Pada:
Jumaat, 24 Julai 2009
Risik punya risik, rakaman itu adalah untuk sebuah program hari raya yang menarik iaitu Rumah Terbuka AF. Waah... menarik tu. Dimaklumkan juga, Akim bukan sahaja menyanyikan lagu itu dalam bahasa Inggeris tetapi menukarkan liriknya ke bahasa Melayu (dah takde idea ke?). Khabarnya, sekali lagi Akim menujukan lagu itu kepada Aishah AF7. Amboi, episod cinta berulang lagi ke sesama bekas pelajar? Sementara itu, Konsert Reunion AF akan pasti berlangsung di Kuching, Sarawak pada 25 Julai ini. Jadi, peminat di Borneo jangan tak turun ramai-ramai ke konsert, jumpa di sana! -Murai
Tag : Aishah AF , Akademi Fantasia , Akim AF , Penyanyi

