Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Gambar Raya Farah Diana 2014 (8 Gambar)

Jumaat, 1 Ogos 2014

Mari layan gambar Hari Raya AidilFitri selebriti bernama Farah Diana Anuar, suami serta anaknya.

Farah Diana Bangkrap / Muflis?

Khamis, 12 September 2013


Dengarnya Farah Diana Anuar yang juga bekas pelajar Akademi Fantasia 2 lalu dan pengacara di tv swasta ini dikatakan bangkrap aka muflis.

Ini bukan gosip tapi sepertinya kenyataan. Apabila ada sebuah akhbar cetak tempatan memaparkan nama Diana yang dikehendaki atau pengistiharaan sebagai orang yang muflis.

Adeh biasa lah zaman sekarang ni, ramai orang muda yang muflis. Sebab apa, tepuk dada tanya selera anda tu.. hehe. -gambar forum Cari


Gambar Setahun Anak Farah Diana

Rabu, 28 Ogos 2013

Dah genap setahun dah anak kepada pengacara Farah Diana atau lebih dikenali dengan Farah AF2. Nama anaknya, Elsa Johan yang comel ini sentiasa diberikan perhatian sepenuhnya, maklumlah anak sulung memandangkan Farah belum lagi kelihatan nak hamil/mengandung lagi. Jom layan. -Instagram farahdianaanuar

Gambar Farah AF Terkini

Rabu, 30 Januari 2013

Kali ini menampilkan Farah pula. Tapi ini Farah AF 2 atau Farah Diana, seorang pengacara yang juga dikenali kerana kemesraan dan kecelotehannya ketika menjadi pengacara..

Farah yang berkahwin dengan suaminya, Johan pada Julai 2011 telah dikurniakan anak sulung pada 15 Ogos 2012 yang lalu. Nama anak comel mereka ini adalah, Elsa Johan. Nak tengok perkembangan atau gambar mereka sekeluarga, taraa..

Gambar Anak Sulung Farah AF

Rabu, 22 Ogos 2012

Farah AF yang telah selamat melahirkan anak pada bulan Ramadan lalu pastinya individu yang paling gembira kerana dikurniakan cahaya mata ketika nak menjelang 1 Syawal. Pastinya lebaran pasti meriah dari sanak keluarga melihat kelibat cahaya mata ini. Dan Farah sempat berkongsi gambar anaknya itu di laman sosial miliknya untuk bersama-sama dengan peminatnya berkongsi kegembiraan. Nama anak masih belum diketahui lagi..

Farah AF2 Selamat Malahirkan Anak Sulung

Jumaat, 17 Ogos 2012

Syukurlah, pengacara, Farah AF 2 atau nama sebenarnya Farah Diana Anuar telah selamat melahirkan anak sulungnya pada 15 Ogos yang lalu. Berita baik ini dikongsikan bersama Farah didalam laman sosial Twitter miliknya. Maklumat lanjut mengenai nama anak berkenaan tidak dapat diketahui namun ianya adalah perempuan. Farah dan Johan dinikahkan pada pertengahan bulan Julai tahun lalu, dan sekarang sudah bergelar ibubapa.

Kisah Rumahtangga Farah AF2

Khamis, 20 Oktober 2011

Pengacara Rasa Halal Orient Astro Oasis, Farah Diana Anuar, atau Farah AF, kini lebih selesa dengan kehidupannya sekarang, biarpun bercampur aduk dengan kerjaya personaliti, tapi tugas Farah sebagai seorang isteri tidak pernah diabaikan.

Menyentuh mengenai kehidupan sebagai seorang isteri, kata Farah, dia kini sudah banyak mengenali bahan-bahan mentah dalam masakan.

Jika diuji dengan jenis-jenis sayur Farah tiada masalah untuk membezakannya. Sejak mengacara program makanan, Farah dah tahu banyak benda mengenai masakan.

Farah juga sudah cuba masak sambal udang untuk suami tercinta. Cuma lauk kegemarannya kari ikan masih belum Farah cuba buat lagi.

Soal anak pula, Farah memberitahu masih belum ada rezeki. Dia juga mengaku tidak merancang untuk mendapatkan anak.
[artikel via]

gambar pernikahan Farah AF2, Johan

Sabtu, 16 Julai 2011

Dengan sekali lafaz, penyanyi Farah Diana Anuar, 26, (Farah AF2) sah bergelar isteri kepada usahawan Johan Johari, 26, di atas kapal Cruise Tasik, Putrajaya, selepas solat Jumaat kelmarin. Manakala itu, mas kahwin mereka sebanyak RM2,500 dan wang hantaran RM25,185 sempena hari lahir Farah.

