey, istiqomah semula.
Namun malam ini, Wan tak berjaya.
Safiey, kata hati penat. Letih. Tak tahan lagi dengan semua ini. Fed up.
Wan tenangkan Safiey lagi, berkali-kali juga.
Untuk jangan..
Untuk sabar.....
Seluruh ahli keluarga Safiey pun melakukan yang sama.
Wan terfikir ditempat ahli keluarga Safiey, jika Wan menjadi salah seorang dari ahli keluarga Safiey, pasti Wan akan terasa:
"Kadang-kadang dia tak tahu betapa kita sayangkan dia. Dia tetap dengan pilihan dia sahaja."
Mengapa disimpan pada hati sendiri dan biar ia terluka seorang diri Safiey, sedangkan kami yang mendoakan, tetap sahaja bersama.
Safiey, pandanglah kami yang terdekat ini, jika yang jauh boleh mengecammu.
Kami yang dekat ini tidak Safiey lihatkah, mereka yang jauh dengan kecaman, itu yang Safiey pertimbangkan.
Wan telah pesan tadi.
Kini bukan waktunya menilai dengan hati. Kerana ia berada dalam keadaan sakit, penat dan terluka.
Gunakan anggota lain waktu ni Safiey, ia adalah akalmu. Cari masa untuk kuat semula. Gunakan ia untuk melawan dan bermula baru dengan berhikmah. Lakukan atas nama dakwah. Bukan atas jagaan hati dan pandangan manusia lagi, sebab itu kamu penat, kamu kecewa, kamu terduduk sebentar sambil tertunduk.
WaAllahi, Allah akan bantu kamu Safiey.
Safiey,
Cuba lihat apa yang telah kamu miliki hari ini?
"Ahli keluarga yang selalu bersama dalam pahit manis liku hidup Safiey, sahabat2 dekat yang tahu Safiey lebih dari semuanya, rakan2 perniagaan yang menjadikan kamu contoh usahawan berjaya, agamawan yang memandang hijrah Safiey sebagai satu kesan baik pada agama & orang-orang sekeliling yang pernah titipkan masa mereka untuk dengar luahan dan kisah Safiey diserata Malaysia."
Kalau pun Safiey penat, kecewa, letih kerana mereka yang acapkali menghentam, mengkritik, negatif viewers.
Ketepikanlah semua itu malam ini, semata untuk Allah dan kami. Kesiankanlah kami yang bersamamu ini. Fikirkanlah kami juga.
Janganlah kembali seperti dulu, Safiey.
Sabarlah...
Sabar...
Sabar.
Semakin Safiey sabar, semakin tinggi darjatmu disisi Allah, apatah lagi malaikat, apatah lagi manusia.
Safiey, this is for you.
"Tiada insan suci yang tidak punya masa lampau, dan tiada insan berdosa yang tidak punya masa depan."
Ini ungkapan yang pernah Safiey ungkapkan dulu sewaktu Wan tonton kamu Live di Tv, dan kamu menangis kerana Hidayah-Nya.
Atas nama syukur, pertahankanlah ia.
Pertahankannya.
Yang benar, Facebook Da'i Wan.
Jaafar Onn = bapok tua tidak sedar diri
Rabu, 18 Februari 2015
Azwan Ali menerusi akaun Twitternya pada Isnin telah memuat naik beberapa keping foto pelakon Jaafar Onn sedang mandi buih.
Menurut sumber yang mengirimkan foto-foto Azwan ‘menyerang’ Jaafar kepada Astro Gempak semalam, Azwan pada mulanya dilihat memuat naik tiga keping foto Jaafar di akaun twitternya namun telah memadam dua daripadanya.
Menurut sumber yang mengirimkan foto-foto Azwan ‘menyerang’ Jaafar kepada Astro Gempak semalam, Azwan pada mulanya dilihat memuat naik tiga keping foto Jaafar di akaun twitternya namun telah memadam dua daripadanya.
