Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Zara Zya semakin cantik! buat pembedahan plastik?

Selasa, 15 November 2016

Kalau hendak dibandingkan dahulu dengan sekarang, memang tidak dapat dinafikan lagi yang muka pelakon terkenal Zara Zya ini banyak bezanya.

Dulu boleh dikatakan wajahnya kurang berseri, tapi sekarang pemilik nama sebenar Zainurul Razia Mohad Zainuddin ini mampu berbangga dengan dirinya kerana mampu berdiri sebaris dengan artis jelita yang lain.

Ada buat pembedahan plastik pada wajahkah? Maklumlah, artis dan 'buat' muka bukanlah sesuatu yang asing didengar lagi.

Namun Zara sendiri menafikannnya dan berkata dia lebih selesa jika semua perubahan tersebut berlaku secara lambat dan semula jadi sahaja.

Mengakui yang dirinya seorang yang takutkan jarum, apatah lagi pembedahan plastik, Zara hanya memilih jalan yang lebih selamat untuk mencantikkan dirinya.

"Bezanya rutin kecantikan saya sedikit ketat. Maknanya saya akan pastikan ke spa setiap bulan dan penjagaan wajah itu juga saya titik beratkan kini. Kalau dahulu tidak terlalu sangat tetapi kini memandangkan usia sudah 31 tahun pasti semuanya juga sedikit berbeza. Sebab itu kalau boleh saya tidak mahu terdedah kepada sinaran matahari, bukan apa setelah melaburkan duit yang banyak saya perlu menjaga,” katanya kepada Utusan Online.
Memiliki kulit sawo matang, Zara bangga kerana dilahirkan begitu dan tidak kisah dia tidak secerah orang lain.
“Bukan saya tidak percaya dengan suntikan, tetapi kalau cucuk pada tangan juga sudah sakit apatah lagi di bahagian wajah dan sebagainya. Malah kita tahu kesannya kalau kita leka dalam soal penjagaan diri. Soal warna kulit saya tidak pernah impikan mahu kulit yang jauh lebih cerah." tambahnya lagi.


Walaupun dibedah dan dijahit, Tomok tetap puasa

Khamis, 9 Jun 2016

Tomok meneruskan ibadat puasa seperti biasa biarpun menanggung kesakitan akibat bahu patah. Vokalis New Boyz itu menjalani pembedahan seminggu lalu bagi mengeluarkan besi yang dimasukkan ke bahagian yang cedera.

Tomok berkata jahitan pembedahan minggu lalu bakal dibuka dan doktor turut menegah beliau daripada melakukan kerja berat bagi mengelakkan komplikasi pada bahunya.
"Saya baharu saja menjalani pembedahan pada minggu lalu bagi mengeluarkan besi yang diletakkan pada bahu. Jahitan pula akan dibuka dalam tempoh dua minggu lagi.

"Saya berkongsi insiden yang menimpa sebagai teladan kepada mereka di luar sana supaya tidak mengalami perkara yang sama. Mungkin kerana tergesa-gesa bermain bola dan badan belum bersedia sehingga menyebabkan bahu patah hanya selepas beberapa minit turun ke gelanggang.

"Biarpun berat hati untuk berkongsi gambar jahitan itu di laman sosial, saya mengambil pendekatan untuk menjadikan ia sebagai iktibar kepada mereka yang gemar bersukan. Betapa pentingnya sesi memanaskan badan bagi mengelakkan insiden yang tidak diingini berlaku," katanya kepada BH Online.

Hidung diejek ini tindakan Siti Sarah yang mengejutkan!

Selasa, 12 April 2016

Sarah Raisuddin mengakui pernah terfikir untuk melakukan pembedahan plastik.

Sarah, 32, berkata, sebagai manusia biasa dia juga ingin kelihatan cantik seperti wanita lain biarpun hasratnya itu tidak pernah diluahkan secara terbuka.

Dayana Roza buat pembedahan plastik untuk mirip Scha al Yahya?

Rabu, 30 Mac 2016

Dayana Roza menafikan dia membuat pembedahan plastik untuk kelihatan seperti Scha al Yahya. Ianya disifatkan sebagai kebetulan dan memiliki iras yang sama.
“Bagi saya itu bukan masalah besar pun, banyak artis yang mempunyai iras-iras wajah dengan selebriti lain. Saya tak pernah buat pembedahan plastik semata-mata untuk kelihatan sama dengan Scha. Lagipun, saya memang kasar”

“Saya tidak pernah cuba meniru siapa-siapa. Mungkin di mata orang ramai, ada iras-iras Scha tapi sebenarnya, saya tak nampak persamaannya. Sejak dulu pun orang dah cakap, tapi itulah saya tak nampak apa yang seirasnya kami,” katanya kepada Utusan Online

Tidak hadir ketika Bung di operasi, Zizie dicop tidak bertanggungjawab..

