Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Rumahtangga Farawahida bergolak? tak pernah muatnaik gambar suami?

Rabu, 16 Ogos 2017

Dengarnya rumahtangga Farawahida dengan suaminya, Shukur Mohd Zain berantakkan, mana taknya spikulasi Farawahida yang jarang memuatnaik gambar suaminya di laman sosial menjadi persoalan.

Sehinggakan Hari Raya tahun ini gambar suaminya tiada dalam laman sosial Farawahida sendiri.

"Rumah tangga kami macam biasa. Tiada apa yang berubah pun. Ikutkan dari dulu lagi, jarang gambar suami dimuat naik di laman sosial.

"Suami pun tak suka nak dedahkan dirinya. Begitupun memang ada gambar kami berdua di laman sosial. Bukan tiada langsung. Cuma memang tak semua gambar kami dikongsi untuk tatapan umum.

"Macam Aidilfitri tahun ini, kami sempat beraya bersama. Cuma keadaan tidak berapa sesuai untuk kami ambil gambar, maka tak ada gambar kami beraya pun,"

Bakal genap empat tahun berkahwin, hujung tahun ini, persoalan menimang anak tidak lupa diajukan kepada Farawahida

"Baik saya dan suami, memang kami teringin untuk memiliki anak. Tapi belum ada rezeki ke arah itu.

"Seperti pasangan lain, kami pun nak lengkapkan rumah tangga dibina ini dengan kehadiran cahaya mata. Tapi kuasa Tuhan, semua itu belum menyebelahi kami," katanya memetik BharianOnline

Ayda Jebat disindiri kerana suaranya @#$%^& di Meletop Era?

Selasa, 1 Mac 2016



Dengar kata Ayda Jebat disindir kerana menyanyikan lagu ketika Anugerah Meletop Era minggu lalu yang dianggap tidak sama dengan suara ketika di set audio.

Rata-rata nitizen menganggap suara Ayda tidak semerdu bila 'live' berbanding di studio.

Sindiran itu juga dinyatakan oleh beberpaa artis senior di dalam laman sosial walaupun tidak dinyatakan namanya.

Farawahida kini bertudung (9 gambar)

Jumaat, 10 April 2015


Alhamdulillah penampilan terkini Farawahida dah berubah, dia kini dah bertudung dan bertambah manis lagi apabila enggan mendedahkan kenapa dia berbuat demikian, cukuplah sekadar dia dan Allah sahaja yang mengetahui.

13 Gambar bulan madu Farawahida, suami di Jepun

Khamis, 27 Februari 2014

Selepas berkahwin dan mendirikan rumahtangga selama 2 bulan, Farawahida dan suaminya, Abdul Shukur telah pergi berbulan madu di beberapa tempat menarik sekitar negara Jepun.

Kebetulan iklim dan cuaca ketika mereka pergi sangat sejuk aka bersalji.

Memang satu pengalaman dan bulan madu yang menarik sekali. Kita disini berpanas pula. Hehe. -gambar instagram realfarawahida#

Gambar Resepsi Farawahida

Isnin, 10 Februari 2014

Setelah nak dekat dua bulan bergelar suami isteri, Farawahida dengan suaminya, Abdul Shukur mengadakan resepsi mereka berdua bertempat di Dewan N’dah Shah Alam baru-baru ini.

Semoga dengan perkahwinan mereka ini, berkekalan hingga ke akhir hayat. amin.

Gambar Photographer Perkahwinan Farawahida, Shukor

Jumaat, 20 Disember 2013

Seminggu berlalu menjadi suami isteri yang sah, Farawahida dengan Abdul Shukor, jurufoto mereka Bicara Lensa telah mengirimkan beberapa keping gambar yang telah siap di edit ketika majlis bermakna mereka itu.

Apa-apa pun mari kita lihat suasana yang berwarna warni dengan ikatan yang sah ini..

Tahniah, Farawahida Bergelar Isteri

Isnin, 16 Disember 2013


Debaran kian terasa buat penyanyi Farawahida yang sudah bernikah dengan jejaka pilihannya, Abdul Shukur menurut sumber Utusan semalam.

