Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Isteri Faizal Tahir Hamil Anak ke-5?

Rabu, 24 April 2013

Menurut portal forum Cari, difahamkan yang isteri kepada penyanyi Faizal Tahir telah hamil. Sumber itu lagi menyatakan yang dia ternampak keluarga Faizal tengah pergi bershopping. Dan ternampak isteri Faizal yang sarat mengandung itu.

Jika benar ini adalah kehamilan anak ke-5 buat Faizal. Dan yang terakir anak ke-4 itu lahir pada Mac 2011 yang lalu.

Gambar Anak Ashraf, BCL yang Terkini

Dah semakin besar dah melihat gambar anak kepada pelakon seberang Ashraf Siinclair dan juga isterinya yang juga selebriti, Bunga Citra Lestari bernama Noah.

Gambar dibawa bukanlah harijadi Noah mungkin hanya bersahaja sebagai mencuit dan mengembirakan hati si anak. Memandangkan Noah lahir pada bulan September.



Gambar Aliff Aziz Jumpa Aziz Satar

Kadang nak bergambar dengan orang yang kita mahu dekati agak susah sedikit. Dan yang paling menarik pastinya penemuan diantara nama yang sama.

Itu la yang terjadi kepada penyanyi Aliff Aziz yang menemui dengan pelakon veteran, Aziz Satar baru-baru ini. Hanya sekeping gambar sahaja yang ditemukan ole sumber.

Keadaan Aziz Satar juga nampak sedikit merosot, biasa lah usia dah semakin senja. Namun apa pun kita doakan yang Aziz sentiasa sihat sentiasa.


Tahniah! Natasha Hudson Selamat Melahirkan Anak

Tahniah kepada pelakon Natasha Hudson yang dikhabarkan selamat melahirkan anak perempuan aka sulung hasil perkahwinan ke-2 Natasha dengan Carleed Khaza, pada pukul 5 petang hari Isnin yang lalu di Pusat Perubatan dan Bersalin, UMRA, Shah Alam.

Menurut portal mStar, Natasha rasa bersyukur dengan proses kelahiran yang lancar dan anaknya dalam keadaan sihat.
"Alhamdulillah, saya telah dimasukkan ke wad bersalin pada pukul 4 petang hari ini (Isnin) dan melahirkan pada pukul 5.45 petang.

"Saya bersalin secara normal tanpa sebarang suntikan 'epidural' mahupun 'induction'. Kini kami berada dalam keadaan sihat dan sedang berehat," -Natasha
Natasha memiliki anak perempuan hasil perkahwinannya yang pertama bernama Nessa Helena yang kini berusia lima tahun.

Gambar Kekasih Fouziah Gous?

Selasa, 23 April 2013

Wah siapakah jejaka yang mendampingi pelakon Fouziah Gous ni. Cukup kacak dan juga nampak matang. Ada beberapa keping gambar Fouziah bersama-sama jejaka ini dalam laman sosial Instagram nya.

Mungkin kah buah hati atau kekasih hati nya yang terkini. Jeng-jeng.. Misteri.. -Instagram Fouziah






Ikhwan Hot FM Selamat Bertunang

Dikhabarkan yang penyampai radio Hot FM, deejay Ikhwan telah pun selamat bertunang dengan wanita pilihannya Natasya Nadya pada 6 April yang lalu. Majlis pertunangan itu berlangsung di rumah Natasya di Klang, Selangor. Dan soal tarikh pernikahan masih dalam perancangan lagi. Tahniah!

Video Wawa Zainal Mengayakan Gwiyomi

Fenomena nyanyian lagu Gwiyomi memang menjadi hangat sejak akhir-akhirnya ini. Pelakon cantik, Wawa Zainal telah berbuat demikian dalam laman sosial KEEK miliknya baru-baru ini dan sudah hampir 3 hari di laman sosial YouTube kini mencecah 300,000 views.. mak ai..

Memey Suhaiza Mula Bertudung (Gambar)

Kini Memey Suhaiza isteri kepada Norman Hakim dalam proses untuk belajar memakai tudung pada dirinya, tidak hairan untuk kebanyakkan aksi lakonannya dia kerap memakai tudung dalam watakknya. Kini sudah mahu belajar memakainya bermula Ahad lalu.

Ini menjadi perbualan apabila beberapa kepingnya memakai tudung bersama anak-anak dari bekas isteri Abby Abadi dan Norman turut bersama-sama di majlis hari sukan anak Abby, Mohamed Danish.
"Saya baru mula memakai tudung pada Ahad lalu tetapi belum sepenuhnya dan biarlah ia terjadi secara perlahan-lahan.

"Saya harap peminat mendoakan perkara yang baik untuk saya,

"Saya sudah bersiap-siap untuk keluar dan memakai topi tapi tiba-tiba tergerak hati untuk memakai tudung pada hari berkenaan (sukan).

"Suami suka namun dia memberi ruang kepada saya untuk buat keputusan sendiri kerana perkara ini bukan boleh dipaksa-paksa sebaliknya biarlah ia datang daripada kesedaran diri sendiri.

"Insya-Allah doakan yang terbaik buat diri saya supaya terus memakai tudung selepas ini," -Memey, mStar.




Gambar Nora Danish Melawat Fasha Sandha


Rasanya ramai dah tahu berita ini, yang bekas isteri kepada Jejai, Nora Danish bersama-sama anak sulungnya Rayqal menziarahi atau menjenguk isteri baru Jejai, Fasha Sandha yang selamat melahirkan anak sulungnya bernama Putera Rayfal pada 16 April lalu di kediaman Fasha Sandha.

