Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

nak kecam warnakan rambut? Akim tak takut!

Isnin, 24 Julai 2017

Orang kata kalau orang Muslim rambut dia diwarnakan memang sah kena kecam. Akim pula difahamkan mewarnakan rambutnya kepada warna perang bertujuan untuk single terbarunya, Lagu Untuk Laila

Menurut portal Bharian, Akim tidak takut dengan kritikan terhadap apa yang dia lakukan ini.
"Lumrahlah kita tidak dapat membuka mulut orang. Tetapi apa yang penting, saya tahu kenapa saya mewarna rambut kepada perang keemasan.

"Saya sangat teruja berkongsi kepada peminat muzik video lagu ini nanti,

"Lagu ini tercipta daripada idea dan strategi saya yang diceduk daripada kisah Laila dan Majnun yang terhalang angkara darjat.

"Zimie pula bertanggungjawab mencipta melodi untuk single terbaharu kami ini, " katanya.

Stacy tampar anaknya, Bella Valentina! (video)

Selasa, 13 Jun 2017


Biar betul, Stacy yang kelihatan nampak manja itu menampar anak angkatnya, Bella Valentina. Namun rasanya ini bukan tampar yang serius dilakukan oleh Stacy tapi hanyalah tampar manja keatas Bella Valentina.

Sebab apa kena tampar manja ni? jom saksikan di video bawah ini.

Mata Akim lebam kena 'tumbuk'?

Isnin, 29 Mei 2017

Suami Stacy, Akim Ahmad baru-baru ini ada memuat naik gambar sebelah kanan matanya bengkak. Menurut kaption gambar berkenaan, Akim yang kini berada di kampung isterinya Stacy di Penampang, Sabah berkata matanya terkena serangan penyengat.
"Mata bengkak kena gigit penyengat rasanya ni, dugaan Ramadan" tulisnya yang turut memuat naik foto serangga tersebut.

Sekitar mjlis aqiqah Eshaal anak Stacy, Akim (5 Gambar HD)

Ahad, 21 Mei 2017

Lawak Mentor Milenia yang korang wajib baca.. (9 gambar)

Khamis, 11 Mei 2017

Akim akhirnya dedah nama anaknya yang simple sahaja..

Isnin, 20 Februari 2017

Akim Ahmad dan Stacy, menamakan anak perempuan sulung hasil perkahwinan mereka dengan nama Eshaal memetik laman sosial Instagram Akim yang memuatnaik gambar sekeping kertas dengan tulisan nama penuh anaknya 'Eshaal binti Afiq Hakim'.

Stacy melahirkan bayi perempuan seberat 2.97 kilogram berkenaan di sebuah hospital swasta di ibu kota pada Jumaat 17 Feb yang lalu.

Stacy selalu marah ketika mengandung - Akim

Rabu, 21 Disember 2016

Sejak hamil anak sulung, penyanyi terkenal Akim Ahmad memberitahu, isterinya, Stacy mengalami perubahan sikap apabila selalu marah tanpa sebab tertentu. Menurut Akim, Stacy adakalanya boleh menjadi emosi tanpa sebab sebaik sahaja bangun dari tidur hingga menyebabkan dia menjadi tempat Stacy melepaskan kemarahan.

Pun begitu, penyanyi lagu Mewangi ini memahami perubahan sikap isterinya itu selain menjadikannya individu yang lebih bersabar.
“Sebenarnya situasi ini membolehkan saya belajar untuk bersabar dan mengawal keadaan. Saya faham dia bersikap sedemikian kerana mengandung,” katanya dipetik Harian Metro.

Hamil 7 bulan, Akim dedah rahsia gambar Instagram Stacy (5 gambar)

Isnin, 5 Disember 2016



Akim Ahmad membertahu isterinya, Stacy yang sarat hamil tujuh bulan, jarang berkongsi gambar terbaharu di laman sosial kerana kurang yakin dengan penampilan diri.

Mengaku berat badan isterinya bertambah sepanjang proses kehamilan, Akim memberitahu BH Online, Stacy lebih banyak berehat dan meluangkan masa bersama keluarga di rumah.

