Cinta,
Farawahida,
Gossip Artis,
Penyanyi,
Melangkah pergi daripada segala kontroversi yang pernah singgah dalam dirinya, penyanyi yang popular dengan lagu Tanpamu ini sudah dapat merasakan tahun mendatang bakal memberikan sinar baru dalam kehidupannya. Enggan lagi menoleh ke belakang, Farawahida yang mesra disapa Fara ini sudah mula menyusun agenda tersendiri untuk karier seninya yang bukan saja hanya melibatkan bidang nyanyian, malah
mula memberanikan diri menceburi bidang lakonan.
Beralih kepada kehidupannya kini, dalam nada ceria, Fara berkata dia semakin sibuk membuat perancangan dalam menentukan hala tuju hidupnya. Ditanya sama ada agenda untuk berkahwin turut terselit di dalam salah satu perancangan itu apatah lagi dirinya kini dikatakan sedang asyik dilamun cinta dengan seorang jejaka yang hanya setahun tua daripadanya itu, penyanyi kelahiran Taiping, Perak ini hanya ketawa kecil sebelum menjawab:"Saya pun memang tidak mahu lama-lama bercinta. Saya tidak nafikan, 'dia' adalah yang terbaik untuk saya. Saya kagum dengannya kerana dengan pelbagai perkara yang saya lalui selama ini, dia tetap berdiri teguh menyokong saya. Dia memahami apa yang berlaku dan saya berharap sangat hubungan ini akan terus bertahan," ujarnya.
Kata Fara, kedua-duanya juga sudah mengenali keluarga masing-masing, namun penyanyi ini enggan bercerita secara mendalam tentang kekasih hatinya itu.
Tag
:
Cinta
,
Farawahida
,
Gossip Artis
,
Penyanyi