Konsert dan Fesyen Siti Nurhaliza

Pada: Selasa, 30 Jun 2009
Konsert Eksklusif 'SATU' Datuk Siti Nurhaliza yang mengabungkan corak nyayian dan seni reka fesyen yang juga menampilkan hasil rekaan pereka-pereka fesyen terkenal seperti Amir Luqman, Michael Ong dan Riezman Ruzaini. Siti Nurhaliza juga berpuas hati dalam senyumannya dengan konsertnya yang telah berlangsung sejak Jumaat lalu.

Siti akui dalam setiap konsert yang dipersembahkannya, dia akan menggunakan banyak pakaian mengikut kesesuaian genre lagu.
"Setiap kali konsert Siti memang fesyen 'show' kerana lagu-lagu saya ada genre tradisional, pop dan balada,"
"Alhamdulillah, saya berpuas hati dengan usaha selama sebulan sebelum ini. Ia berkat komitmen semua pihak termasuk penari, juru audio, juru cahaya, orang yang membuat props yang membuat yang termampu.
"Semuanya berjalan dengan baik tanpa ada masalah teknikal kerana semuanya membuat yang terbaik. Kita sentiasa cuba membaiki sedikit kekurangan yang ada," luah pelantun yang sedang popular dengan lagu 'Di Taman Teman' ini.
Disebalik kejayaannya, mungkin tiada yang tahu Siti telah mengalami penyakit ulser di tekak pada seminggu sebelum konsert berlangsung. -mStar (oh ya?)

Tag : , , ,