Zizi AF7 kini bersama TFC

Pada: Isnin, 22 Jun 2009
Ellie, kemudian Alya dan terbaru Farhana pula. Kesemua mereka adalah vokalis perempuan The Fabulous Cats (TFC) yang memilih untuk berpisah daripada kumpulan hip-hop popular ini.

Ahli terbaru TFC bukan nama asing. Dia ialah bintang yang lahir dari Akademi Fantasia 7 (AF7) Nur Fazelah @ Zizi Mohd. Tahil atau Zizi, 24 yang mengikat kontrak selama setahun bersama TFC mulai bulan ini.

Mungkin kita akan tertanya-tanya, tidakkah TFC serik mengambil artis wanita lagi dan tidak takut kah sejarah berulang? Ketika diajukan kepada produser dan vokalis TFC, Cat Farish (Cat) ketika ditemui, Cat atau nama sebenar Farish Ramli tanpa berselindung berkata, dia memang ingin setiap ahli wanita yang direkrut itu 'dewasa' bersama TFC yang ditubuhkan sejak 2006.

"Kami tidak boleh janji Wangi atau Zizi akan bersama kami selama-lamanya. Malah Wangi juga akan bergerak solo tidak lama lagi walaupun pada hakikatnya, mereka adalah 'mawar-mawar' yang kami petik untuk memberi impak besar kepada The Fabulous Cats.
"Adalah suatu perkara yang baik jika mereka memilih bersama TFC. Jika mereka memilih haluan berbeza kelak, saya percaya mereka akan terus mengembangkan kerjaya sebagai artis solo," kata Cat. -mStar

Tag : ,