Jumaat, 26 Februari 2016


Tidak Hadir Pembedahan Bung Moktar, Zizie Ezette Didakwa Tidak Bertanggungjawab
Zizie Ezette dan anak angkat perempuaan yang diberi gelaran Baby J.

YB Datuk Bung Mokhtar yang merupakan suami kepada pelakon Zizie Ezette telah dimasukkan ke hospital baru-baru ini bagi menerima rawatan pemindahan buah pinggang di Pusat Perubatan Prince Court.

Ekoran hal itu, melalui laman Instagram, ada sesetengah pihak mendakwa Zizie tidak menjaga suaminya dan tidak bertanggungjawab kerana tidak hadir ke hospital di ibu negara tersebut.

Yana Samsudin nafi pakai botox, wajah muka berubah!

Ahad, 14 September 2014

Memetik portal mStar semalam, Yana Samsudin menafika yang dia telah menjalani pembedahan untuk mencantikkan mukanya.

Dakwaan itu timbul apabila ada sesetengah pihak mendakwa wajahnya sekarang lain daripada yang dahulu (gambar atas, sebelah kanan yang terkini).
"Saya tak kecil hati pun bila orang kata saya buat (pembedahan) muka. Nak buat macam mana, saya sudah jelaskan segala-galanya tetapi mereka tetap persoalkan wajah saya yang kononnya berubah.

"Tetapi saya mengakui, dari kecil sampai ke besar, muka saya berubah sedikit dari semasa ke samasa. Tetapi tidaklah ketara sangat. Bukan saya sahaja, adik saya pun begitu,"

"Berdasarkan pemerhatian saya, individu yang menjalani pembedahan plastik atau suntikan botoks tidaklah menunjukkan perubahan wajah yang ketara.

"Dan saya pelik kenapa sesetangah wanita begitu obses mahu berbuat demikian. Sedangkan mereka tahu dengan risiko yang bakal dihadapi pada masa akan datang nanti,"

"Selain itu saya juga mengamalkan pengambilan makanan tambahan serta ulam-ulaman. Itu sahaja," -Yana

Ifa Raziah selamat buat pembedahan

Rabu, 9 Julai 2014

Alhamdulillah, itulah sahaja perkataan yang harus keluar di mulut kita apabila mendapat tahu Ifa Raziah selamat menjalani pembedahan untuk membuang ketulan di payudaranya. Menurut portal Murai, ianya berpunca daripada jangkitan virus.

Ifa membuat pembedahan itu di Beverly Willshire Medical Centre semalam. Suaminya, Mohd Yani memberitahu yang isterinya itu dalam keadaan yang stabil selepas pembedahan selama 7 jam.

Semoga cepat sembuh dan boleh berpuasa serta menyambut Hari Raya nanti. :)
“Dia (Ifa) kini sudah berada dalam keadaan stabil cuma masih lagi tidak bermaya.Dia kini sedang menjalani beberapa rawatan susulan sebelum dibenarkan pulang tiga hingga empat hari lagi,”

“Dia memang amat takut untuk menjalani pembedahan ini, saya pun pelik kerana dia sebelum ini adalah seorang yang berani.

“Tapi syukur semuanya berjalan dengan lancar,” -Mohd Yani

A. Aida akui bedah hidung 3 kali!

Jumaat, 28 Februari 2014

Dalam tak sangka, ramai juga selebriti yang membuat hidung mereka ni untuk tujuan kecantikan atau perubatan. Terbaru adalah A. Aida telah membuat pembedahan hidung disebabkan mengalami bengkak dan lendir di bahagian dalamnya.

A. Aida mengakui dia telah membuat pembedahan hidung sebanyak 3 kali! menerusi laman HarianMetro. Anggaran kasar dalam pembedahan itu adalah RM100,000 dan ianya perlu untuk menstabilkan semula hidungnya akibat kecederaan hampir 20 tahun yang lalu.
"Saya bukan buat untuk cantik kerana saya memang sudah berpuas hati dengan apa yang Tuhan beri, tetapi kecederaan itu memaksa saya merawatnya."

"Saya buat sedikit pembedahan ketika itu tetapi bengkaknya masih berterusan dan saya bertemu doktor untuk rawatan kosmetik sekali lagi kira-kira 10 tahun lepas. Bagaimapun masih ada kesan bengkak dan lendiri berkumpul di bahagian batang hidung hingga hujung tahun lalu."

