Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Rozana menipu dan berlakon?

Isnin, 21 Julai 2014

Kemelut pergolakkan diantara suami isteri, Awie dan Rozana bakal berlanjutan. Ini ditambah lagi dengan seseorang yang mengakui kawan rapat kepada Rozana dan mendedahkan penipuan yang dibuat oleh Rozana kepada media.

Pendedahan bukti ini dilakukan oleh seseorang itu melalui laman sosial miliknya. Kelihatan perbualan mereka lebih menjerumus kepada sikap Rozana yang agak boros tahap dewa dengan membeli barangan mahal dan ekslusif di dalam berbelanja dengan menggunakan atau mencuri duit milik Awie dimana telah disimpan oleh Awie sendiri ke dalam akaun bank nama Rozana.

Rozana membuat laporan polis bagi menutupi kes kecurian ini.

Dimana kebenarannya? tepuk dada tanya selera.. (klik gambar untuk besarkan)

Sharnaaz Ahmad kecam pembaca berita Awani

Ahad, 20 Julai 2014

Berita sedih mengenai terhempasnya MH17 akibat dipercayai ditembak diantara pihak Ukraine atau pro-Russia telah mendapat perhatian dari seluruh dunia.

Namun lain pula ceritanya mengenai pelakon, Sharnaaz Ahmad yang juga mengikuti perkembangan MH17 ini. Dia yang menonton berita di saluran Astro Awani telah mengecam penyampai berita berkenaan menyampaikan berita mengenai MH17 melalui laman sosial Twitter miliknya.

Tidak dipastikan kenapa Sharnaaz bertindak tidak berpuas hati terhadap penyampai berita berkenaan. Walhal mereka menjalankan tugas.

Ramai peminatnya tidak bersetuju dengan tanggapan Sharnaaz ini. -Gambar forum Cari

Video kehidupan Misha Omar setelah berkahwin, hamil dll..

Rasanya ramai yang tidak mengetahui kehidupan terkini Misha Omar setelah bergelar isteri. Menurut video ini badannya kini dah semakin susut aka turun.

Selain daripada itu, Misha juga memberitahu yang dia belum lagi berbadan dua, dia meminta korang semua doakan agar dia dapat baby kelak. -video milik portal mStar

Rambut terkini Dafi (3 Gambar)

Jumaat, 18 Julai 2014

Bukan main lagi fesyen rambut yang dikenakan oleh Dafi buat bulan Ramadan kali ini. Rambutnya diwarnakan perang dan seakan-akan kekal untuk beberapa hari. Ianya dibuktikan dengan beberapa keping gambar dia mengambil fotonya selang beberapa hari di laman sosial Instagram.

14 Gambar sambutan harijadi Erin Malek ke-20

Baru-baru ini Erin Malek sudah menjangkau usia 20 tahun. Dan bersempena itu, pada malam Selasa lalu, dia dan rakan-rakannya menyambut ulang tahunnya itu di sebuah kondominium mewah bersebelahan KLCC.

Turut hadir memeriahkan majlis, tuanng beliau, Farriz Fauzy.

10 Gambar sesi studio anak Amar Asyraf

Memang best kalau dapat moment saat-saat indah seperti ini kan waktu kita kecil-kecil dahulu. Ada juga kenangan untuk generasi akan datang dalam bentuk HD gitu.

Dan ini yang dilakukan oleh Amar Asyraf dan isteri, Arna Salleh untuk anak sulung mereka, Amar Taufiq yang baru berusia 10 hari.

Cantik dan menarik sungguh gambar-gambar yang diambil. -gambar Camora Arts Photography

Ezany Nizarif bercerai dengan isteri pada bulan Ramadan

Mungkin ramai yang sudah mengetahui, rumahtangga pelakon Ezany Nizarif kini semakin retak. Hubungannya dengan isteri, Lizda Nuryanti bakal diceraikan setelah 7 tahun menyelami bahtera berumahtangga.

Namun ramai tidak mengetahui mengapa Ezany bertindak demikian untuk berpisah pada bulan suci Ramadan ini.