Usia kandungan dan status kesihatan sebenar Stacy terkini...

Rabu, 24 Ogos 2016

Selepas Akim Ahmad mengumumkan isterinya Stacy hamil menerusi satu ucapan di akaun Instagramnya, terbaru Stacy pula mengesahkan kandungan beliau sudah mencecah empat bulan.

Bukan sengaja mahu merahsiakan kehamilannya sebelum ini, Stacy hanya mengikut nasihat orang tua yang tidak menggalakkan untuk terlalu teruja dan mengumumkan berita berkenaan ketika kandungan masih lagi berada di peringkat awal.
Sebenarnya sudah lama kami berhajat mahu membuat pengumuman mengenai kehamilan ini. Apatah lagi ramai orang yang bertanya bila ingin menambah ahli keluarga. Tetapi kata orang kurang manis kalau berkongsi berita itu terlalu awal kerana bermacam dugaan boleh timbul pada tempoh itu. Walau hidup dalam zaman moden, petua orang tua ada sebabnya.

Insan paling gembira mendengar perkhabaran ini tentu saja Akim dan keluarga kedua belah pihak. Bella juga sudah tahu dia akan dapat adik.

Walaupun alahan tidak teruk, badan saya lemah dan cepat letih. Kadangkala saya cuba menyibukkan diri tetapi kerap juga saya lebih banyak berehat membuatkan ada undangan yang terpaksa saya tolak.

Keadaan emosi juga kurang menentu. Saya cuba mengawal diri. Syukur suami dan keluarga sangat memahami situasi saya. Kerap juga peminat tanya mengenai berat badan naik atau ternampak perut berisi." Kata Stacy memetik BharianOnline

Berita mengejutkan dari Akim, Stacy. WOW

Jumaat, 19 Ogos 2016

Akim mengumumkan isterinya, Stacy kini hamil menerusi kapsyen foto yang dimuat naik di sosial media sejam lalu. Akim berkongsi berita gembira itu kepada umum di hari ulang tahun ke-26 Stacy yang disambut bersama anak angkat mereka, Bella.

Tabiat Stacy, Akim bila di dalam kereta yang korang tak tahu..

Jumaat, 12 Ogos 2016


Berikut antara tabiat Stacy dan Akim memetik portal MediaHiburan;

1. Karaoke

Jelas Stacy ketika ditemui baru-baru ini, perkara yang selalu mereka lakukan bersama ketika berada dalam kereta, mereka akan memasang dan mendengar radio sambil berkaraoke. Tambah pula, mereka menggunakan masa itu untuk berlatih menyanyi.

2. Stacy Suka Selfie Tapi Tak 'Upload'

Menariknya, vokalis kumpulan Akim & The Majistret pula berkata, isterinya kerap kali berselfie namun gambar-gambar yang diambil itu tidak ada satupun yang akan dimuat naik ke dalam laman sosialnya.

3. Komen Cara Pemanduan Pengguna Jalan Raya

Seterusnya, masing-masing mengakui mereka suka komen tentang cara pemanduan pengguna jalan raya yang adakalanya tidak serius dan ambil berat dengan cara pemanduan mereka. Wow nampaknya pasangan ini boleh jadi guru memandu untuk ambil lesenlah.

Soal bertudung.. Ini jawapan pedas Stacy

Isnin, 8 Ogos 2016

Sudah setahun Stacy bergelar isteri kepada Akim dan juga menjadi seorang mualaf. Namun ramai yang ingin mahu melihat Stacy memakai tudung disebabkan dia sudah bergelar saudara baru dalam Islam.

Ini jawapan Stacy..
“Keputusan ini diambil ekoran jadual kerja yang padat. Tambahan pula, Akim banyak beri tunjuk ajar kepada saya. Pendekatannnya lebih santai seperti mengajar kanak-kanak tentang agama. Dia tidak paksa sebaliknya beri banyak masa. Tak dinafikan bukan mudah untuk mendalami ilmu agama. Khususnya perkara berkaitan sebutan dalam bacaan ayat al-Quran”

“Tentang tudung pula, berilah saya masa. Saya tidak mahu tergesa-gesa dan berubah secara drastik. Biarlah perubahan itu berlaku seiring dengan keikhlasan dan kehendak diri sendiri dan bukan atas dasar kerana orang lain,” katanya kepada Projek MMO

Sekitar Hari Raya Stacy Akim (6 gambar)

Selasa, 12 Julai 2016

Benarkah Stacy, Akim dicop sombong? ini jawapan Stacy..

