Ezzat Bukan Gentleman, Radhi OAG

Pada: Selasa, 1 September 2009
Sebulan selepas 'drama' perang mulutnya dengan isteri, Shazlin Shariff di perkarangan mahkamah syariah - sehingga terkeluar kata-kata biadap dan berakhir dengan Shazlin pergi menitiskan air mata - kata Radhi, perhubungan mereka semakin pulih walaupun masih agak renggang.

Ditanya tentang penafian Ezzat Mohd Tahir di Melodi yang lepas-lepas ini atas tuduhan mempunyai hubungan dengan Shazlin, jawab Radhi:

"Sepatutnya dia datang berjumpa saya dulu untuk menceritakan hal ini dan bukannya media. Itu bukan perlakuan seorang 'gentleman'.
"Jika benar tiada apa-apa di antara mereka, jumpa dan beritahu saya. Atau mungkin dia tidak mahu berjumpa. Sebelum ini saya pernah cuba menelefon dan SMS-nya tapi tak berjawab. It's alright," ujarnya ringkas.

Tag : , , ,