Rozita Che Wan Pergi Mekah

Pada: Selasa, 8 September 2009
Rozita Che Wan kini sedang berada di Mekah kerana mengerjakan umrah. Dia berangkat pada 29 Ogos lalu dan dijangka pulang pada 15 September ini. Pemergiannya ke Tanah Suci merupakan kali kedua. Kali pertama dia menjejakkan kaki ke bumi para ambia itu enam tahun yang lalu.

Bersyukur dengan rezeki yang datang melimpah ruah, Rozita sebenarnya ingin merasai nikmat berpuasa dan mengerjakan ibadat di Mekah pada bulan Ramadan. Ditemani ibu tersayang, harapan wanita yang suka disapa dengan panggilan Ita ini ialah satu supaya dia mendapat rahmat dan ketenangan ketika beribadat.
“Saya selalu mendengar cerita keseronokan menyambut Ramadan di Tanah Suci dan memang bercita-cita untuk meraikannya pada bulan mulia ini. Syukurlah saya dapat menunaikannya juga bersama ibu tersayang,” katanya yang akan pulang lima hari sebelum menyambut Aidilfitri.
Kehadiran Syawal yang bakal menjelang sememangnya memberi makna bernilai buatnya. Setiap kali hadirnya Syawal, Rozita akan pastikan dia dapat pulang beraya di kampung. Setahun sekali pulang, tentulah masa yang terluang itu digunakan sepenuhnya untuk bersama orang tersayang.

Tag : , , ,