Tiz Zaqyah bersinglet dengan 'kakak' (gambar)
Sabtu, 15 November 2014
Satu masa dahulu, Tiz Zaqyah cukup terkenal kerana lakonannya di dalam Nur Kasih. Namun kini semakin lama namanya semakin tenggelam yang itu diakui sangat.
Terbaru yang menghebohkan dunia internet mengenai dirinya adalah, dia berpakain singlet dan berselfie dengan juru makeup-nya yang dikenalinya sebagai 'kakak', bukan kekasih okey.
Seperti biasa foto yang dimuatnaik itu, tetap akan dikomen habis-habisan oleh peminatnya. -gambar Forum Cari
Terbaru yang menghebohkan dunia internet mengenai dirinya adalah, dia berpakain singlet dan berselfie dengan juru makeup-nya yang dikenalinya sebagai 'kakak', bukan kekasih okey.
Seperti biasa foto yang dimuatnaik itu, tetap akan dikomen habis-habisan oleh peminatnya. -gambar Forum Cari
Lelaki surirumah bukanya dia pondan! - Chef Wan
Sabtu, 1 November 2014
Stigma masyarakat Malaysia beranggapan lelaki yang membuat kerja-kerja wanita di rumah sebagai pondan perlu dikikis kerana ia boleh memberi kesan negatif terhadap institusi kekeluargaan, kata pakar masakan, Datuk Redzuawan Ismail.
Chef Wan berkata, anggapan itu berlaku secara meluas di Malaysia akibat tahap ego keterlaluan dalam diri di kalangan lelaki khususnya Melayu, yang melihat melakukan kerja-kerja rumah sebagai individu yang memiliki perwatakan lembut.
Chef Wan berkata, anggapan itu berlaku secara meluas di Malaysia akibat tahap ego keterlaluan dalam diri di kalangan lelaki khususnya Melayu, yang melihat melakukan kerja-kerja rumah sebagai individu yang memiliki perwatakan lembut.
"Tidak semestinya lelaki yang membuat kerja-kerja rumah dianggap lemah dan lembut. Mereka berbuat demikian bagi membantu isteri yang mungkin penat setelah bekerja di pejabat.
"Bagaimanapun, dalam masyarakat kita persepsi sedemikian masih terjadi sedangkan ia tidak pernah wujud di negara Barat," katanya kepada Bernama selepas menjadi anggota panel dalam diskusi 'Mentakrifkan Kelelakian'
"Melalui pengalaman sendiri, saya dapati apabila melakukan kerja-kerja rumah ia bukan hanya menyenangkan, malah menyihatkan badan,"
"Bukan hanya kerja rumah, malahan jika lelaki yang terlibat dalam bidang kewanitaan seperti fesyen dan memasak pun turut dilabel sebagai lelaki lembut atau songsang.
Perkara sebegini tidak seharusnya berlaku kerana ia mampu menghalang seorang individu khususnya lelaki untuk menceburi bidang yang digemari mereka," -Che Wan petikan Bernama
Dituduh gayboy, Azheal cuma gelak!
Jumaat, 21 Februari 2014
Kumpulan Azhael yang terdiri daripada Mohad Azhar dan Hal Husaini yang pernah menyertai Akademi Fantasia 2013 kini dituduh sebagai golongan gay aka lembut bapok.
Menurut portal mStar, walaupun menerima tuduhan seperti itu, mereka tetap cool dan bersikap professional.
Menurut portal mStar, walaupun menerima tuduhan seperti itu, mereka tetap cool dan bersikap professional.
"Kami hanya gelak sahaja bila ada yang menuduh kami sebagai lelaki lembut atau gay.
"Pada saya tidak ada gunanya untuk kita melenting atau marah kerana itu lebih membuat mereka berkata gosip itu adalah benar,
"Kami sedar bukan semua perkara manis sahaja apabila jadi popular ini, semua pergerakan ada sahaja mata yang memerhati.
