Pada:
Isnin, 22 Jun 2009
Orang kata kalau tengah panas, semua pun mahu mendapatkan perkembangan diri si gadis manis yang bertudung ini.
Begitulah juga dengan beberapa teman reporter dan banyak kali juga reporter dengar rungutan teman-teman sekapal dengan reporter yang sukar benar mahu mendapatkan kerjasama dengan Yuna ni.Iyalah, mungkin sekarang dia sudah popular di arena arus perdana maka jadual kerjanya pun makin bertambahlah, kata reporter kepada mereka.
Tapi ada juga teman yang tak mengalah malah sanggup ikut Yuna sampai ke tempat dia mengadakan persembahan semata-mata nak buat fotografi dengannya.
Malang sekali, lain dijanji, lain yang jadi. Dah lah menunggu lama konon nak sound check, tup-tup lepas tu hilang entah ke mana.Hello, kalau ada hal pun beritahulah teman reporter itu. Janganlah biarkan dia terkontang kanting menunggu bak buah tak gugur.

Yang terbaru, Yuna membatalkan satu temujanji kerana pakciknya meninggal dunia. Reporter dengar pun reporter ucapkanlah takziah kepadanya.
Nak dijadikan cerita, seorang lagi teman reporter menerima satu undangan untuk ke sebuah pulau peranginan bagi sebuah program televisyen pada hari yang sama dengan temujanji itu.
Nak tahu siapa artis jemputannya? Orangnya tak lain dan tak bukan adalah Yuna. Ai dik nun, kata pak cik meninggal dunia. Mana satu yang betul ni? -Utusan
Ps: "Dan sebenarnya.. aku menipu..." hehe.. jangan marah erk Yuna..
Tag : Gossip Artis , Yuna Yunalis

