Abby, Norman Mesra Sempena Hari Bapa

Pada: Selasa, 30 Jun 2009
Hampir lapan bulan selepas kes tangkap basah Norman, yang membawa kepada perceraiannya, perhubungannya dengan Abby kini lebih tenang. Yang lebih pentingnya, mereka dapat berfungsi sebagai ibu bapa buat ketiga-tiga orang anak mereka. Walaupun sudah tidak lagi tinggal sebumbung, rutin Norman sebelum ini seperti menghantar anak-anak ke sekolah diteruskan seperti biasa. Jika Abby perlu ‘outsation’ untuk menjalani penggambaran, anak-anak akan diletakkan di bawah penjagaan Norman.
“Abby akan memaklumkan saya dan untuk tempoh masa itu, saya akan tinggal di rumahnya untuk menjaga anak-anak. Kami kerap berkomunikasi, berbincang tentang perkembangan anak-anak, pelajaran mereka. Perhubungan kami semakin baik kerana kami tidak melibatkan perkara-perkara peribadi dan emosional.
“Ikatan kami tidak terlerai disebabkan anak-anak. Saya akui saya mempunyai kelemahan. Bagi saya, apa yang berlaku sebahagian daripada perjalanan hidup saya.”
Ditanya tentang penerimaan anak-anak terhadapnya, dedah Norman, mereka seperti biasa.
“Mereka masih dekat dengan saya, macam biasa. Mereka menerima apa yang berlaku kerana ia jalan terbaik buat ibu bapa mereka. Apa yang ditulis sebelum ini tentang hubungan saya dengan anak-anak, bagi saya lebih kepada yang dramatik. Oleh itu, saya tidak ambil ‘pot’ tentangnya.
“Seboleh mungkin, saya tidak mahu mereka dipengaruhi dengan benda-benda negatif seperti itu, yang boleh menjejaskan minda mereka,” kata Norman yang turut memberitahu anak-anaknya tidak pernah diejek disekolah atas apa yang berlaku diantara dirinya dan Abby. -Gua
Mereka juga nampak mesra kembali selepas ditemui pada Hari Bapa baru-baru ini, dengan mengajak anak-anak mereka yang bernama Danish,Dania dan Danisha keluar berjalan bersama-sama. So bahagia.. Ngeh3.

Tag : , , ,