Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Fahrin, Awal Lupa Bayar PTPTN

Isnin, 2 November 2009

Apa pula jadi dengan dua bintang filem hebat Awal Ashaari dan Fahrin Ahmad ni? Dia orang buat salah apa sampai disenarai hitamkan dan tak boleh keluar negara? Jangan terkejut pula. Dia orang tak bunuh orang pun cuma khabarnya ada hutang yang tak dibayar. Dalam minggu lepas ada orang bertanya macam mana nak cari Awal dan Fahrin sebab nak bagi tahu berita sedih kepada mereka?

Orang itu minta sampaikan, buat masa ni mereka tak boleh pergi luar negara takut nanti ditahan oleh pihak Imigresen. Jadi, orang berkenaan minta Awal dan Fahrin jelaskan dulu hutang tertangguh dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Kata orang itu lagi, Awal dan Fahrin ada buat pinjaman dengan tabung berkenaan ketika mereka belajar di UiTM Shah Alam tak lama dulu. Fahrin garaduan ijazah dalam bidang undang-undang manakala Awal pula diploma komunikasi di universiti berkenaan. Tapi Awal sempat menyambung pelajaran di Universiti Limkokwing dan memiliki ijazah dalam bidang filem & Televisyen.
“Kalau sesiapa terjumpa dia orang tolong beritahu berita ni ya. Saya ni peminat dia orang. Tak mahu nanti timbul masalah pula bila dia orang nak keluar negara,” kata orang itu.
Menurut sumber PTPTN pula, nama Fahrin dan Awal baru saja disenaraihitamkan apabila agensi itu gagal mendapatkan respons selepas notis tuntutan dihantar. Kepada Fahrin dan Awal, jangan nanti jadi macam Faizal Tahir pula. Gara-gara hutang PTPTN, dia hampir-hampir tak boleh ke Jakarta untuk Anugerah Planet Muzik tak lama dulu.

Faizal Tahir Tidak Bayar PTPTN

Ahad, 19 Julai 2009

Bila dah glamor, yang hal-hal penting sepertinya diabaikan, belum lagi hal-hal yang wajib. Tapi penulis rasa Faizal cuma terlupa hal-hal yang penting sahaja, yang wajib tidak terlupa. Mengenai pembayaran PTPTN, Faizal akui dia tidak melunaskan pembayaran itu sejak tamat belajarnya ketika menunutut di UTM Skudai dahulu. Hal ini terkantoi apabila Faizal Tahir hendak berlepas ke Anugerah Planet Muzik (APM) di Jakarta di laluan kemasukkan penumpang di KLIA. Tapi Faizal dengan yakin akan ke sana juga, mungkin langsaian hutang itu Faizal bayar cash kot agaknya. Korang yang belum bayar lagi, jangan harap dapat honeymoon ke luar negara erk.