Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Gelaran 'Datuk' buat Pian Cecupak sakit mental!

Rabu, 5 November 2014

Dengarnya pelakon Pian Cecupak (paling kiri) kini mengalami gangguan mental selepas begelar Datuk (negeri Naning). Pian akui gelaran berkenaan membuatnya ianya bertambah stress.

Menurut laporan mStar, namanya itu bukan disangjung atau dihormati, tapi sebaliknya, dihina dan dicaci.
“Terlalu banyak tekanan yang saya terima akibat gelaran itu termasuklah hinaan serta kata-kata kesat orang terhadap saya selama ini,”
Akibat tidak tahan dengan kata-kata hinaan itu, Pian mengalami kemurungan dan selepas dirujuk ke HOspital Kuala Lumpur (HKL) sekitar bulan Ogos lalu, dia disahkan sakit mental.
“Jadi saya terpaksa mendapatkan rawatan selama lapan bulan di HKL untuk ubat dan sesi kaunseling agar penyakit saya ini dapat dipulihkan,"-tambah Pian

Isteri Yassin Nafi Yassin Gila

Khamis, 25 Jun 2009

Isteri penyanyi Yassin (Mimpi Laila, Salasabila), Sharifah Eena Houzyama Syed Mokhsain, 31, menafikan suaminya itu kini berada dalam keadaan tertekan dan menghadapi masalah mental sehingga dimasukkan ke hospital, baru-baru ini.

"Sebagai isteri, saya lebih tahu keadaan suami saya. Dia tidak mengalami sebarang masalah dan kehidupan kami macam biasa sahaja. Semua itu hanya andaian dan gosip semata-mata," kata Eena.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas gosip yang mendakwa Yassin, 34, selepas tersebar gosip mengatakan Yassin mengalami masalah stress dan tekanan mental sehingga dia terpaksa dibawa ke sebuah hospital di ibu negara untuk mendapatkan rawatan. Kemudian penyanyi itu dikatakan menulis dengan bahasa yang kurang enak di ruangan status, laman blog Facebook beliau.

"Bagi saya apa yang Yassin catat dalam status Facebook itu adalah luahan rasa dan apa yang terlintas di fikirannya. Saya rasa sesiapa saja yang ada Facebook akan melakukan perkara serupa. Tapi disebabkan Yassin menulisnya, ia menjadi satu isu. Lagipun setahu saya, dia tak menulis kata-kata yang mengutuk atau mencarut. Saya senang saja, kalau tak suka jangan baca. Tutup cerita.
"Bagi saya artis juga adalah manusia biasa. Mereka punyai perasaan. Kadang-kadang dia rasa macam ini, kadang-kadang mereka rasa macam tu. Samalah juga seperti suami saya. Dia hanya menulis apa yang dirasainya," ulas Eena lagi. -Murai