Perkenalan selama 8 tahun itu akan menjadi lengkap dengan direalisasikan dalam satu majlis pernikahan di Taiping, Perak.
"“Alhamdulillah. Semua dugaan bakal berakhir. Sekarang dah tak ada apa lagi yang nak disembunyikan,

“Susah nak jumpa orang yang sanggup terima kekurangan kita. Beri sokongan sewaktu kita susah hati. Abang (Shukur) adalah orang yang cukup setia dalam bab-bab ini.

“Dia orang yang penyabar dan sangat matang," kata Farawahida





Tarikh Pernikahan Farawahida adalah....

Sabtu, 7 Disember 2013

Penyanyi Farawahida akan melangsungkan pernikahan dan perkahwinannya pada 16 Disember 2013 ini yang dilangsungkan di Dewan Majlis Perbandaran Taiping bermula jam 7.30 petang sehingga jam 12 tengah malam. Info ini memetik kehadiran Farawahida ke pejabat Murai beberapa hari yang lalu.

Fara hadir untuk memberikan kad jemputannya sekali. Sekaligus memberitahu nama bakal suaminya iaitu Abdul Shukur Mohd Zain, seorang yang bertugas di pusat rawatan jantung di ibu negara selain menjadi rakan kongsi perniagaan dengan Fara.

Gambar Pra Perkahwinan Farawahida

Selasa, 19 November 2013

Gambar dibawah adalah gambar pra-perkahwinan penyanyi, Farawahida yang berkonsepkan kebaya Melayu serta gaun moden daripada perekany Butik Nasha dan photographi dari Empayar Che Det.

Gambar ini membuktikan dan mengukuhkan lagi dakwaan yang dia akan berkahwin pada bulan Disember 2013 nanti. Sayangnya gambar dengan bakal suami tidak disertakan. :(

Fara Wahida Nak Kahwin?

Rabu, 13 November 2013


Dengarnya Fara Wahida bakal melangsungkan pernikahannya tidak lama lagi. Ini berikutan sekeping gambar telah dimuatnaik ke dalam laman sosial Instagram dengan dia mencuba gaun pengantin.

Dan difahamkan lagi, majlis penuh makna itu akan dilangsungkan pada bulan Disember 2013. Kat bawah ni, gambar blurr yang dikatakan calon suaminya. Tahniah lah kalau berita ini betul. :)

Hot! Julfekar Sindir Kehormatan Farawahida?

Selasa, 3 September 2013

Setelah 3 tahun mereka berpisah atau putus cinta dan tidak mnghubungi antara satu sama lain, kini bekas kekasih kepada Farawahida dan juga komposer lagu, Julfikar telah menulis di dalam laman sosialnya dengan bunyi menyindir bekas kekasihnya itu.

Namun perbuatan Julfikar ini mendapat kecaman dan bersependapat yang Julfikar sengaja mengaibkan bekas kekasihnya itu walaupun sudah 3 tahun berpisah dan masing-masing dengan haluan sendiri.

Tindakan Julfikar ini rasanya tidak elok, jangan ingat wanita lemah, silap haribulan lelaki juga masuk penjara.

Farawahida pilih Mr. R. sebagai calon suami

Isnin, 6 Februari 2012

Farawahida mengakui telah merancang untuk mengakhiri zaman bujangnya bersama jejaka yang mahu dikenali sebagai Mr. R. Mula menjalinkan hubungan serius sejak empat tahun yang lalu, Farawahida bercadang untuk menamatkan zaman bujangnya pada penghujung tahun ini.