"Kalau dulu boleh keluar rumah pergi kedai pakai baju selekeh dan seluar pendek, tapi sekarang kena jaga penampilan sentiasa," -Azhar
Sayang - Shae versi Pecah Perut
Khamis, 14 Mac 2013
Memang betul-betul mengelakkan sesiapa yang melihat gelagat seorang 'minah' yang mendendangkan lagu 'Sayang' nyanyian Shae dari Indonesia.
Gelagatnya yang dikatakan popular di laman sosial minggu lalu telah mendapat membuatkan hati tidak rasa senang duduk. Sekali lihat di awal video rasa ok sahaja, bila dah lama-lama (minit 0.40) seperti kerasukan pula, dan ada juga yang bersependapat nak tumbuk sahaja muka dia ni.
Gelagatnya yang dikatakan popular di laman sosial minggu lalu telah mendapat membuatkan hati tidak rasa senang duduk. Sekali lihat di awal video rasa ok sahaja, bila dah lama-lama (minit 0.40) seperti kerasukan pula, dan ada juga yang bersependapat nak tumbuk sahaja muka dia ni.
Gambar Engku Alessya Yang Sudah Membesar
Khamis, 20 Disember 2012
Gambar dibawah adalah gambar majlis anjuran Hi Tea bersama Erra Fazira baru-baru ini yang diadakan di Restoran Puteri, Kuala Lumpur. Erra Fazira datang dengan anak gadisnya, Engku Aleesya yang semakin besar dan cantik. Jom Layan...
lagi gambar di Facebook Erra Fazira
Gambar Bogel Tersebar - Itu Bukan Saya! -Rozita
Sabtu, 20 Oktober 2012
Gambar bogel yang dikatakan milik Rozita Che Wan kini hangat diperkatakan telah tersebar sejak awal tahun 2012 yang lalu.
Gambar yang ditangkap adalah gambar webcam yang dirakam melalui Yahoo Messenger itu telah menimbulkan satu persoalan besar samada ianya Rozita atau pun sekadar super impose yang dibuat oleh orang yang geram dengan Rozita.
Namun Rozita menyangkal itu bukan dia, dan dia tidak tahu apa-apa mengenai teknologi itu dan dia menganggap ianya satu fitnah jahat terhadap dirinya.
Dan ini komen Rozita yang dipetik melalui portal Murai.com.my
Gambar yang ditangkap adalah gambar webcam yang dirakam melalui Yahoo Messenger itu telah menimbulkan satu persoalan besar samada ianya Rozita atau pun sekadar super impose yang dibuat oleh orang yang geram dengan Rozita.
Namun Rozita menyangkal itu bukan dia, dan dia tidak tahu apa-apa mengenai teknologi itu dan dia menganggap ianya satu fitnah jahat terhadap dirinya.
Dan ini komen Rozita yang dipetik melalui portal Murai.com.my
"Saya tidak pernah bervideo chat. Saya pun tak tahu apakah itu video chat atau webcam. Saya sendiri tak tahu sama ada telefon saya boleh berbuat sebegitu atau tidak.
"Jadi, terus-terang, saya tidak pernah berbuat perbuatan terkutuk seperti ini. Apatah lagi untuk mengaku bahawa gambar itu adalah gambar saya.
"Saya sendiri tidak pernah melihat gambar yang dimaksudkan itu. Inilah pertama kali saya mendengarnya.
"Lagipun pula, saya bukan muda lagi nak buat perkara sedemikian. Takkanlah saya sanggup nak buat benda seperti ini,
"Mungkin pelanduk dua serupa. Sekarang ini pun, saya difahamkan ramai wanita dan pondan menyerupai wajah saya.
"Sekali lagi, saya ingin memberitahu itu bukan gambar saya. Apapun, gambar ini disebarkan berkemungkinan besar ada pihak yang cemburu dan cuba menjatuhkan kerjaya saya.
"Apapun, terima kasih kerana memberitahu saya tentang hal ini untuk mengesahkannya. Ingat! Itu bukanlah diri saya ya," jelasnya.