"Atas nasihat seorang rakan artis, saya lakukan pembedahan kali ketiga dengan kos sebanyak RM25,000 tetapi masih tidak berpuas hati sebab ia tidak kembali seperti hidung asal saya." -A. Aida

RM28,000 buat hidung - Ajai

Rabu, 19 Februari 2014

Memetik portal Kosmo!, isu hidung komposer, Ajai (Faizal Maas) memang tidak sehangat cerita-cerita lainnya, namun difahamkan harga pembuatan hidung Ajai yang mencecah RM28,000 itu adalah untuk kesihatan semata-mata bukan untuk mencantikkan bahagian berkenaan.

Ni temubual dia dengan wartawan Kosmo! untuk merungkap segala-galanya mengenai hidung barunya itu.
Benarkah Ajai membedah hidung kerana ramai berpendapat hidung anda kelihatan lebih mancung berbanding dulu?

Memang benar saya menjalani pembedahan menukar batang hidung tetapi bukan untuk kecantikan, sebaliknya keputusan itu diambil selepas tiada jalan penyelesaian terhadap masalah sinus yang saya hadapi.

Mengapakah anda mengambil keputusan drastik untuk membedah hidung?

Sebenarnya sudah berbelas tahun saya menghadapi masalah sinus dan ia semakin kritikal sejak kebelakangan ini. Puncaknya, suatu hari apabila saya bangun daripada tidur saya dapati telinga sebelah kiri saya tidak boleh mendengar apa-apa.

Jadi, saya terus buat pemeriksaan di hospital dan doktor mengesyorkan untuk saya jalani pembedahan hidung supaya masalah yang sama tidak berulang.

Sebelum ini anda tidak pernah cuba rawatan alternatif lain?

Sudah cuba tetapi semuanya tidak membuahkan hasil. Bagi menggelak masalah berlarutan saya makan ubat tetapi doktor kata kalau sentiasa ambil ubat akan merosakkan buah pinggang.

Mahu tidak mahu, saya terpaksa serah diri pada pisau bedah kerana gegendang telinga saya sudah rosak dan sinus saya banyak tersumbat di batang hidung.

Jika saya tidak boleh mendengar macam mana saya mahu cari pendapatan kerana kerja saya memerlukan saya mendengar dengan teliti.

Tidakkah anda kekok dengan pandangan orang terhadap hidung baharu anda?

Saya tidak kisah apa orang nak cakap asalkan saya boleh bernafas dan mendengar dengan selesa. Saya bukan bedah hidung untuk nampak cantik tetapi atas faktor kesihatan. Jika fikirkan balik kos RM28,000 itu bukan murah tetapi saya terpaksa. Sekarang sudah tiga bulan selepas pembedahan, barulah saya dapat biasakan diri dengan hidung baharu ini.

Ajai Akui Buat Hidung Untuk....

Khamis, 30 Januari 2014

Wah tak sangka komposer terkenal, Ajak akui dirinya ada membuat pembedahan hidung. Desas desus mengatakan yang dia buat pembedahan hidung untuk lebih mancung dan menarik.

Namun Ajai menafikan dia buat kerana itu, tapi lebih kearah kesihatan. Memetik portal HarianMetro semalam..
“Saya buat pembedahan hidung bukan sebab obses dengan kecantikan tapi atas dasar kesihatan,”

“Bukan saya buat hidung baru tapi pembedahan itu dilakukan sebab saya memang sakit. Sinus saya bertambah teruk dan menjangkiti bahagian telinga kiri dan batang hidung saya.

“Bayangkan, akibatnya bahagian batang hidung saya terpaksa dibuang dan digantikan dengan batang palsu. Atas nasihat doktor, kalau saya tak buat, ia akan menjejaskan pendengaran saya." -Ajai

Gambar Dina Selepas Buat Pembedahan

Jumaat, 22 Mac 2013

Beberapa hari yang lalu kalau tidak silap 16 Mac, finalis program realiti, Malaysian Idol dan juga deejay Era FM, Dina telah dimasukkan ke dalam wad untuk menjalani satu pembedahan untuk membuang batu karang pada badannya.

Keadaan Dina nampak semakin stabil setelah melihat beberapa gambar Instagramnya yang dimuatnaiknya sendiri di Hospital Tawakal. Sukurlah kalau dah stabil dan kembali sihat sepenuhnya.

Muka Edry KRU dah Lain?