Sudah mula mengenali Mr. R sejak di bangku sekolah, Farawahida turut mendedahkan bahawa jejaka tersebut bekerja di sebuah klinik swasta. Belum menetapkan tarikh yang sesuai untuk hari bahagianya itu, tambah Farawahida dia akan memulakan dengan adat bertunang terlebih dahulu sebelum diijabkabulkan. -Via

Farawahida yang berwajah baru

Rabu, 2 Disember 2009

Dalam majalah Eh! keluaran baru-baru ini, cover depan bagi majalah berkenaan di paparkan penyanyi kontroversi yang pernah digosipkan dengan komposer terkenal, Farawahida. Namun kali ini penampilannya lebih fresh, lebih bergaya, lebih muda, lebih sopan dan lebih-lebih lagi kot. Memang pengalaman dahulu, menjadikan Farawahida lebih banyak berubah dan berani dalam menempuh arus bidang seni. Nantikan kemunculan Farawahida dengan yang lebih panas~

Farawahida Ada Kekasih Baru

Selasa, 24 November 2009

Melangkah pergi daripada segala kontroversi yang pernah singgah dalam dirinya, penyanyi yang popular dengan lagu Tanpamu ini sudah dapat merasakan tahun mendatang bakal memberikan sinar baru dalam kehidupannya. Enggan lagi menoleh ke belakang, Farawahida yang mesra disapa Fara ini sudah mula menyusun agenda tersendiri untuk karier seninya yang bukan saja hanya melibatkan bidang nyanyian, malah mula memberanikan diri menceburi bidang lakonan.

Beralih kepada kehidupannya kini, dalam nada ceria, Fara berkata dia semakin sibuk membuat perancangan dalam menentukan hala tuju hidupnya. Ditanya sama ada agenda untuk berkahwin turut terselit di dalam salah satu perancangan itu apatah lagi dirinya kini dikatakan sedang asyik dilamun cinta dengan seorang jejaka yang hanya setahun tua daripadanya itu, penyanyi kelahiran Taiping, Perak ini hanya ketawa kecil sebelum menjawab:
"Saya pun memang tidak mahu lama-lama bercinta. Saya tidak nafikan, 'dia' adalah yang terbaik untuk saya. Saya kagum dengannya kerana dengan pelbagai perkara yang saya lalui selama ini, dia tetap berdiri teguh menyokong saya. Dia memahami apa yang berlaku dan saya berharap sangat hubungan ini akan terus bertahan," ujarnya.
Kata Fara, kedua-duanya juga sudah mengenali keluarga masing-masing, namun penyanyi ini enggan bercerita secara mendalam tentang kekasih hatinya itu.

Skandal Julfekar, Jessica MyStarz LG

Khamis, 22 Oktober 2009

Tidak dipastikan adakah ini gambar selepas atau sebelum Jul dan Farawahida menjalinkan hubungan. Namun pun begitu, gambar ini adalah gambar kemesraan Jul dengan Jessica dari program realiti MyStarz LG yang digembar gemburkan sebagai sepasang kekasih yang intim. Ramai yang tidak menyukai sikap Jul ini, namun ianya merupakan hak pribadi Jul sendiri terhadap siapa yang dia ingin jadikan kekasih hatinya. Dah berumur, mungkin banyak duit kot.

Farawahida Bunuh Diri?

Rabu, 30 September 2009

Komposer kontroversi Julfekar sebak dan menangis apabila ditanya kesahihan khabar angin yang mengatakan bekas kekasihnya, Farawahida telah mati kerana membunuh diri kelmarin (29/9). Julfekar berkata, awalnya dia amat terkejut apabila mendapat tahu tentang berita itu daripada kenalannya dan semakin cemas apabila ramai pihak media mula menghubunginya untuk mendapatkan pengesahan.

"Walaupun kami masih lagi berkonflik dan dalam keadaan tegang, jauh di sudut hati, saya masih sayangkan Fara dan sudah tentu tidak mahu mendengar tragedi seperti itu berlaku ke atas dirinya. Bila pertama kali mendapat khabar angin itu, saya terus terbayangkan saat-saat indah kami bekerja bersama.
"Tadi, rakan editor saya sudah menghubungi Fara dan mengesahkan Fara berada dalam kedaan baik. Saya tidak tahu dari mana timbulnya gosip seorang artis telah membunuh diri hari ini dan orang yang disebut itu ada nama Wahida. Hati saya menjadi cemas dan tertanya-tanya apakah dia Farawahida atau ada Wahida yang lain?" kata Julfekar.
Dalam pada sebak dan terharu, Julfekar tertanya-tanya apakah motif berita palsu Farawahida mati bunuh diri itu bertujuan untuk mengalih tumpuan orang terhadap isu krisis beliau dengan penyanyi lagu Rakus itu selama ini.

