Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Dah la PUTIH.. NIPIS pulak tu.. Aduh Nelydia Senrose

Khamis, 13 April 2017

Kalau tak silap, Nelydia Senrose ada membuka perniagaan menjual pakaian tidur wanita. Mungkin ini salah satu pakaian berkenaan. Saja nak demo rasanya.

Wow! Redza Rosli pegang bahu Ayda Jebat....

Pada malam Anugerah DFKL yang lalu, timbul satu kisah dimana pelakon Redza Rosli memegang bahu Ayda Jebat. Ramai yang berfikran mereka bercinta ada juga yang mengecam tindakan tidak 'Islamik' itu.

Namun bagi Redza Rosli, perkara seperti itu tidak sepatutnya dijadikan isu.
"Saya hanya mengikut arahan pengarah dan mana mungkin saya nak lakukan perkara yang boleh menimbulkan kontroversi.

"Malah saya juga berasa lega kerana peminat dan penonton memahami kerja kami sebagai penyampai anugerah.

"Jadi isu ini tak patut dijadikan isu kerana ia adalah lakonan semata-mata," jelasnya.

Serina Redzuawan, Gavin bakal bercerai?


"Panjang atau tidak jodoh kami, saya serahkan kepada Allah SWT. Dan andai ditakdirkan berpisah, saya reda kerana percaya Allah mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya,” kata pelakon Serina Redzuawan.

Serina berkata demikian ketika diminta mengulas berita rumah tangganya dan suami, Gavin Edward atau nama Islamnya, Salahudin Ghafar yang dikatakan goyah.

Ditanya sama ada dia sudah memfailkan permohonan cerai, Serina enggan mengulas lanjut.

"Kami masih berbincang dan berusaha menyelesaikan perkara ini sebaik mungkin.

“Maklumlah, bukan mudah perkahwinan membabitkan dua budaya kerana banyak dugaannya.

"Saya tak boleh komen banyak kerana isu ini terlalu sensitif dan saya perlu menjaga nama baik keluarga kedua belah pihak.

"Saya akan beri kenyataan mengenai masalah rumah tangga kami selepas perbincangan selesai," katanya memetik HarianMetro.

20 sebab mengapa terjadinya perceraian? kata Vida

Rabu, 12 April 2017

Datuk Seri Vida menjelaskan tiada sebab khusus yang menyebabkan rumah tangganya dengan Fairuz Ahmad Zainuddin roboh. kata Vida kegagalan perkahwinan kali ketiganya ada cerita tersendiri.

"Saya percaya ada sebab Tuhan tak izinkan rumah tangga kami diteruskan.

"Jangan tanya sebab musababnya, macam-macam. Dalam dua tahun lebih itu, bukan kerana satu sebab, mungkin 20 sebab, kita tak tahu. Saya tak ralat, ini ujian Allah belaka ni," katanya.

Vida menganggap dirinya masih melakukan perkara yang betul, tidak curang dan menjadi seorang isteri mithali sepanjang usia perkahwinannya.

"Cuma mungkin kita tidak boleh memasak setiap hari, itu sahaja silap saya, tetapi akhirnya bercerai juga, siapa sangka?” tambah Vida memetik portal Utusan

Budak comel cium mulut Neelofa?

Siapa budak misteri yang mencium mulut Neelofa ni ah. Sehinggakan mendapat 1 juta view kat laman Youtube. Memang dasyat, ramai yang cemburu rasanya.

Budak ni adalah anak saudara Neelofa bernama Fayyad, mereka bertemu lokasi di majlis perkahwinan Sharnaaz Ahmad & Noornabila minggu lalu.

Sekitar resepsi Sharnaaz Ahmad, Nabila di Pulau Pinang (15 gambar HD)

Lufya Omar, suami tak sempat lakukan ini semasa berkahwin

Ada berita yang kita tidak sedar mengenai Lufya Omar, setelah berumahtangga hampir 5 bulan dengan seorang doktor, Che Muhammad, dia dan suaminya tidak berkesempatan untuk berbulan madu lagi.

Memetik Bharian, ini kerana jadual padat suaminya terpaksa menangguhkan hari bahagia mereka itu.

"Buat masa ini, kami belum sempat untuk berbulan madu kerana suami sibuk dengan kerjanya. "Begitupun, ada juga perancangan untuk bercuti ke beberapa tempat, cuma sebelum itu kami akan selesaikan dulu rakaman program Romantika.

