Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Bila anak sulung Tomok speaking...

Ahad, 12 Mac 2017


Tomok pernah dibaling telur

Jumaat, 28 Oktober 2016

Tomok memberitahu ada beberapa individu yang pernah melakukan khianat termasuklah membaling telur kepadanya ketika populariti New Boyz akhirnya tampil memohon maaf.

Tomok sudah melupakan kisah pada awal kemunculannya dahulu biarpun mengakui agak fobia dengan tindakan agresif beberapa pihak yang tidak suka dengan kumpulan muzik dianggotainya itu.

"Ada beberapa inidvidu yang datang kepada saya dan meninggalkan komen di Instagram meminta maaf kerana pernah memarahi dan membaling telur kepada saya ketika saya dan New Boyz mengadakan persembahan suatu masa dahulu.

"Saya tidak kisah dengan hal itu kerana ia sudah lama berlalu dan mereka semua juga sudah membesar seperti saya. Dulu mereka juga remaja dan tidak matang lagi,

"Pertama kali saya dibaling objek ketika persembahan di Melaka dan selepas itu apabila kami ke semua tempat, ada sahaja orang yang baling sehingga membuatkan saya takut dan fobia untuk naik ke pentas.

"Masa itu saya sentiasa berfikir apa kesalahan yang saya lakukan sehingga dibenci sedemikian rupa," ujarnya memetik mStar Online

Walaupun dibedah dan dijahit, Tomok tetap puasa

Khamis, 9 Jun 2016

Tomok meneruskan ibadat puasa seperti biasa biarpun menanggung kesakitan akibat bahu patah. Vokalis New Boyz itu menjalani pembedahan seminggu lalu bagi mengeluarkan besi yang dimasukkan ke bahagian yang cedera.

Tomok berkata jahitan pembedahan minggu lalu bakal dibuka dan doktor turut menegah beliau daripada melakukan kerja berat bagi mengelakkan komplikasi pada bahunya.
"Saya baharu saja menjalani pembedahan pada minggu lalu bagi mengeluarkan besi yang diletakkan pada bahu. Jahitan pula akan dibuka dalam tempoh dua minggu lagi.

"Saya berkongsi insiden yang menimpa sebagai teladan kepada mereka di luar sana supaya tidak mengalami perkara yang sama. Mungkin kerana tergesa-gesa bermain bola dan badan belum bersedia sehingga menyebabkan bahu patah hanya selepas beberapa minit turun ke gelanggang.

"Biarpun berat hati untuk berkongsi gambar jahitan itu di laman sosial, saya mengambil pendekatan untuk menjadikan ia sebagai iktibar kepada mereka yang gemar bersukan. Betapa pentingnya sesi memanaskan badan bagi mengelakkan insiden yang tidak diingini berlaku," katanya kepada BH Online.

Isteri Tomok, Ayu kini dah bertudung (3 gambar)

Rabu, 2 September 2015

Tomok telah memuatnaik gambar isterinya Ayu atau Rahayu Abas yang kini sudah berhijab sejak Isnin lalu. Alhamdulillah, semoga keberkahan untuk keluarga ini

Sekitar majlis aqiqah anak Tomok (10 gambar)

Isnin, 1 Jun 2015


Gambar Majlis Aqiqah Anak Tomok

Semalam Tomok telah mengadakan majlis aqiqah buat anak keduanya, Andrashah Iman dan juga sambutan hari lahir Arrian Shah yang kini menjangkau umur 3 tahun.

Dua anak terkini Tomok (19 Gambar)

Sabtu, 11 April 2015

Tomok selamat timang anak ke-2 (2 gambar bayi)

Ahad, 1 Mac 2015

Tahniah buat Tomok dimana isterinya, Siti Rahayu telah selamat melahirkan anak ke-2 mereka pada 28 Februari yang lalu. Nama anaknya yang diberikan nama Andrashah Iman itu dilahirkan secara normal dengan berat 3.33 kilogram di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.

Khabar berita ini disampaikan langsung dari Tomok melalui laman sosial Instagram miliknya.

Tomok enggan jadikan Arrian punca pendapatan (22 gambar Arrian)

Khamis, 30 Oktober 2014

Jika diikutkan laman sosial Instagram milik Tomok (#tomokofficial) memang cuku ceria dengan kelibat anaknya Arrian. Asal sahaja muatnaik gambarnya pasti ramai yang 'love' gambar berkenaan mencecah ribuan.

Tomok akui memetik portal MyMetro yang anaknya yang berusia 3 tahun itu juga membuatkan dirinya sebagai 'penarik' dengan bertambah popular dikalangan peminatnya buat masa ini.

Namun Tomok bersikap tegas di dalam mendidik anaknya, enggan menerima tawaran apa-apa untuk anak kesayangannya itu.

Tahniah isteri Tomok hamil anak ke-2

Selasa, 15 Julai 2014

Tidak diucapkan tahniah kepada Tomok serta isterinya, Siti Rahayu dimana mendapat khabar berita Rahayu kini berbadan dunia.

Sekaligus adalah anak ke-2 bagi pasangan ini. Ini dibuktikan lagi dengan kenyataan Tomok melalui laman sosial Twitter miliknya..

Anak sulung mereka bernama Arrian Shah Akid yang kini berusia setahun.

8 Gambar Anak Tomok Edisi November

Khamis, 7 November 2013

Anak Tomok ni, Arrianshah Akid dah berusia setahun dua bulan. Dan boleh berjalan dah, mungkin juga dah tumbuh sedikit gigi. Banyak gaya juga Arrianshah Akid yang menampakkan apa maksud sebenar.

