Ana Raffali Ikut Jejak Yuna?

Pada: Rabu, 25 November 2009
1. Tidak kenal maka tidak cinta. Marilah berkenalan. Siapakah Ana Raffali yang sebenar?
Saya Ana. Ayah orang Negeri Sembilan, ibu pula dari Pahang. Anadilahirkan di Kuala Lumpur. Sekarang menetap di Lembah Keramat.Kadang-kadang senang dengan keselesaan dan keringkasan. Itulah Ana.Macam baju kurung. Selesa dan ringkas. Tidak gitu? Ana suka berceritadalam lagu. Pun begitu, Ana berbintang Scorpio. Suka berahsia.

2. Ceritakan sedikit tentang pengalaman pertama Ana mempersembahkan hasil karya sendiri kepada khalayak.
SebenarnyaAna tak berapa ingat bila pertama kali Ana menyanyikan lagu yang Anatulis sendiri. Mungkin ia satu pengalaman ngeri yang cuba Ana lupakantanpa sedar. Ha ha.

3. Siapakah yang sedikit sebanyak menyumbang atau mempengaruhi gaya kerja seni Ana?
Anatiada latihan muzik formal. Cuma belajar sendiri dan dapat tunjuk ajardari kawan-kawan. Banyak muzik yang Ana dengar tetapi buat masa ni,layan Eva Cassidy, Songbird. Great artist! Tentang ilham, Ana rasasegala buku yang pernah Ana baca, lagu yang pernah Ana dengar, filemyang pernah Ana tonton, jalan yang pernah Ana lalui, semuanya telahmembentuk pemikiran Ana sekarang. Perbualan dengan orang perseoranganpun kadang-kadang menggerakkan hati Ana untuk mencuba sesuatu. DariInternet juga. Sekarang Ana sudah ada modem. Yay! Tidaklah berharapkepada dengan wi-fi di Fastfood Joint sahaja. Ha ha ha.


4. Apakah isu-isu yang sering menjadi topik kegemaran dalam lagu Ana?
Anajatuh dalam kategori "hopeless romantic", tentulah Ana gemar menulistentang cinta. Maklumlah, Ana pernah dikecewakan. Ewah! Siapa tidakpernah kecewa angkat tangan?! Biasalah. No pain no gain. Bukan lamaksudnya Ana suka benda sadis. Cuma, kadang-kadang derita memudahkankita berkarya dengan lebih rasa jujur. Selagi Ana mempunyai kapasitiuntuk merasa sendiri atau memahami melalui orang lain, selagi itu Anaakan terus mengupas subjek ini.

5. Mana satu yang betul, seni untuk seni atau seni untuk masyarakat?
Subjektif.Ana mahu karya Ana didengar oleh orang ramai, tapi Ana tak pernahmenulis untuk diterima masyarakat. Ana mahu melihat dan mentafsirperistiwa dengan bijak tanpa terikut-ikut orang lain. Ana tak mahuberkarya untuk memberikan apa yang masyarakat mahu atau suka, Ana taknak ambil tahu pun apa formula yang berkesan. Ana mahu seni yang Anaperjuangkan berdiri dengan sendirinya, hasil dari segala jalan dan rasayang Tuhan telah berikan pada Ana. Mudah-mudahan seni dapat memberipeluang untuk kita semua merasa sesuatu yang istimewa, jujur dan indah.Jadi lebih baik 'seni untuk seni' untuk masyarakat.

6. Artis indie juga tidak sunyi dari gossip. Apakah gossip tentang Ana yang paling "juicy"?
TakkanlahAna nak berkongsi gossip tentang diri sendiri. Ada ke orang nak tahuyang ada kemungkinan Ana Raffali berdarah 1/2 melayu 1/4 cina 1/8itali? haha.. hanya gossip. Eh.. ini soalan dari wartawan Sol-jah atauMangga ni? Next question please. Ha ha ha.

7. Ke manakah halatuju kerja seni Ana Raffali dalam masa 10 tahun?
Walaupundilatih untuk jadi pendidik, Ana rasa mungkin tidak mengajar di sekolahsecara formal. Ana mahu menulis lebih banyak lagu dan menjadi pemuzik(yang hebat, kalau boleh) sepenuh masa. Doakan Ana. Amin.

Tag : , , ,