Filem Terbaru Aaron Aziz - Ngorat (korek hidung)
Khamis, 16 Ogos 2012
Dalam tidak diam, Aaron Aziz sudah siap untuk satu lagi filem berunsur komedi yang julung-julung kali ditayangkan. Sebelum ni kita lihat Aaron pastinya sudah berlakon dalam filem aksi mahupun romantik.Filem yang dikatakan bersinopsis Aaron berlakon watak sebagai Arjuna Kasih, watak khayalan Ijam (Iedil Putra) yang diberikan masa 40 hari untuk mendapatkan seorang 'awek' atau dia akan bertukar menjadi lembut.
Pastinya filem yang sangat dinantikan oleh peminat Aaron sendiri, dan bakal meletop pada tarikh 4 Oktober nanti. Selain Aaron, turut dibantu oleh pelakon Erra Fazira, Marsha, Nas-T, Zain Hamid dan Dira Abu Zahar. -sumber Gua
Miss Malaysia Pahang 2010 ??
Rabu, 6 April 2011
Penulis tak tahu serba banyak mengenai video 'miss malaysia pahang 2010' yang telah diupload di laman YouTube. Melihat video ni, bukan penulis nak kata lah ya, amat mengejutkan melihat peserta-pesertanya yang serba 'ayu' gitu dengan pakaian-pakaian yang diperagakan masing-masing. Ada juga Noraniza Idris nyanyi. Pelik ke tidak acara ni, korang nak tahu lebih lanjut, korang tengok lah sendiri betapa terpesonanya melihat. Kuang3.
tarian seksi hiburkan harijadi Erma Fatimah?
Ahad, 27 Mac 2011
Baru-baru ini majlis hari jadi penuh kejutan diadakan untuk pengarah dan pelakon popular, Erma Fatima. Majlis itu turut dihadiri oleh tetamu kenamaan. Namun apabila gambar-gambar sekitar majlis itu tersebar di Internet, banyak yang tepuk dahi. Masya-allah kata mereka. Macam ada yang tidak kena dengan majlis itu, walaupun suasananya meriah, glamor dan penuh kemilau.
Antara segmen yang dianggap menghina imej Erma Fatimah yang Islamik ialah tarian berunsur lucah oleh golongan maknyah. Penampilan maknyah dengan tarian itu cukup memalukan apabila ada antara mereka hanya memakai G-String, bikini, berseluar dalam selain berpakaian sangat jarang.
Lebih menjengkelkan apabila terdapat seorang maknyah seolah-olah mempersenda agama Islam apabila dia yang bertindak sebagai pengacara majlis memakai tudung tetapi berbaju ketat. Selain memakai G-String, tindakan penari maknyah yang menonggeng punggung ke arah tetamu sangat biadap. baca lanjut di Utusan...
Ps: Ini semua bukan kehendak dan salah Erma sebab mahu datang kerana ia, namun penganjur berkenaan yang mahu acara itu diadakan dengan style yang berbeza. Erma pun seperti orang biasa juga, lihat sahaja twitternya, dia sepertinya merendahkan diri dengan mengatakan dirinya bukan orang yang mulia. Mungkin pengarang utusan ni kot yang lebih-lebih sebab tak dapat hadir sama majlis tue. Hehehe.. Apa-apa pun korang yang pandai dan bijak sana, korang nilailah sendiri yer. Selamat bercuti hujung minggu..
Antara segmen yang dianggap menghina imej Erma Fatimah yang Islamik ialah tarian berunsur lucah oleh golongan maknyah. Penampilan maknyah dengan tarian itu cukup memalukan apabila ada antara mereka hanya memakai G-String, bikini, berseluar dalam selain berpakaian sangat jarang.
