Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Sinar Ini - Yasin ft. Maya Karin

Rabu, 8 Ogos 2012

Entry lalu telah menceritakan saat-saat pembikinan single lagu diantara Yasin dengan Maya Karin di studio. Kini lagu yang telah dibuat bersama-sama itu telah pon di muatnaik di laman YouTube. Lagu yang bertajuk Sinar Ini berdurasi 4 minit itu menampilakn Maya dan Yasin sendiri selaku penyanyinya. Jom layan lagu ini, pastinya membawa satu mesej yang mendalam.

Gambar Maya Karin di Studio Yassin

Jumaat, 3 Ogos 2012

Maya Karin pastinya individu yang merasa kesepian setelah bercerai dengan bekas suaminya Julai 2010 yang lalu. Yang pasti dirinya tidak berasa sebegitu seolah-olah ianya sudah hilang diingatan kerana kesibukan kerjayanya yang kian menaik. Dan mengikut sumber, bekas suaminya juga sedang bergiat aktif dalam beberapa siri lakonan drama/filem.

Gambar dibawah adalah gambar yang diambil oleh jurufoto candid ketika Maya Karin sedang mempersiapkan lirik lagu sehingga yeye berjaya dengan dibantu oleh komposer, Yassin di studionya baru-baru ini. Kelihatan Maya tidak memakai sebarang makeup ketika itu, dan ianya nampak keletihan dengan lambakan lirik lagu yang digubahnya namun membuahkan hasil.

Tiz Zaqyah menyanyi untuk lagu tema NUR KASIH

Jumaat, 25 Februari 2011

Ini adalah pertama kali Tiz Zaqyah yang sebelum ini berbakat menjadi pelakon untuk menjadi penyanyi pula. Kali ni Tiz menyanyikan lagu tema untuk filem NUR KASIH berduet bersama Yassin (Yassin Komposer k). Memang sedap dan merdu juga suara Tiz Zaqyah menyanyi. Menjadi heroin dalam NUR KASIH memang menjadikan Tiz popular, kini para peminat NUR KASIH jangan lupa untuk saksikan filem berkenaan di pawagam tak lama lagi.

Lagi-lagi Yassin Senario positif dadah

Isnin, 26 Julai 2010

Bekas anggota kumpulan pelawak Senario, Yassin Yahya , ditahan polis kerana dipercayai terlibat dengan penyalahgunaan dadah, awal pagi Ahad kelmarin. Yassin ditahan di sebuah pusat hiburan di Sunway Piramid sekitar pukul 1 pagi. Jabatan Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya juga menjalankan ujian air kencing kepada 30 orang awam lain yang berada di pusat hiburan itu.

"Tiga lelaki termasuk Yassin didapati positif dadah selepas ujian tersebut dilakukan. Ujian tersebut juga mendapati Yassin mengambil dadah jenis ganja, manakala dua orang lagi iaitu pengurusnya dan seorang ahli perniagaan dikesan mengambil dadah jenis ketamin," kata Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar.
Tambahnya, kesemua mereka ditahan di bawah Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan polis akan mendapatkan perintah tahanan reman terhadapnya. -mStar

Isteri Yassin Nafi Yassin Gila

Khamis, 25 Jun 2009

Isteri penyanyi Yassin (Mimpi Laila, Salasabila), Sharifah Eena Houzyama Syed Mokhsain, 31, menafikan suaminya itu kini berada dalam keadaan tertekan dan menghadapi masalah mental sehingga dimasukkan ke hospital, baru-baru ini.

"Sebagai isteri, saya lebih tahu keadaan suami saya. Dia tidak mengalami sebarang masalah dan kehidupan kami macam biasa sahaja. Semua itu hanya andaian dan gosip semata-mata," kata Eena.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas gosip yang mendakwa Yassin, 34, selepas tersebar gosip mengatakan Yassin mengalami masalah stress dan tekanan mental sehingga dia terpaksa dibawa ke sebuah hospital di ibu negara untuk mendapatkan rawatan. Kemudian penyanyi itu dikatakan menulis dengan bahasa yang kurang enak di ruangan status, laman blog Facebook beliau.

"Bagi saya apa yang Yassin catat dalam status Facebook itu adalah luahan rasa dan apa yang terlintas di fikirannya. Saya rasa sesiapa saja yang ada Facebook akan melakukan perkara serupa. Tapi disebabkan Yassin menulisnya, ia menjadi satu isu. Lagipun setahu saya, dia tak menulis kata-kata yang mengutuk atau mencarut. Saya senang saja, kalau tak suka jangan baca. Tutup cerita.
"Bagi saya artis juga adalah manusia biasa. Mereka punyai perasaan. Kadang-kadang dia rasa macam ini, kadang-kadang mereka rasa macam tu. Samalah juga seperti suami saya. Dia hanya menulis apa yang dirasainya," ulas Eena lagi. -Murai