Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Gambar anak kembar Aein terkini

Isnin, 24 Mac 2014

Nak memasuki usia 8 bulan, anak kembar kepada Datin Aein, cukup memperlihatkan anak kembarnya sihat dan hidup normal seperti anak-anak biasa.

Baru-baru ini Aein dan Ekin bergambar bersama untuk sesi photo majalah Harmoni, memperlihatkan keluarga kembar untuk dimenjadi pengias majalah berkenaan. -gambar instagram.com/aennarif#

Aein Kembar Ekin Dapat Baby Kembar

Khamis, 7 November 2013

Tahniah kepada kembak Ekin, Datin Aein kerana selamat melahirkan anak kembar @twin baru-baru ini kalau tidak silap awal bulan ini.

Jantina dan nama kembar ini tidak diketahui. Tapi apa-apa pun Aein selamat dan sihat seperti biasa. :)

Aien Nikah 12 Disember

Khamis, 10 Disember 2009

Hampir setahun kembar Nora'Ain Rahmat (Aien), 30, iaitu Nora'Asikin (Ikin) bertemu jodoh dengan Asmawi Ani (Mawi), 28, kini tiba gilirannya pula menempuh gerbang bahagia bersama kekasih hati yang khabarnya berstatus Datuk berusia 41 tahun. Memilih tarikh 12 Disember ini, Aien bakal melangsungkan majlis pernikahan di Masjid Negeri Shah Alam sekitar jam 12 tengah hari.

Aien berkata, dia berdebar menunggu detik bersejarah itu dan bagaikan tidak percaya akhirnya akan bergelar isteri kepada jejaka yang dicintainya itu. Memilih rekaan Cosry pada majlis pernikahannya nanti, Aien menambah, dia mengenali bakal suaminya dua tahun lalu melalui kawan.

Berkongsi pengalaman saat pertama kali bersua, Aien berkata, mereka tidak banyak berkomunikasi bagaimanapun berbeza dengan pertemuan kali kedua. Memandangkan bakal suaminya sibuk, mereka mengambil keputusan bernikah gantung terlebih dulu. Majlis kenduri dan persandingan akan diadakan awal 2010.

Aein Bakal Kahwin Duda Anak Tiga

Selasa, 1 September 2009

Dengar-dengar Aein yang juga merupakan kembar kepada Ekin akan bernikah dengan seorang duda anak tiga berumur 41 tahun dalam perancangan selepas Hari Raya nanti. Menurut Aein (seorang model pakaian) lagi, dia dan bakal suaminya mempunyai banyak persamaan sekaligus menjadikan mereka serasi dan selesa bersama (konon ker nie, bukan kerana harta?). Walaubagaimanapun Aein tidak boleh memberitahu nama bakal suaminya itu kerana dia hanya mahu mendedahkan identiti duda itu pada hari bersejarahnya nanti. Lelaki itu juga dikenali atas perwatakkannya yang berasal anak kelahiran Kuala Lumpur dan merupakan seorang ahli perniagaan yang begitu sukses sekali.