Jumaat, 1 Julai 2016

Stacy tampil menjelaskan situasi bila ada di kalangan peminat yang mendakwa dia dan suaminya, Akim bersikap sombong ketika berada di luar.

Menerusi laman Instagram miliknya, Stacy memuatnaik satu komen dari seorang peminat yang secara terang dan jelas mengkritik sikapnya yang begitu sombong dan membuat 'muka ketat' ketika bertemu peminat.

Akim digelar lelaki dayus sebab tidak didik Stacy bertudung?

Jumaat, 10 Jun 2016

Stacy yang telah berkahwin dengan Akim dan seterusnya menjadi saudara baru Islam mendapat kritkan apabila sesetengah pihak yang mencop Akim seorang yang dayus kerana gagal mendidik Stacy lebih-lebih soal bertudung.

“Saya tahu ada pihak yang mendakwa bahawa saya seorang suami yang dayus kerana tidak menyuruh Stacy berhijab setelah beliau memeluk Islam. Bagi saya tohmahan sebegitu tiada asasnya kerana sebagai saudara baru dalam Islam, masih banyak yang perlu dia pelajari. Benar bertudung adalah tuntutan untuk wanita Islam, namun berilah Stacy masa”

“Tugas saya untuk mendidik dan membimbing Stacy mendalami agama Islam bukanlah sesuatu yang mudah. Janganlah sewenang-wenangnya melemparkan kata cacian yang tidak berasas kepada kami,” jelasnya kepada Berita Harian Plus

Baginya lagi, Stacy diibaratkan seperti kanak-kanak yang masih kecil yang perlu mempelajari banyak perkara didalam kehidupan sehariannya.

Nak dekat Ramadan, Stacy belajar puasa tapi ini pula jadinya...

Ahad, 29 Mei 2016

Stacy pernah mengalami demam dan sakit kepala akibat terlalu lemah dan kekurangan air dalam badan gara-gara mahu berpuasa pada tahun lalu.

Stacy atau nama Islamnya Ummu Shaikhah Stacy Anam, 26, berkata, ketika itu dia cuba untuk mendekati cara hidup Islam dan perkara itu mewujudkan rasa hormatnya kepada masyarakat muslim yang boleh bertahan melalui ibadat puasa selama sebulan.
"Dua hari saya cuba menahan lapar dan dahaga, masuk hari ketiga saya terus demam. Apa-apa pun itu satu pengalaman paling berharga dalam hidup saya.

"Berbeza sebelum mendalami Islam, kalau boleh saya nak tunggu hari raya saja sebab kawan-kawan saya sememangnya ramai beragama Islam.

"Tapi sekarang situasinya berbeza di mana rasa teruja untuk sambut Ramadan itu datang sendirinya dan suami saya terus memberi semangat untuk saya sempurnakan puasa, Insya-Allah," katanya kepada mStar Online.

Ibu dedah perangai sebenar Akim & Hazama (video)

Jumaat, 20 Mei 2016

Bulan madu Akim, Stacy di Dubai (12 gambar)

Isnin, 9 Mei 2016

Anak angkat Stacy kini pandai bergaya oO (6 gambar)

Isnin, 11 April 2016

Anak angkat Stacy ini bernama Bella Valentina yang kini sudah berusia 5 tahun. Dan sejak dapat ayah baru, iaitu Akim, kehidupan Bella Valentina sepertinya sudah lengkap dengan belaian dari seorang ayah.

Stacy, Akim bercuti ke Langkawi (10 gambar)

Khamis, 7 April 2016

Ketika ini Ummu Syaikhah Stacy Anam dan suami, Akim Ahmad bercuti di Langkawi dan melawat tempat-tempat menarik di sana.