Menurut portal mStar, Ezany didesak untuk melafazkan cerai oleh isterinya itu. Tidak dinyatakan sebab-sebab mendasar yang Ezany didesak demikian.

Dan sekarang kes mereka masih di dalam prosiding mahkamah untuk difailkan.
"Hubungan kami suami-isteri sudah berada di hujung tanduk. Tiada apa yang dapat diselamatkan lagi.

"Sebenarnya dia yang minta (cerai). Dan sebelum ini pun, sudah banyak kali dia minta. Tujuh tahun kami bersama akhirnya saya terpaksa akur dengan permintaan dia," -Ezany

Zian Saidin tak reti baca doa buka puasa?

Khamis, 17 Julai 2014

Kalau diikutkan di dalam video ni, pastinya korang tak percaya Zain Saidin suami kepada Rozita Che Wan tidak tahu membaca doa makan (minit 18:00).

Rancangan sebuah siaran Astro Maya, Resipi Memikat Suami episod 4 bersempena Ramadan, yang dihostkan oleh Jihan Raja Lawak telah mengungkap kehidupan suami isteri Rozita Che Wan yang disuruh masak untuk suaminya, Zain Saidin.

Kematangan Jihan mewancarakan sebuah program itu juga agak kelihatan terserlahnya. Rancangan spontan tapi bermutu gitu.

Nak tengok sampai habis pon boleh. Layan..

Selebriti pakai baju perkataan lucah (2 gambar)

Pelik sungguh melihat beberapa orang memakai pakaian t-shirt dengan tulisan yang melucahkan mengenai alat kemaluan lelaki dan tulisan kerjaya tidak bermoral wanita murahan. Gambar diatas menunjukkan seorang selebriti dengan pemakai baju berkenaan, Joe Flizzow.

Menurut sumber, t-shirt berkenaan adalah dibuat dan dijual oleh sebuah kedai online Instagram bernama Inparliament, namun laman berkenaan sudah dibuang oleh pemiliknya.

Selain Joe yang dikaitkan bersama, penyanyi, Arabyrd juga dikatakan memakai t-shirt berkenaan sambil tersenyum gembira.

Joe telah mengakui kesilapannya ini dan terbaharu dia telah memohon maaf melalui laman sosial twitter miliknya dan selepas ini berhati-hati akan kesensitiviti yang menyangkut mengenai bangsa dan agama.

Ish apa nak jadi la dunia zaman sekarang, rasa malu sudah tiada lagi..

Video kerinduaan Rozana terhadap anaknya..

Agak menyayat hati apabila isteri Awie, Rozana Misbun mengakui merinduikan anak-anaknya. Ini berikutan ada halangan ketat yang dibuat Awie untuk menemukan ibu kepada anak-anaknya.

Agak sukar untuk Rozana menemukan anak-anaknya selepas peristiwa hitam yang terjadi pada dirinya pada 15 Jun yang lalu dan dia tidak sebumbung 2 minggu kemudia dan tinggal bersama ibunya dekat Bangsar.

Tambah portal mStar, Rozana juga tidak dibenarkan untuk berjumpa anak-anaknya di sekolah kerana arahan bersurat daripada Awie kepada pihak Sekolah untuk tidak menemukan mereka.

Erra Fazira hiasi dua majalah (3 Gambar)

Murah rezeki nampaknya Erra Fazira bulan puasa kali ini, dijemput untuk menghadiri dua sesi photography untuk majalah terkenal tempatan, MediaHiburan dan IntTrend edisi terbaharu.

Namun penampilannya dalam majalah itu seperti kebiasaan sahaja. Namun adalah sewajarnya dia memakai tudung walaupun hanya untuk majalah berkenaan.

Nak juga tengok Erra bertudung di bulan Ramadan ni kan.

Amyza Aznan tegur orang tidak berpuasa!

Memetik portal HMetro baru-baru ini tersebut kisah dimana dugaan hebat telah menimpa Amyza Aznan. Difahamkan dugaannya ini lebih tercabar pada bulan Ramadan.