"Entahlah lepas satu, satu, saya pun tak mahu ulas panjang-panjang lagi. Krisis kami dah jadi kes mahkamah dan biarlah kami selesaikan dengan peguam masing-masing, sekiranya itu yang Fara mahu," kata Julfekar.

Farawahida Akhirnya Muncul

Jumaat, 21 Ogos 2009

Isu panasnya dengan Julfekar berhubung kait dengan kontrak yang dipakai kedua-duanya dan salah laku jenayah dimana masing-masing mahu mengugut antara satu sama lain masih lagi dalam prosedur perbicaraan. Dan ini mungkin mengambil masa yang lama. Pun begitu akhirnya Farawahida telah muncul setelah sekian lama men'hilangkan' dirinya apabila dia dijemput pada rakaman program raya Wanita Hari Ini dan Nona terbitan TV3 hari lepas, penyanyi yang juga berusia 24 tahun ini sedang giat dalam membangunkan semula karier seninya, salah satunya akibat tiada komposer, maka FaceBook Farawahida dijadikan medan diskusi untuk memberi karya diantara peminatnya dengan Farawahida.

Hp Jul Tiada Video Lucah Farawahida

Ahad, 12 Julai 2009

Penulis terbaca akhbar Harian Metro Online hari ini melaporkan bahawa pihak polis tidak menemui apa-apa jenis sebarang gambar mahupun video lucah atau SMS berbaur ugutan dalam telefon bimbit pribadi kepunyaan Julfekar atau lebih dikenali sebagai pengurus Farawahida. (Secara logik akal dalam apa situasi, benda (video/gambar) yang sensitif memang lah kena dibuang/simpan ke server lamanweb/pc sebelum pihak berwajib mahu memerikasanya).

Namun, telefon tersebut akan dihantar ke pihak forensik untuk siasatan lebih terperinci. Selain itu, pihak polis turut akan mendapatkan bantuan Pusat Keselamatan Siber Malaysia untuk melihat jika terdapat mana-mana kandungan telefon tersebut yang telah dipadamkan (kalau yang bab ini mungkin SMS yang dipadam mungkin dapat disiasat, tapi bab format telefon bimbit dan data-data, mungkin agak sukar sikit).

Imbas kembali pada 1 Julai lalu, Farawahida telah membuat laporan polis mendakwa Julfekar telah mengugut untuk mengedarkan gambar dan video lucahnya jika dia enggan menyambung kontrak dengan syarikatnya. Apa-apa pun berani kerana benar, kalau Farawahida benar dan percaya benda itu benar-benar tiada/tidak wujud, buat apa nak resah gelisah sampai nak report polis, penulis naik hairan pula, kalau ancaman bunuh, itu lain ceritalah. (kan dah kantoi)

Gambar dan Video Lucah Farawahida?

Ahad, 5 Julai 2009

“Ya Allah...kenapa sampai macam itu sekali. Macam saya ini jahat sangat,” kata komposer Julfekar Ahmad, 45, mengulas tindakan penyanyi Farawahida membuat laporan polis mendakwa dia mengugut untuk mengedar gambar dan video lucahnya. Menurutnya, dia juga akan membuat laporan polis terhadap bekas anak didiknya itu untuk membela diri terutama berkaitan dakwaan mengugut mahu mengedarkan gambar serta video lucah penyanyi berkenaan.

“Biar saya selesaikan dulu (rujuk peguam)...kemudian baru kita tengok macam mana,” kata Jul.
Farawahida difahamkan sudah membuat tiga laporan polis terhadap komposer terkenal itu masing-masing di Balai Polis Klang pada 6 November tahun lalu, Taiping, Perak (9 Februari) dan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, Rabu lalu.

Dia antara lain mendakwa menerima ugutan mengedar gambar dan video lucahnya bertitik tolak daripada tindakannya enggan menyambung kontrak dengan sebuah syarikat rakaman yang tamat pada 9 Februari lalu.

