Pada:
Jumaat, 22 Mei 2009
Namun selepas 7 bulan bertunang, tiba-tiba Adila mengejutkan masyarakat apabila telah memutuskan tali pertunangan tersebut.
Apakah puncanya? Adakah Adila sudah lupa diri dan wujud orang ketiga? Malah ada mendakwa ia disebabkan dia menjalinkan hubungan dengan rakan AF7nya, Obri. "Sebelum ini Adila sudah umum pada semua yang Adila bukan tunangan orang lagi. Nak buat macam mana, tak ada jodoh untuk kami berkahwin. Tapi syukurlah kerana keluarga Adila dan bekas tunang memahami perkara ini.
"Pun begitu, cincin tunang masih lagi pada Adila. Keluarga Adila masih menunggu masa yang sesuai untuk memulangkannya. Apapun, keputusan ini bukanlah keputusan Adila seorang. Ia selepas berbincang dengan keluarga terutama sekali ibu. Akhirnya kami mahu hubungan ini berakhir dengan baik.

"Tapi maaflah... Adila tidak boleh ceritakan dengan mendalam punca sebenar perkara ini berlaku. Bagaimanapun, Adila tak nafikan, kontroversi selepas kami bertunang dulu menjadi antara penyebab tetapi bukanlah punca utama.
"Bagi Adila, sebelum segala-galanya melalut, lebih baik Adila cari jalan terbaik untuk mengelak masalah kami daripada terus menjadi mudarat. Terus-terang, kami putus cara baik dan Adila tak gaduh pun dengan bekas tunang," ujarnya.

Apakah benar perasaan Adila telah berubah terhadap bekas tunangannya itu?
"Apa yang dapat Adila katakan, awalnya Adila sayang dia seperti seorang kekasih tapi, sayang tersebut akhirnya bertukar menjadi sayang kepada abang dan kawan saja. Baru juga Adila faham, ikatan pertunangan adalah untuk membuatkan sesuatu pasangan itu lebih mengenali hati budi masing-masing.
"Cuma Adila nak tegaskan di sini, keputusan putus tunang itu tiada kena mengena dengan pihak ketiga. Bukan sebab pengurus Adila atau pun Obri. Demi Allah, sepanjang bertunang, Adila tak pernah jatuh cinta dengan orang lain. Tentang Obri, hubungan kami tak lebih daripada rakan seperjuangan dalam AF7.
"Sekarang Adila mahu fikirkan tentang kerjaya dan biarlah itu jodoh datang sendiri," ujarnya. -Murai
Tag : Gossip Artis , Nas Adila

