Liyana Jasmay Mahu Sharifah Amani

Pada: Selasa, 1 September 2009
Kehadiran ramai pelakon wanita baru tidak pernah membuatkan Liyana Jasmay berasa gentar. Sebaliknya, dia mengakui lebih menyukai kalau industri perfileman tanah air dipenuhi dengan bakat-bakat muda yang berdaya saing dalam bidang lakonan. Bercakap pula tentang saingannya dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik dalam FFM22 lalu, Liyana berkata, sukar baginya untuk mempercayai kejayaan manis itu.
"Semua pesaing saya dalam kategori itu adalah pelakon yang hebat-hebat. Saya pernah bergandingan dengan Nabila Huda sebelum ini. Jadi saya sedar dia adalah seorang pelakon yang sangat hebat
.
"Tentang Sharifah Amani pula, dia tidak perlulah diperkatakan lagi. Semua orang tahu tentang kehebatan Amani. Cuma saya berharap saya akan diberi peluang berlakon dengan Amani satu hari nanti. Entahlah saya teringin sangat berlakon dengan Amani. Tapi, ada orang cakap saya tak seharusnya digandingkan bersama dengan Amani. Entahlah.. saya pun tidak tahu kenapa tapi saya masih menunggu peluang itu," kata Liyana.

Tag : , , ,