Farah menerima tujuh hantaran seperti cincin, gelang, iPad, minyak wangi, beg tangan manakala Johan mendapat sembilan hantaran seperti cincin, kek, sirih junjung, jam, tali pinggang, kemeja dan manisan.

Farah dan Johan sengaja memilih untuk bernikah di atas kapal untuk mencari kelainan berbanding pasangan lain yang lebih memilih untuk bernikah di masjid atau rumah.

[via]

gambar kad perkahwinan Farah AF2, Johan

Jumaat, 8 Julai 2011

Pengacara Rasa Halal Orient Oasis, Farah Diana, 26 atau Farah AF2 yang bakal menamatkan zaman bujangya bersama dengan, Johan bin Johari tidak lama lagi sudah pun mengedarkan kad perkahwinan mereka. Kad berbentuk kipas tangan itu sememangnya cukup unik dan moden. Nampak simple jerk kan. Dulu Zed Zaidi dengan ala-ala Facebook, Noh dan Mizz pula ala-ala baju Jepun. Pas ni korang fikirkanlah nak buat macamna erk, untuk mengelakkan orang membuang daripada menyimpan kad kahwin anda tue.. Hehe. Seperti sedia maklum majlis perkahwinan Farah AF2 dan Johan akan berlangsung di Pusat Maritim Putrajaya pada 16 Julai 2011 nanti.

Farah AF2 nak kahwin dah

Isnin, 11 April 2011

Farah AF2 ni rupanya sudah bertunang pada akhir Disember 2010 yang lalu. Memang menjadi satu kejutan besar. Bertunang dengan ahli perniagaan lagi tu, namannya J. Syukurlah kalau macam tu. Ni nak kahwinnya dengar-dengar pada tahun ni. Hai, baguslah, makin cepat makin bagus, jangan tunang lama-lama, nanti fitnah yang timbul. Kan susah tue.

"Tarikh belum ditentukan lagi, mungkin kedua ibu bapa kami yang akan tentukan kelak. Cuma harapan saya biarlah tarikh bersejarah itu dapat dihadiri oleh insan-insan yang saya sayangi seperti nenek-nenek saya.

"Maklumlah mereka ini semua dah tak berapa sihat jadi itu yang paling saya risaukan. Doa saya semoga mereka dapat hadir di majlis tersebut,"

"Saya sangat sibuk kini namun sudah mula mencari-cari kelengkapan yang perlu. Tapi yang sangat terujaadalah kedua-dua orang tua saya. Mereka yang bertungkus lumus mahukan itu dan ini. Mereka pilih apa saja dan saya tak ada masalah untuk terima cuma kadang kala bertukar-tukar pendapat sahaja," katanya. -Murai

Farah AF2 bakal dilamar hujung bulan ini?

Jumaat, 24 Disember 2010

Masih lagi menyangkut paut soal Akademi Fantasia punya pelajar dengan tajuk yang hampir sama dan samar-samar lagi kebenarannya. Masih kenal lagi dengan finalist Akademi Fantasia ke-2 ni, Farah.? Farah sekarang dah bertudung dah. Lagi manis daripada dia tak bertudung. Manis depan suami lah nanti. Hehe. Jangan marah erk. Ni baru dapat infomarsi daripada sumber yang local mengatakan bahawasanya Farah akan bertunang tidak lama lagi.

Dikhabarkan, Farah dan keluarganya bakal menerima kunjungan tetamu besar, yakni pihak keluarga lelaki pada tarikh 25 Disember 2010 di kampung halaman Farah kat negeri Kedah diatas hajat yang besar kot. Lelaki yang dinyatakan ini merupakan bakal suami kepada Farah yang juga merupakan seorang ahli perniagaan (businessman) yang diperkira berusia bawah 30 tahun.

Farah AF2 mula bertudung?

