Tomok: Nama 'Tomok' di Kekalkan

Pada: Sabtu, 23 Mei 2009
Ditanya tentang isu namanya yang menjadi perhatian sejak kebelakangan ini, dia memberitahu akan mengekalkan nama Tomok kerana yakin nama tersebut membawa tuah pada dirinya. Selain itu, nama Tomok juga sinonim dengan para peminatnya kerana dia telah menggunakan nama tersebut sejak bersama kumpulan New Boyz lagi.

"Sekarang orang memang kenal saya dengan nama Tomok. Malah ketika menyertai OIAM pun saya masih mengekalkan nama Tomok. Saya fikir kalau saya tukar nama sekarang, saya takut peminat tidak dapat menerimanya kerana ianya terlalu drastik. Lagi saya risau kalau mereka tidak kenal dengan saya selepas menggunakan nama Shah Indrawan.
"Oleh sebab itu, saya mengambil keputusan untuk mengekalkannya kerana saya percaya kalau saya terus berusaha memberikan persembahan berkualiti kepada peminat, mereka pasti akan terus menerima saya," jelas Tomok. -Gua

Tag : ,