Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Shazlin Shariff (bekas isteri Radhi) Kahwin!

Sabtu, 15 Oktober 2011

Tiada hangin tiada ribut, tip tip bekas isteri kepada kumpulan vokalis OAG, Radhi yakni Shazlin Shariff sudah pon selamat dinikahkan dengan pasangannya minggu yang lalu. Dah setahun bercerai dengan Radhi, Shazlin kini dah mendapat teman hidup baru, tahniahlah kami ucapkan, semoga kekal hingga ke akhir hayat. Details lanjut mengenai perkahwinan ini tidak dapat dipastikan sangat-sangat. hu

[gambar via]

Radhi OAG sah talak 1 dengan Shazlin (berpeluk selepas cerai)

Rabu, 9 Jun 2010

Mahkamah Rendah Syariah PJ, membenarkan sekaligus mengesahkan bekas vokalis kumpulan OAG, Radhi Razali, 33, bercerai dengan isterinya, Shazlin Sharif, 32, dengan talak satu. Hakim Syarie, Tuan Fazil Che Hasan membuat keputusan tersebut selepas mendengar keterangan daripada kedua-dua pihak plaintif dan defendan menerusi peguam bela masing-masing. Radhi diwakili peguam syarie, Musa Awang manakala Shazlin diwakili Rubiah Jaffar.

Musa mengesahkan anak guamnya (Radhi) bersedia untuk menceraikan plaintif (Shazlin) secara persetujuan bersama dengan terma-terma yang dipersetujui dalam perjanjian persetujuan di antara kedua-dua pihak pada 16 Oktober 2009 untuk bercerai secara baik. Radhi hadir mengenakan baju Melayu rona hitam dan berselendang putih manakala Shazlin memakai baju kurung merah jambu dan bertudung putih.

Radhi dalam lafaz sumpahnya di mahkamah berkata:
"Saya Radhi menceraikan isteri saya, Shazlin Sharif dengan talak satu." -mStar

Radhi OAG dikenakan waran tangkap

Khamis, 5 November 2009

Peguam Syarie, Rubiah Jaafar yang mewakili isteri Radhi OAG, Shazlin Sharif, hari ini memohon mahkamah mengeluarkan waran tangkap terhadap Radhi OAG kerana gagal hadir pada perbicaraan hari ini. Mahkamah Rendah Syariah PJ sekali lagi tidak dapat membuat pengesahan lafaz cerai pelakon dan penyanyi Radhi dari kumpulan OAG, Mohd Radhi Razali dengan isterinya Shazlin Sharif kerana pelakon itu tidak datang.

Justru itu, Hakim Syarie Ghazali Ahmad mengarahkan waran tangkap dikeluarkan terhadap Radhi berkuat kuasa hari ini dan menetapkan tarikh bicara pada 1 Disember 2009 pukul 10.30 pagi. Di peringkat awal prosiding, Rubiah memberitahu anak guamnya, Shazlin telah dimaklumkan oleh Radhi bahawa dia tidak dapat hadir pada prosiding hari ini.

Pada 20 Oktober lalu, mahkamah yang sama tidak dapat membuat pengesahan lafaz cerai Radhi dengan isterinya Shazlin kerana pelakon itu gagal hadir pada perbicaraan. Hakim Syarie, Ghazali Ahmad berkata, ini kerana mahkamah perlu mendengar terlebih dahulu permohonan lafaz cerai kedua oleh Shazlin yang didakwa dilafazkan suaminya melalui telefon pada 25 Februari lalu.

Ezzat Bukan Gentleman, Radhi OAG

Selasa, 1 September 2009

Sebulan selepas 'drama' perang mulutnya dengan isteri, Shazlin Shariff di perkarangan mahkamah syariah - sehingga terkeluar kata-kata biadap dan berakhir dengan Shazlin pergi menitiskan air mata - kata Radhi, perhubungan mereka semakin pulih walaupun masih agak renggang.

Ditanya tentang penafian Ezzat Mohd Tahir di Melodi yang lepas-lepas ini atas tuduhan mempunyai hubungan dengan Shazlin, jawab Radhi:

"Sepatutnya dia datang berjumpa saya dulu untuk menceritakan hal ini dan bukannya media. Itu bukan perlakuan seorang 'gentleman'.
"Jika benar tiada apa-apa di antara mereka, jumpa dan beritahu saya. Atau mungkin dia tidak mahu berjumpa. Sebelum ini saya pernah cuba menelefon dan SMS-nya tapi tak berjawab. It's alright," ujarnya ringkas.

Shazlin, Ex Radhi OAG berSosial

Jumaat, 7 Ogos 2009

Penulis tidak menyangka jika benar kelakuan isteri Radhi OAG, Shazlin Sharif seperti gambar dibawah ini. Tapi penulis tidak boleh yakinkan u'all jika ini gambar sebenar Shazlin. Kerana dalam dunia ini, ramai kembar-kembar kita yang kita tidak sangkakan. Tapi ada juga orang kata, Shazlin ni sebelum berkahwin dengan Radhi, seorang yang sosial dan bebas kehidupannya. Cuma andaian sahaja, mungkin ada yang mengetahui siapa sebenarnya Shazlin ini. Uhuks2.