Farawahida juga mendakwa menerima SMS memaki hamunnya termasuk bertulis ‘perempuan tidak guna, perempuan sundal’.

Julfekar seterusnya berkata, dia sebelum ini ada mendengar khabar angin Farawahida atau nama sebenarnya Farawahida Razali, 24, membuat laporan polis terhadapnya, namun tidak mahu melatah sehingga ia betul-betul sahih.
“Sehingga kini polis belum menghubungi saya, tapi saya juga akan membuat laporan polis,” kata Jul lagi.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamad, mengesahkan menerima laporan artis wanita berkenaan sekitar jam 7.45 malam.
“Pegawai penyiasat sudah berusaha menghubungi individu yang dimaksudkan dalam laporan terbabit, namun masih gagal menghubunginya. Namun, polis akan berusaha mencarinya bagi membantu siasatan,” kata ketua polis berkenaan.
Kemelut antara mereka bermula apabila Julfekar yang juga pemilik Millenium Art Sdn Bhd (MASB) mendakwa Farawahida yang masih mempunyai setahun kontrak pilihan gagal menyempurnakan perjanjian yang ditandatangani apabila menyepikan diri sejak Februari lalu.

Farawahida dikatakan pernah dua kali menghantar surat untuk keluar daripada pengurusan MASB dalam tempoh 24 jam pada Februari dan awal Jun lalu, bagaimanapun permintaan penyanyi itu tidak dapat dilaksanakan berikutan kuasa untuk menamatkan kontrak pilihan adalah milik MASB dan bukan Farawahida.

Julfekar sebelum ini dilaporkan berkata syarikat tidak menghalang jika Farawahida mahu keluar dengan syarat bersedia membayar ganti rugi RM231,000 untuk keseluruhan produksi dan promosi album terbarunya, Farawahida `09.
“Saya juga memohon ganti rugi RM200,000 (+231,000) lagi atas segala kepayahan saya menaikkan namanya sepanjang tujuh tahun bergelar artis,” tambah Jul. -hMetro

Farawahida Tidak Kenang Budi!

Khamis, 26 Mac 2009

Itulah reaksi pengurusnya, Julfekar, apabila diminta memberi komen tentang SMS yang dikirim anak didiknya, Farawahida, memaklumkan keputusannya untuk keluar dari naungan Millenium Art Sdn Bhd. Ini ikutan dari surat bertarikh 16 Februari yang dihantar kepada Julfekar, meminta supaya dia dilepaskan dari Millenium Art. Alasan yang diberikan – dia tertekan dan dikongkong. Menurut Julfekar, Farawahida masih terikat kontrak dengan syarikat sehingga Februari tahun depan.
“Niat saya baik iaitu ingin memberi peluang kepada artis baru mengetengahkan bakat mereka. Tapi, itulah, sesetengah mereka memang tidak mengenang budi. Dalam kes Farawahida, saya memang ada mendengar dia bercerita benda yang tak baik mengenai saya dan menuduh macam-macam. Walaupun kesal, tapi saya tak mahu ambil kisah sangat sebab saya tahu saya di pihak yang benar,” cerita Julfekar kepada Berita Harian hari ini dalam ruangan ‘Jawablah!’.

Mengikut cerita, Farawahida telah menghilangkan diri sejak awal bulan lalu, selepas berlangsungnya Anugerah Juara Lagu ke-23 dimana dia memenangi Lagu Terbaik dalam kategori Etnik Kreatif. Semua percubaan untuk menghubunginya gagal.

Diminta mengulas tentang dakwaan Farawahida yang dia dikongkong, Julfekar menjelaskan untuk menjadi seorang artis, penampilan harus dijaga, tidak boleh keluar malam dan kena banyak membuat latihan. Katanya, jika benar dia banyak berleter atau mengongkong, itu adalah untuk kebaikannya.

Julfekar juga percaya tindakan Farawahida adalah disebabkan pengaruh orang-orang sekelilingnya. Enggan lagi mengambil tindakan mahkamah, dia berharap Farawahida akan bertemunya untuk berbincang.

Ehsan Gua