Rabu, 19 September 2012

Apa sudah jadi dengan wajah Edry KRU yang memetik daripada portal Murai ketika ditemui ketika Edry dilihat di rumah terbuka KRU yang telah diadakan di kediaman Norman pada penghujung minggu lalu. Kata wartawan yang pergi ketika itu, perbezaan ketara dibahagian hidung milik Edry yang begitu berbeza dari dahulunya

Tidak ada sebarang komentar yang dikeluarkan oleh Edry sendiri, samada ianya surgery atau pun terlibat dengan kemalangan. Perbandingan wajah dahulu dan ketika berjumpa sudah dibuat, dan ini hasilnya...

Alyah dibedah dua kali!

Jumaat, 4 November 2011

Baru-baru ni penyanyi Alyah dikatakan mengalami sakit perut luar biasa. Dan dia dikejarkan ke hospital pakar di Damansara. Mengikut laman Kosmo, Alyah diperiksa oleh doktor, dan Alyah difahamkan terpaksa dibedah dua kali dengan segera disebabkan apendiks di dalam perutnya sudah pecah dan seterusnnya menyebabkan beberapa telur ovarinya menerima jangkitan.

“Selepas mengalami muntah-muntah, badan rasa sangat tidak selesa, saya dihantar ke hospital untuk membuat pemeriksaan. Ketika itu Tuhan saja yang tahu betapa sakitnya, hidung dan mulut saya keluar air tanpa henti, bila doktor tekan bahagian perut, sakit yang teramat!” -Via
Kini Alyah disahkan sembuh sepenuhnya dan sihat seperti sediakala setelah 2 minggu apa yang terjadi kepada dirinya ini berlalu.

Tahi Lalat Effa Rizan hilang?

Rabu, 15 September 2010

Penyanyi lagu Rasa Hati yang terkenal semasa era 70-90an, Effa Rizan kini berwajah baru sebab tiada lagi tahi lalat besar di atas/tepi bibirnya. Mengapa Effa membuang tahi lalat yang menjadi trade mark dia sejak zaman 70-an lagi? Adakah Effa rasa kehadiran tahi lalat hidup yang semakin membesar itu menyulitkannya atau sukar untuk mengunyah makanan dan sebagainya?

"Kak Effa tak buang... sebenarnya tahi lalat ini luruh semasa Kak Effa sakit hari itu. Kalau buang pasti cantik dan tak ada kesan. Inikan ada kesan," kata Effa. -ManggaOnline
-apa hukum membuang tahi lalat erk?

Ashraf Sinclair Jalani Pembedahan Usus

Khamis, 10 Disember 2009

Pelakon Malaysia dan Indonesia yang kini menetap di Indonesia Ashraf Sinclair tiba-tiba ditahan di hospital pada pagi semalam. Suami kepada penyanyi dan pelakon Bunga Citra Lestari itu perlu menjalani pembedahan usus dengan kadar segera di sana.

"Pembedahan usus terpaksa dilakukan segera," kata pengurus Ashraf dan Bunga, Dodi ringkas ketika dipetik dari Detikhot.com
Dimaklumkan, bintang filem 'Gol dan Gincu' dan 'Saus Kacang' itu tiba-tiba sakit perut dan kemudian dikejarkan ke hospital di Menteng, Jakarta Pusat.
"Tiba-tiba dia sakit pagi tadi," ujar Dodi lagi.
Disebabkan sakit dan pembedahan yang perlu dilakukan itu, Ashraf yang kini terbaring di hospital sambil ditemani isteri tercinta perlu berehat dari menjalani penggambaran sinetron 'Cinta dan Anugerah'.

Gambar Syanie dah kurus sedikit

Isnin, 30 November 2009

Masalah berat badan yang dialami oleh pelakon, Syanie bukan sesuatu yang baru. Perkara nie dah lama dah. Namun begitulah rezeki Syanie, banyak filem dan drama yang telah dilakonkannya tanpa mengira bentuk fizikal dia berkenaan. Baru-baru ini badan Syanie sepertinya ada sedikit penurunan kepada level medium. Katanya dia membuat pembedahan di bahagian perut bagi menghilangkan serba sedikit lemak yang ada padanya, dan pembedahan itu telah pun selamat. Lihatlah Syanie sekarang ni..
Dulu..
Sikalang..

Lana Nordin Buat Pembedahan Hidung?

Isnin, 23 November 2009

Dengar kahbar dari seorang informer mengatakan, pelakon yang pernah digelar meletop sebagai artis yang mirip Pamela Anderson versi Malaysia, Lana Nordin telah pergi ke bandar Bangkok untuk tujuan membuat pembedahan hidungnya. Tidak dipastikan lah nak bedah nak kasih kecik atau besar, cantik atau huduh, ada atau tiada. Ngeh3. Apa-apa pun pembedahan seperti ini tidak digalakkan dalam Islam kerana mengubah ciptaan Allah SWT.