Lebih menjengkelkan apabila terdapat seorang maknyah seolah-olah mempersenda agama Islam apabila dia yang bertindak sebagai pengacara majlis memakai tudung tetapi berbaju ketat. Selain memakai G-String, tindakan penari maknyah yang menonggeng punggung ke arah tetamu sangat biadap. baca lanjut di Utusan...Ps: Ini semua bukan kehendak dan salah Erma sebab mahu datang kerana ia, namun penganjur berkenaan yang mahu acara itu diadakan dengan style yang berbeza. Erma pun seperti orang biasa juga, lihat sahaja twitternya, dia sepertinya merendahkan diri dengan mengatakan dirinya bukan orang yang mulia. Mungkin pengarang utusan ni kot yang lebih-lebih sebab tak dapat hadir sama majlis tue. Hehehe.. Apa-apa pun korang yang pandai dan bijak sana, korang nilailah sendiri yer. Selamat bercuti hujung minggu..
Azwan Ali dakwa 10 Juta rakyat Malaysia Pondan?
Isnin, 12 Julai 2010
Masih ingat lagi tak kisah Azwan Ali nak tulis/terbitkan buku 'selamat tinggal dunia pondan' satu masa dulu? dengar-dengar buku itu belum lagi diterbitkan sampai ke hari ini dari November 2009. Tak dipastikan ianya sudah diterbitkan atau kurang promosi dan kita jarang/mendengar tentang buku berkenaan ataupun tergendala sebab faktor-faktor yang lain. Kisah lalu juga. Tak pe ada satu lagi yang menarik, Azwan Ali beberapa bulan lalu ada ditemuramah oleh Astro Awani Gala TV. Dibawah ini adalah salah satu dakwaannya di dalam wawancara tv berkenaan..


antara dakwa-dakwi Azwan..Azwan Ali yang penuh rahsia dengan perangainya itu.. Semoga berbahagialah Azwan yer. :)
1. heols kaya...ko mampoo?
2. org ramai akan beli buku heols
3. yang str8 jantan pun beli
4. 10 juta rkyat malaysia pondan, out of 26 juta rakyat
5. stetement " mana ade wartawan x mati!"
6. dia kaya raya, jgn jeles...silap2 keranda dia penuh dgn emas..katanya
Roslan Shah kena belasah oleh gayboy!
Khamis, 13 Mei 2010
Dahulu tak ramai pun kenal sangat Roslan Shah. Tapi sejak kebelakangan ini artis serba boleh yang mendapat jolokan nama Sudirman Singapura itu semakin diterima peminat kerana dia cukup berbakat kalau menjadi pengacara majlis. Memang kecoh dan 'happening'! Tapi terkejut apabila mendengar khabar terbaru Roslan kena belasah teruk, baru-baru ini gara-gara kes tukang urut budak lelaki dan 'anak ikan'. Eh, siapa yang dah belasah Roslan? Apabila disiasat, rupanya kejadian yang menggemparkan itu berlaku dalam sebuah filem pendek sensasi lakonan Roslan berjudul Chukang.
Diberitahu, dalam filem arahan Shuhaimi Lua Abdullah itu, Roslan melakonkan watak utama sebagai Mami, pengusaha rumah urut lelaki yang membabitkan budak jambu dan 'gay boy'. Wah... 'gempak' tu, maklum sajalah, cerita panas sebegini selalu menjadi bahan paparan akhbar dalam tabloid kita.
Filem pendek Chukang itu khabarnya akan dipertandingkan dalam kategori Filem Pendek Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-23 yang akan berlangsung pada pertengahan Julai nanti. Chukang juga akan ditayangkan pada festival filem luar negara kerana kisahnya memikat pengedar luar negara. hMetro
Diberitahu, dalam filem arahan Shuhaimi Lua Abdullah itu, Roslan melakonkan watak utama sebagai Mami, pengusaha rumah urut lelaki yang membabitkan budak jambu dan 'gay boy'. Wah... 'gempak' tu, maklum sajalah, cerita panas sebegini selalu menjadi bahan paparan akhbar dalam tabloid kita.Filem pendek Chukang itu khabarnya akan dipertandingkan dalam kategori Filem Pendek Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-23 yang akan berlangsung pada pertengahan Julai nanti. Chukang juga akan ditayangkan pada festival filem luar negara kerana kisahnya memikat pengedar luar negara. hMetro































