Fahrin No Komen Isu Pisah Scha

Pada: Isnin, 12 Oktober 2009
Semua pun sudah tahu hubungan cinta antara Fahrin Ahmad dan Scha telah terputus di tengah jalan. Apa sebabnya, hanya mereka berdua sahaja yang tahu. Mungkin kerana tiada keserasian atau ada orang ketiga. Scha sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan kepada pihak media tentang perpisahan mereka. Malah bekas kekasih Fahrin, Linda Onn juga ada mengulas tentang perpisahan Fahrin dan Scha sebelum ini.

Sekarang ini, cuma Fahrin saja yang belum memberi sebarang komen. Mungkin Fahrin tidak mahu bising-bising seperti perpisahannya dengan Linda dahulu. Maklumlah, pengalaman lalu pasti mengajar Fahrin untuk lebih bijak bertindak.

Dalam masa yang sama, banyak juga pihak yang menunding jari kepada Fahrin dengan mengatakan dia punca kepada perpisahan yang berlaku. Kononnya, Fahrin seorang yang suka mengongkong. Bagi mendapatkan kepastian, Fahrin telah dihubungi beberapa kali untuk mendapatkan penjelasan daripadanya. Namun, panggilan telefon kepadanya sering tidak berjawab.

Selang beberapa hari, Fahrin menerima SMS dengan harapan pelakon lelaki kacak ini akan memberi respon. Akhirnya, Fahrin menjawab SMS yang dikirim. Namun setelah diberitahu yang ingin dapatkan komen tentang perpisahannya dengan Scha, Fahrin memberikan jawapan berikut,
“Haha...not the right time to talk yet. Seriously, belum sesuai.... Insyaallah, sooner or later saya akan bercakap......”
Mungkin Fahrin memerlukan sedikit masa sebelum bertemu dengan pihak media. Kepada peminat Fahrin dan Scha di luar sana, teruskan menyokong artis kesayangan anda ini. -Gua

Tag : , , ,