"Antara lokasi percutian kami di Thailand ialah Bangkok, Pattaya, Khao Yai, Pak Chong, Kanchanaburi dan Ratchaburi. Kiranya, berbulan madu jugalah," katanya

Sara Ali buka tudung, ini respon keluarganya yang mengejutkan..

Sara Ali semalam membuat kejutan apabila menyatakan yang dia tidak perlu berhipokrit dalam soal bertudung. Kini dia membuat keputusan untuk tidak bertudung dan kembali kepada penampilan asalnya dahulu.
"Saya ingat boleh buat (bertudung) tapi tidak, kerana saya buat benda ini bukan kerana diri sendiri tapi kerana sesuatu.

"Sesuatu ini kalau boleh saya tak nak bincangkan, perkara dah berlaku dan kita lepaskan,

"Mula-mula saya fikir nak diamkan sahaja, tapi sampai bila saya nak hidup dalam keadaan yang saya rasa bukan yang sepatutnya saya lakukan,

"Tak ada keluarga yang bangga dengan keputusan ini lebih-lebih lagi kita beragama Islam.

"Apa yang saya berani cakap memang keluarga saya menyokong seratus peratus walaupun mereka tidak setuju tapi mereka akur juga dengan keputusan ini,

"Sudah lama saya tak bertudung namun baru sekarang saya sedia untuk jelaskan dengan cara yang baik.

"Selama ini apabila saya keluar pun, saya rasa bersalah kerana kotorkan imej tersebut (wanita muslimah).

"Tapi saya rasa tak betul apabila lakukan sesuatu bukan untuk diri sendiri tapi kerana perkara lain. Saya pun tak nak menipu lagi," katanya.

Rita Rudaini komen hubungan dengan Aqasha

Selasa, 11 April 2017

Rita Rudaini terus mengambil pendekatan untuk mengunci mulut berkaitan kontroversi hubungan istimewanya dengan pelakon Aqasha yang hangat diperkatakan sejak bulan lalu.

Rita berkata, perkara selanjutnya perlu dijawab sendiri oleh pihak pelakon lelaki berkenaan.
"Saya sudah jawab isu itu dalam sebuah akhbar mingguan dan selebihnya boleh tanya sendiri kepada Aqasha.

"Cukup rasanya apa yang saya terangkan dalam akhbar hari ini (Ahad) itu," ujarnya kepada mStar Online.

Salah parking, Iqram Dinzly dapat nota istimewa

Walaupun dari sudut pandangan kasar tindakan parking Iqram Dinzly tidak betul, dia telah menerima nota istimewa daripada seorang wanita.

Namun nota berkenaan dibidas oleh Iqram yang difahamkan enggan menerima teguran itu.

Hubungan Erra Fazira, Shahir terkini...

Erra Fazira mengaku masih berkawan dengan Shahir AF8. Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai hubungannya dengan pemuda terbabit, selepas cerita membabitkan mereka berdua bagaikan senyap, sejak akhir-akhir ini.

Pada Jun tahun lalu, Erra mengaku menjalinkan hubungan dengan penyanyi berkenaan selepas gosip mengaitkan mereka terpampang di media.

"Saya masih berkawan dengannya," kata Erra ringkas sambil memberitahu, silaturahim yang terjalin takkan terputus begitu saja.-petikan BharianOnline

Haziq Hot FM timang anak sulung TAPI...

Isnin, 10 April 2017

Penyampai radio Hot FM, Haziq Hussni, 27, mengakui perasaannya bercampur-baur sebaik saja isterinya, Ayunda Putri Mekarsari, melahirkan cahaya mata lelaki secara pembedahan pada jam 9.29 malam Jumaat minggu lalu.

Haziq berkata, isterinya dimasukkan ke hospital pada jam 10.30 pagi selepas mengalami tanda awal untuk bersalin. Doktor bagaimanapun, mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan.

"Bagi saya, apa yang penting nyawa Putri dan anak yang dilahirkan selamat. Sukar untuk saya ungkapkan detik indah ketika melafazkan azan ke telinga anak buat kali pertama.