Mengikut cerita, Amyza telah menegur sikap segelintir staf produksi yang tidak berpuasa beragama Islam apabila mereka makan minum sesuka hati di set pengambaraan sebuah rumah tanpa segan dan malu kepada orang yang berpuasa.

Tambahan lagi, tuan rumah juga berasa cukup bahangnya apabila mereka terutama orang lelaki makan minum di bilik pembantu rumah sampai keadaan tidak terkawal.

Niat murni Amyza itu tidak dihiraukan oleh mereka walaupun menyedari apa yang mereka buat itu hanyalah sebagai alasan penat bekerja walhal hanya bekerja di set pengambaraan bukan di panas terik matahari seperti buruh binaan dan seumpamanya.


Gambar Ziana Zain bertudung terbaharu (3 Gambar)

Rabu, 16 Julai 2014

Walaupun hanya bulan Ramadan sahaja penyanyi, Ziana Zain mengenakan tudung, namun dia kelihatan ayu dan lebih berseri daripada tidak bertudung.

Ramai peminatnya agar dia tampil dengan bertudung penuh kelak, mengikut jejak langkah beberapa lagi selebriti tempatan yang sudah kepada arah itu.

Berita terbaharu mengatakan yang Ziana kini sudah bertudung sepenuhnya, katanya berkat doa anak-anaknya sebelum ini. Alhamdulillah. :) -gambar http://instagram.com/rizmanruzaini

Hanie Soraya akui bertudung/tidak bukan satu masalah besar!

Penyanyi yang lagi popular dengan lagu Hujung Dunia, Hanie Soraya mengakui yang dirinya bukan manusia biasa, namun selalu ada silap yang dilakukan.

Pelajar perubatan PHd dari universiti dekat Mesir ini akan bertudung jika balik untuk menyambung pelajarannya di sana, dan akan tidak bertudung jika berada di Malaysia dengan alasan untuk menyanyi.

Memetik portal MalaysianDigest, kenyataan yang dikeluarkan oleh Hanie, serius ianya agak menjanggalkan, admin tidak setuju dengan kenyataannya, bertudung itu wajib (menutup aurat) itu perintah Allah SWT, ikhlas tak ikhlas belakang cerita, yang penting proses pembelajaran untuk melatih diri menjadi manusia yang taat dengan perintahNya.
"Memang kalau saya di Mesir, saya bertudung dan ke kuliah. Sebenarnya pihak universiti tak menetapkan sama ada para pelajarnya wajib bertudung atau tidak. Itu adalah atas pilihan saya sendiri. InsyAllah moga nanti satu hari saya dibukakan hati untuk kekal bertudung.

"Saya rasa soal saya bertudung atau tidak, itu bukan satu masalah besar. Saya harap peminat tak keliru dan dapat menerima saya kerana bakat saya. Sekarang ni pun semakin ramai yang tahu lagu saya. Ia satu petanda baik untuk saya teruskan minat saya dalam bidang nyanyian

"Masa saya mula-mula dengar lagu saya di radio setelah saya pulang ke sini. Masa tu saya sangat teruja dan gembira",

"Saya nak berjaya dalam dua-dua bidang, doktor yang menyanyi, kenapa tidak? Kan. Saya rasa saya oleh bagikan masa dengan baik. Tapi apa pun saya akan tetap mendahulukan pelajaran. Saya berazam untuk menamatkan pelajaran saya", -Hanie

Azwan Ali mohon maaf isu hina bazar Ramadan

Gara-gara menghina sebilangan peniaga bazar Ramadan kerana makanan yang dijual mereka dianggap sampah oleh Azwan Ali akhirnya mendapat reaksi yang memakan diri sendiri oleh Azwan.

Azwan menerima tamparan hebat apabila ada segelintir peniaga telah melemparkan kata-kata makian dan ugutan yang boleh ditakrifkan kepada kes bunuh.

