Night at the Museum Made In Malaysia?

Pada: Rabu, 15 Julai 2009
Selepas Lisa Surihani dan Lan Pet Pet di gandingkan menerusi filem Jangan Pandang Belakang Congkak (file komedi mix seram), mereka sekali lagi akan digandingkan untuk berlakon bersama dalam filem terbaru yang bertajuk ‘Zoo’ (Zoo manakah yang bertuah menjadi tempat pengambaraan). Filem ‘Zoo’ yang merupakan filem ke 31 MIG Sdn. Bhd yang dijangkakan akan menelan belanja sebanyak RM1.8 juta dan penerbitnya David Teoh optimis yang filem ini mampu meraih kutipan lebih RM10 juta.

Di tanya media tentang filem ini yang di katakan mempunyai jalan cerita mirip Night at The Museum, David Teoh menegaskan yang filem ini tetap berlainan walaupun mempunyai sedikit persamaan. Lisa Surihani juga di fahamkan akan memegang watak sebagai Shila, rakan sekerja Lan (Lan Pet Pet) di Zoo Negara. Mahu tahu apa kisah selanjutnya dalam ‘Zoo’? Tunggu dipawagam anda akan datang..

Tag : , , , ,