"Perasaannya begitu syahdu hingga membuatkan air mata saya bergenang. Saya ingin sekali berterima kasih kepada Putri yang bertarung nyawa melahirkan zuriat sulung kami. Ia membuatkan saya sedar betapa susahnya ibu ketika melahirkan saya dulu," kata Haziq memetik BharianOnline.
Tapi bayi seberat 3.07 kilogram itu masih belum diberi nama dan hanya akan diumumkannya dalam masa tujuh hari.

Bila Nur Sajat marah keluar ayat Bodoh, Bengong, Bangang!

Wah bukan main dasyat lagi kalau dah Nur Sajat mengamuk. Banyak perkataan yang bukan-bukan dia keluarkan. Tak dipastikan sebab apa, nampak seperti isu video di YouTube.

Ramai komen pengikutnya yang mengecam dan menasihati video yang dimuatnaik oleh Sajat dibawah ini.

Majlis doa selamat Nora Danish, Nedim (15 gambar)

Sekitar pernikahan, resepsi Shima Anuar (31 gambar HD)


Pelakon filem Tujuh Petala Cinta dan Highland Tower, Shima Anuar, 27, sah bergelar isteri kepada Mohd Solih Toha, 42, tepat jam 10.50 pagi di kediaman keluarganya, Sabtu lalu.

Sekitar perkahwinan Faye Kusairi, Azmi Hatta (24 gambar HD)

Faye Kusairi menipu? kini sah isteri Azmi Hatta

Ahad, 9 April 2017

Apalah nak jadi dengan Faye Kusairi ni, sebelum ni pada 30 Mac lalu, dia ada memuatnaik gambar kad di laman sosial miliknya, dan mendakwa kad itu adalah kad majlis hari jadi anak saudaranya.

Namun lain pula yang terjadi hari ini, Faye disahkan berkahwin dengan Azmi Hatta bekas suami Elly Mazlein di Taman Cempaka Jalan Ampang sebentar tadi sekitar jam 12 pm.

Menurut sumber Harian Metro yang turut berada di kawasan kediaman itu, Faye menerima mas kahwin RM300.

Sementara itu menerusi akaun Instagram rasmi kelab peminat Faye iaitu Fayekusairiloversklub turut memuat naik gambar perkahwinan pasangan ini.

Sekitar harijadi Jep yang romantik dari Sari Yanti (11 gambar)

Sabtu, 8 April 2017

Rozita Che Wan buat pengumuman mengejutkan...

Rozita Che Wan atau Che Ta yang sering diajukan soalan jika mahu menambah anak lagi memberitahu beliau sudah cukup bahagia dan gembira dengan tiga anak yang dianugerahkan kepadanya.

Che Ta akui beliau berkemungkinan besar enggan lagi mencuba untuk hamil bukan sahaja kerana faktor usia tetapi dari segi ekonomi.
Rasanya tidak (untuk hamil lagi). Saya rasa, lagi ramai anak, semakin bertambah tanggungjawab. Sekarang, semuanya memerlukan duit. Jadi, kalau bertambah anak, ia bererti tanggungjawab menjadi semakin besar selain menuntut perhatian sepenuhnya.

Bagi saya, mempunyai tiga anak sudah dikira sangat baik. Aaisyah (Dhia Rana) pun sudah ada dua abang. Niat saya untuk mempunyai anak perempuan juga dimakbulkan Tuhan dengan kelahiran Aaisyah" -kata Che Ta memetik BharianOnline

Vida dedah punca sebenar bercerai dengan suami

Datuk Seri Dr Hasmiza Othman,46, atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida sah bercerai dengan suaminya Fairuz Ahmad Zainuddin,39, di Mahkamah Syariah Perak, pagi semalam.

Perkara itu disahkan sendiri Datuk Seri Vida ketika dihubungi pagi tadi.

Datuk Seri Vida berkata, dia bersama bekas suaminya itu hadir ke Mahkamah Syariah pagi ini untuk proses lafaz cerai selepas sudah menfailkan permohonan perceraian beberapa minggu lalu.

Ketika diminta mengulas punca masalah dan keretakan rumah tangganya sehingga bercerai, dia berkata, punca perceraian adalah disebabkan tidak mempunyai persefahaman lagi antara mereka.

"Semuanya dimudahkan dan kami sah bercerai, kami tidak mempunyai persefahaman lagi," katanya kepada harianMetro.

Comelnya telatah Lara Alana belajar solat

Jumaat, 7 April 2017

Lagi sekitar resepsi Sharnaaz Ahmad, Nabila (22 gambar HD)