Dalam hal itu juga, Azwan dengan bebesar hati telah memohon maaf atas kenyataannya sebelum itu. Baguslah seperti ini, semoga dari kesilapan kita boleh belajar erti kebaikkan.
"Status itu bukanlah ditujukan pada semua bazar sebaliknya saya tulis perkataan most yang bermaksud kebanyakan.

"Tetapi, saya dimaki hamun malah diugut oleh semua peniaga bazar.

"Mereka kata mahu 'mencincang saya hidup-hidup' sekiranya saya menjejakkan kaki ke mana-mana bazar sekalipun,"

"Saya bukan sengaja hendak memburuk-burukkan peniaga bazar, tetapi apa yang saya katakan ada benarnya.

"Lihat, apa yang terjadi selepas dua tiga hari saya muat naik status? Ada pula kes keracunan di bazar Ramadan sehingga menyebabkan seorang kanak-kanak koma.

"Malah, apa yang saya lihat, rupa-rupanya masyarakat kita ini tidak boleh ditegur secara terus dan terbuka,"

"Oleh itu, sempena Ramadan dan Aidilfitri yang bakal menjelang ini, saya ingin mohon maaf kepada semua.

"Tetapi, kalau ada yang tak mahu maafkan saya atau berdendam dengan saya, tak mengapalah," -Azwan Ali petikan SinarHarian

Tips sebenar nak dekati atau menjadi kekasih Maria Farida!

Dengarnya pelakon, Maria Farida sudah bersedia mahu bergelar isteri semula di usianya yang kini 44 tahun masih lagi awet jelita.

Maria akui dia bahagia hidup setelah hampir 10 tahun bergelar janda hidup bersama anak tunggal lelaki, Mizan Ashley yang kini berusia 17 tahun.

Namun kepada sesiapa lelaki yang mahu mendekati atau menjalani hubungan serius, Maria memberitahu yang dia haruslah mendekati dan menyelami kehidupan terlebih dahulu anak tunggalnya itu.

Rumahtangga Adi Putra, Aida bergolak? tidak tinggal sebumbung?

Selasa, 15 Julai 2014

Ada gosip terbaru yang melanda rumahtangga suami isteri diantara pelakon, Adi Putra dengan Aida Yusof. Hubungan mereka dikatakan goyah dan tidak tinggal sebumbung lagi menurut sebuah akhbar mingguan pada hari Ahad lalu.

Namun Aida yang memetik portal mStar memberitahu ianya hanya gosip liar yang membuatkan hubungannya dengan Adi semakin bertambah baik dan bahagia.
"Saya ada baca gosip tersebut dan ia mengarut sama sekali. Kami masih tinggal sebumbung dan Alhamdulillah kami masih lagi bahagia. Ini pun, saya baru lepas hantar Adi ke KLIA (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur) untuk dia menunaikan umrah di Mekah.

"Pelik rasanya apabila ada pihak yang menyebarkan gosip itu lebih tahu masalah rumah tangga kami berbanding kami sendiri, Saya dah lali dengan macam-macam gosip tentang suami saya. Dan sekarang ini isu kami tidak tinggal sebumbung pula.

"Bersempena dengan bulan Ramadan ini saya tidak mahu mencari musuh dan sedia memaafkan individu yang menyampaikan fitnah tentang kami. Saya juga anggap ia sebahagian dugaan dalam rumah tangga kami. Syukur Alhamdulillah, hubungan kami semakin kuat," -Aida

122kg ke 98kg berat badan terkini Harith Iskander

Tidak disangka Harith Iskander kini mempunyai azam yang nekad untuk menguruskan berat badannya. Ini dibuat diatas faktor usianya yang semakin meningkat.