Rabu, 28 Julai 2010

Kalau dilihatkan suatu masa dahulu, Farah Anuar yang terkenal mengacarakan rancangan melancong sambil makan-makan atau lebih dikenali sebagai Halal Orient adalah sebagai memakai tudung diatas sebab rancangan berkenaan berunsurkan Islam. Ada juga Farah pernah berkata, dia nak berubah ke arah itu (tudung) namun hanya perlu sedikit masa untuk menyeseuaikannya. Tapi yang membuatkan kata-kata Farah itu betul-betul seperti ditunaikan, dalam tak disangka dalam rancangan Nasik Lemak Kopi O, dimana Farah mengacarakannya dengan mengayakan tudung. Wah baguslah kalau seperti itu, so sweet sekali. Hehe.

Farah AF2 Akui Bercinta

Jumaat, 26 Jun 2009

Bintang kelahiran Akademi Fantasia musim kedua ini memang merupakan seorang yang cukup sukar untuk membuka mulut tentang kisah cintanya. Bagi Farah Diana Anuar atau mesra dengan panggilan Farah ini, dia lebih selesa kisah 'peribadi' disimpan kemas dalam dirinya saja.

Hanya setelah beberapa kali menyelami hati gadis berusia 24 tahun ini, barulah Farah 'memberanikan' diri berbicara tentang cinta.

Sambil tersenyum, anak ketiga daripada enam beradik ini akui sedang 'bahagia' dengan seorang jejaka yang sudah dikenalinya sejak empat tahun lalu.

"Mula-mula berkawan dulu, kami sekadar kawan biasa. Tetapi sejak tiga tahun lalu, hubungan kami semakin serius. Malah, abah dan ahli keluarga juga mengenalinya.
"Abah yang banyak tahu tentang hubungan ini sebenarnya kerana saya memang rapat dengan abah. Memang kalau boleh saya tidak mahu dedahkan sangat tentang perkara ini...tak mahulah orang cakap yang bukan-bukan," tutur anak jati Kuala Lumpur ini dalam nada ceria.
Ujar Farah, jejaka yang sebaya dengannya itu tidak langsung terlibat di dalam industri hiburan. Namun, apa yang menyenangkan hati Farah ialah kerana 'si dia' itu cukup memahami karier seninya.
"Senang berkawan dengan dia, mungkin kerana kami pun sudah lama mengenali antara satu sama lain. Tapi, saya belum sampai ke tahap untuk berfikir tentang perkahwinan lagi buat masa ini.
"Masih terlalu awal. Biar saya fokus dulu terhadap kerja-kerja saya. Lagipun saya ni perempuan, tak elok pula cakap lebih-lebih tentang hubungan ini," kata penyanyi, pelakon dan pengacara ini. -mStar

Farah AF2 Mula Belajar Bertudung

Sabtu, 18 April 2009

Bukan tidak terdetik di hatinya untuk bertudung seperti dituntut agama Islam. Malah, kata bintang yang dicungkil menerusi program realiti Akademi Fantasia musim kedua (AF2), Farah Diana Anuar, 24, dia juga menyimpan hasrat untuk bertudung apabila sampai masanya nanti.
"Sebenarnya, bertudung bukan perkara asing buat saya kerana kakak dan emak juga bertudung. Masa sekolah dulu saya bertudung, malah memakai tudung apabila menjayakan majlis keagamaan di kampung pada Aidilfitri dan marhaban di Astro serta Hafazan al-Quran di RTM.

"Tidak mustahil, saya bertudung satu hari nanti terutama apabila usia semakin meningkat kerana ia juga fasa kehidupan yang perlu ditempuhi semua orang.

"Tapi saya tidak mahu bertudung sebab terpaksa atau dipaksa orang lain. Soal bertudung ini bukan perkara main-main dan saya tidak mahu apabila bertudung, tetapi masih melakukan perkara dilarang agama.

"Pada masa sama, tidak mahu bertudung sebab fesyen kerana bagi saya soal menutup aurat ini bukan perkara yang boleh diperlekehkan.

"Saya juga perlu benar-benar bersedia sebelum memutuskan untuk memakai tudung sepenuhnya nanti. Saya tidak mahu sekejap pakai, sekejap buka tudung kerana ia seolah-olah mempermainkan perintah agama," katanya.

Kata Farah, jika bertudung nanti biarlah ia dengan keikhlasan hatinya sendiri untuk menunaikan perintah Tuhan. Malah keluarganya juga tidak ada masalah jika dia bertudung atau tidak kerana mereka tidak pernah memaksa untuk melakukan sesuatu yang bukan kemahuannya.

-Kosmo