Tomok pon suka ambil gambar anaknya yang comel itu, untuk tatapan peminat-peminatnya. Dan yang terbaru, Akid kena cukur rambut. Hehe. Admin pun suka tengok kecomelan anak Tomok ni. :)

3 Video Terbaru anak Tomok, Arrianshah Akid

Selasa, 30 Julai 2013

Comel dan sentiasa mendapat perhatian anak Tomok ni, Arrianshah Akid. Dan kebanyakkan Tomok kongsikan kepada peminatnya mengenai perkembangan anaknya ini melalui laman sosial KEEK.

Dan pastinya ramai peminat yang mahu melihat gelagat anaknya ini kan. Jom lihat 3 video terbaru dari Tomok mengenai anaknya ini.








Gambar Anak Tomok Dah Setahun

Jumaat, 5 Julai 2013

Dah besar panjang dah anak Tomok ni.  Dengan usianya kini dah kini setahun. Berat badannya juga menaik sehingga 8.6 kilogram apabila membuat pemeriksaan di klinik. Wah sihat nampaknya sahaja.


Gambar Anak Tomok Ketika PRU13

Rabu, 8 Mei 2013

Kecil-kecil lagi dah diberikan petunjuk daripada ayahnya, Tomok mengenai PRU. Baju yang dikenakan oleh Arrianshah Akid juga sememangnya baju orang dewasa, jari berwarna biru itu adalah jari Tomok dan Arrianshah Akid juga ikut bersama dengan mengangkat jari telunjuknya, wah dah pandai lah anak Tomok ikut gaya ayahnya.



Lagi Video Anak Tomok

Jumaat, 19 April 2013

Lagi video anak Tomok yang dimuatnaik dalam laman sosial telah dipertontonkan kepada umum. Gelagat anaknya, Arrianshah Akid memang mencuit hati apabila melihatnya. Malah membuat gimik muka apabila ayahnya menyanyikan lagu.

Video Anak Tomok di KEEK

Ahad, 7 April 2013


Bila lihat gambar pastinya tidak sama dengan yang live atau bergerak yakni video, bahkan ianya pasti menarik jika ianya seorang bayi atau pun anak daripada selebriti kita.

Tomok ada melampirkan video anaknya, Arrianshah Akid ke dalam laman sosial Keek (laman sosial video) baru-baru ini.

Gambar Terkini Anak Tomok, Diajar Berenang!

Selasa, 19 Mac 2013

Ini adalah gambar terkini anak kepada penyanyi dan pelakon, Tomok. Anaknya bernama Arrianshah Akid kini sudah tahu merangka dan di ajar berenang sekali.

Wah usia belum ada setahun dah diajar semua itu. Usia Arrianshah Akid sepertinya 10 bulan dah. Layan.. -IG Tomok

Gambar Anak Tomok Terkini

Jumaat, 1 Mac 2013

Anak kepada penyanyi dan pelakon Tomok dan isterinya Ayu, Arrianshah Akid kini sudah nak masuk usia 10 bulan. Dalam usia ni, kelihatan Arrianshah Akid agak sihat dan gemuk.

Matanya juga kelihatan 'bulat' sekali. Memang comel lah melihat anak Tomok ni. Sweet..

Patrick Teoh Hina Agama Islam

Khamis, 17 Januari 2013

Patrick Teoh merupakan seorang selebriti yang pernah berlakon dalam filem 'Baik Punya Cilok' dan juga 'Sumolah'. Namun tahukah anda, yang dia telah menimbulkan satu kekecohan yang sungguh sensitif yakni bermain api dengan mempersendakan kesucian agama Islam di laman Facebooknya.

Antara rakan artis lain yang bersuara adalah AC Mizal, Danny X-factor dan juga Tomok melalui laman sosial mereka masing-masing.

Akhirnya, takut bermain api, Patrick Teoh akhirnya 'delete' kenyataan berkenaan di laman sosialnya, dan permohonan maaf dikeluarkan. -gambar Ohbulan

Istanbul Aku Datang Kutip RM2 Juta

Ahad, 18 November 2012

Tahniah kepada filem lakonan Lisa Surihani, Kusyairy, Tomok dan Aizat kerana hasil lakonan mereka untuk filem Istanbul Aku Datang nampaknya membuahkan hasil yang boleh tahan.

Sumber mengatakan filem ini mencatatkan kutipan sehingga RM2 juta semenjak ditayangkan minggu yang lalu. Kata orang filem ini menarik jalan ceritanya, itu pun baca kat facebook.

Kalau nak tahu sangat mengenai filem ni, pastikan hari ini pergi ke panggung wayang berdekatan ok.

Tomok Botakkan Kepala Untuk Muzik-Muzik

Jumaat, 16 November 2012

Maal Hijrah sudah pun berlalu semalam, dan bulan ini adalah bulan Muharam yang penuh dengan keberkatan.

Namun baru-baru ini Muzik-Muzik Separuh Akhir ada menampilkan penyanyi Tomok. Penampilannya kali ini dikatakan agak lain sedikit, dia mengimejkan dirinya dengan gaya botak.

Gaya botak ini bukannya nazar atau satu perpindahan bagi diri Tomok, cuma hendak kelainan daripada yang lain jew.
“Saya botakkan kepala bukan sebab apa-apa pun. Saja hendak tampil lain sedikit. Bukan sebab hendak buat persembahan pada malam ini (Muzik-Muzik Separuh Akhir). Jauh sekali hendak mencuri perhatian sesiapa,” jelas Tomok yang membotakkan kepalanya pada Sabtu lalu. -Gua