Selain daripada aktiviti riadah dengan anaknya dimana Harith mengakui agak berasa letih bila bermain dengan mereka. Penurunan berat badannya yang drastik juga didorong oleh faktor Bulan Puasa Ramadan ini.
“Hasrat saya kini hanya satu iaitu ingin kekal sihat selama mana yang boleh supaya dapat melihat anak-anak saya membesar sehingga dewasa”

“Sebelum berkahwin saya tidak menjaga diri saya dengan baik tetapi selepas mempunyai anak kesedaran itu timbul dan apa yang saya lakukan ini (menguruskan badan) demi anak-anak,”

“Sebelum ini berat badan saya adalah 122 kilogram dan sekarang hanya 98 kilogram sahaja. Alhamdulillah berkat usaha dan sokongan keluarga saya berjaya. Berat badan Harith pernah mencecah 122 kilogram”

“Bagaimanapun saya masih belum berpuas hati dengan berat badan sekarang dan menyasarkan untuk turun 18 kilogram lagi,” -Harith Iskander petikan portal mStar

7 Gambar anak-anak Nurul Wahab

Gambar terbaharu menampilkan Nurul Wahab dengan anak sulungnya, Ayu NAzirah serta yang bongsu, Zacharu Depp dengan mengayakan koleksi baju kurung Pahang di bawah jenama Newrules Collection iaitu jenama dibawah nama Nurul Wahab sendiri.

Menurut portal GUA, baju kurung bersempena Hari Raya Aidil Fitri ini berharga lebih kurang RM280 dan boleh di beli melalui online.

Fahrin tidak minat dating tapi minat..

Mungkin korang akan menilai Fahrin adalah seorang yang pentingkan kerjaya berbanding dunia cintanya. Ye la, nak lihat Fahrin mempunyai teman wanita, rasanya masing asing lagi buat kita.

Ini diakui lagi oleh Fahrin sendiri melalui kenyataannya di sisipan Bharian Ahad lalu. Dimana kerjayanya sebagai pengacara/host TV telah membuatkan kesibukan buat dirinya.

Di dalam dunia bola sepak, Fahrin kini lebih aktif memawancarakan sebuah rancangan berkaitan dengannya, sebagai pengulas. Piala Dunia 2014 Brazil yang lalu adalah ujian pertama temasya terbesar buat Fahrin di dalam dunia host sukan.

Mungkin selepas ini muncul untuk menjadi pengulas edisi Piala Malaysia 2014 di RTM. Mungkin minatnya terhadap bola sepak mendorong beliau terus menjadi pengacara yang disegani ramai.

Bahkan Fahrin mengakui yang dia memilih 'bola' daripada aktiviti sosial seperti dating dengan teman wanita jika dia bercinta.

Maka harus diingatkan, bakal kekasih/isteri nya nanti harus memahaminya kelak. Keke.

Tahniah isteri Tomok hamil anak ke-2

Tidak diucapkan tahniah kepada Tomok serta isterinya, Siti Rahayu dimana mendapat khabar berita Rahayu kini berbadan dunia.

Sekaligus adalah anak ke-2 bagi pasangan ini. Ini dibuktikan lagi dengan kenyataan Tomok melalui laman sosial Twitter miliknya..

Anak sulung mereka bernama Arrian Shah Akid yang kini berusia setahun.

Hubungan Umie Aida, Khairuddin kini semakin.....

Isnin, 14 Julai 2014

Memetik portal Bharian semalam difahamkan yang pasangan suami isteri, Datin Paduka Umie Aida dengan Datuk Paduka Khairuddin kini hubungan mereka beransur-ansur pulih.

Ini dibuktikan dengan kelibat mereka berdua baru-baru ini yang muncul di Masjid At Taqwa untuk menziarahi makam Allahyarmah Datin Sharifah Aini selain daripada menjadi host bersama untuk majlis amal berbuka puasa bersama-sama anak yatim.

Beberapa hari lalu timbul isu dimana kelibat Umie yang ternampak di perkarangan Mahkamah Syariah dimana desas desus dia memfailkan permohonan cerai adalah tidak benar.

Dia ke sana adalah disebabkan satu urusan untuk mendapatkan cop semata-mata dan bukan mahu bercerai.

Apa-apa pun hubungan mereka kini semakin baik dan sudah menjadi kebiasaan rumahtangga bergolak seperti asam garam di dalam kehidupan, namun mereka mampu dan berjaya mengharunginya.

Dalam hal lain, mereka akan pergi menunaikan umrah untuk mengambil keberkatan Ramadan yang mulia ini.