Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Aishah AF7 Syok kat Qhaud?

Isnin, 2 November 2009

Ntah lah apa yang berlaku kepada peserta Akademi Fantasia musim yang sudah-sudah. Episod mereka kali ini adalah dalam proses mencari jodoh aka teman hidup. Aishah yang dilabelkan sebagai pelajar yang seksi dahulunya pernah digossipkan dengan Akim, tapi sekarang Qhaud pulak yang menjadi pilihan di hatinya. Mungkin penampilan Qhaud yang nampak matang berbanding Akim menarik minat Aishah untuk dijadikan teman. Apa-apa pun terserahlah kepada Aishah kepada untuk pilih siapa dia nak. Ngeh3.

Akim AF "Copy" I'm Yours

Jumaat, 24 Julai 2009

Sejak menyanyikan lagu penyanyi Inggeris, Jason Mraz, I'm Yours di konsert mingguan AF7 yang lalu, lagu itu telah sinonim dengan diri Akim. Disebabkan lagu itu membawa banyak kenangan manis kepada Akim, dikhabarkan Akim baru saja selesai merakam lagu berkenaan dalam versi unplugged di mana Akim telah main sendiri gitar sambil menyanyi. Hai, untuk album solo Akim pulak ke?

Risik punya risik, rakaman itu adalah untuk sebuah program hari raya yang menarik iaitu Rumah Terbuka AF. Waah... menarik tu. Dimaklumkan juga, Akim bukan sahaja menyanyikan lagu itu dalam bahasa Inggeris tetapi menukarkan liriknya ke bahasa Melayu (dah takde idea ke?). Khabarnya, sekali lagi Akim menujukan lagu itu kepada Aishah AF7. Amboi, episod cinta berulang lagi ke sesama bekas pelajar? Sementara itu, Konsert Reunion AF akan pasti berlangsung di Kuching, Sarawak pada 25 Julai ini. Jadi, peminat di Borneo jangan tak turun ramai-ramai ke konsert, jumpa di sana! -Murai