Nora melawat Fasha tidak silap pada hari Sabtu atau Ahad lalu. Baguslah, kedua-duanya kini seperti berbaik-baik. Macam Memey dan Abby kini dah berukun. Kata orang, dulu bermusuh kini menjadi rukun. Jangan sekarang rukun esok musuh pula, kan tak baik tu. Hehe.

Mak ai seksi la Nora. Keh keh.




Asyraf Muslim, Dayana Masih Berusaha Menimang Zuriat

Isnin, 22 April 2013


Pelakon dan juga pakar prubatan tradisional, Asyraf Muslim yang difahamkan berkahwin pada 30 Ogos 2011 di Makkah yang lalu bersama pasangan pilihannya Dr. Noor Dayana Lokman kini redo dengan ketentuan Allah kerana masih lagi berusaha untuk mendapatkan zuriat pertama mereka.

Namun begitulah bahagianya kedua-dua pasangan ini, mereka tetap bersama suka dan duka dan selalu berdoa dan istiqamah dalam menempuhi ujian Allah. Difahamkan juga Dayana merupakan Doktor yang bertugas di Hospital Kuala Lumpur.

"Memang kami teringin untuk bergelar ibu bapa, namun rezeki masih belum menyebelahi kami. Pun begitu, saya tidak pernah berhenti daripada berdoa setiap hari. Malah, kami turut menjalani beberapa kaedah rawatan termasuk perubatan Islam dan moden. Kami percaya, ia hanyalah ujian dari-Nya untuk menduga tahap kesabaran kami.

"Pun begitu, saya bersyukur kerana rumah tangga kami masih tetap utuh dan ia bukanlah alasan untuk kita beralih arah,

"Saya bertuah memiliki Dayana dan dia banyak mengubah hidup saya ke tahap yang lebih baik. Sepanjang tempoh perkahwinan ini, Alhamdulillah, hubungan kami berjalan dengan sempurna dan dia sangat memahami saya. Walaupun sibuk bekerja, isteri saya sentiasa menguruskan kelengkapan saya termasuk makan minum, pakaian dan keselesaan. Inilah nikmatnya bila berumah tangga, semua perkara isteri akan uruskan.

"Saya tiada menghalang isteri bekerja kerana memang cita-citanya untuk bergelar doktor. Lagipun, sayanglah dia belajar lama-lama jika saya tak bagi bekerja," -Asyraf petikan Sinarharian
walapun bekerja dalam sektor swasta, pilihan Asyraf adalah BN

Johan Bertemu dengan Bobo!

Gelagat Bobo yang mendendangkan lagu Sayang dengan gayanya sendiri manakala gaya Johan juga dengan lagu Sayang di malam ABPBH 2012 yang lalu telah mengabungkan kedua-dua insan ini di dalam studio Era FM baru-baru ini.

Mereka juga ditemani oleh Deejay Era FM yang lain. Mereka bergilir melakukan aksi parodi bermula lagu, Teman Pengganti, Sayang & Bosan. Yang akhirnya mereka bersama-sama berparodi. Video ini bukanlah official, ianya dirakam hanya untuk suka-suka oleh mereka yang terlibat dengan kadar videw yang agak membrangsangkan di YouTube.


Apa Peliknya Gambar Yuna Zarai Ni...


Profile Instagram Yuna Zarai sebenarnya 'private'. Namun dalam keadaan seperti itu  follower-nya mencecah 100,000 lebih.

Dan yang pasti memang pengikutnya yang ramai dari Malaysia sehinggalah ke Amerika Syarikat. Namun dalam tidak disangka, ada sekeping gambar terbaharunya yang menunjukkan gambar Yuna sedang posing di taman bunga, taman bunga mana yang itu tidak pasti.

Namun yang menjadi persoalan kenapa sekarang dia dah berani dedahkan lehernya, dahulu tutup habis. Bukan nak kongkong, tapi rasanya peminatnya pun akui perubahan ini keatas Yuna. Adakah Yuna mendapat kejutan budaya??


Shaheizy Sam Buka Kafe @ Restoran

Wah pelakon dan penyanyi Shaheizy Sam dikhabarkan buat pertama kali telah membuka sebuah kafe aka restoran kedai makan. Langkah ini bukanlah biasa sebagai seorang selebriti yang mahu beralih arah sampingan dengan perniagaan, ramai juga artis yang berbuat demikian dengan wang mereka sendiri.

Menurut portal Utusan semalam, nama kafe nya itu adalah Best Time Family Cafe & Grill yang terletak di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras. Hasil usaha 'partner' diantara ahli keluarganya.
"Saya sebenarnya sudah lama berminat untuk membuka sebuah kedai makan dan akhirnya impian itu tercapai juga. Kedai ini saya buka bersama dengan kakak, Zizie Ezette dan seorang ibu saudara kami.

"Menu di sini ada macam-macam termasuk makanan tempatan tetapi istimewanya ialah masakan grill yang merupakan resipi saya sendiri," -Sam

Gambar Aishah Sinclair ke Gaza


Pada bulan Mac 2013 yang lalu, Aishah Sinclair telah pergi ke Gaza, Palestin untuk tugasan tv dalam program The Breakfast Show NTV7. Memetik portal GUA, Aishah dikatakan berada di Gaza selama seminggu. Kata Aishah dia berasa tenang dan sambutan yang mengalakkan dari penduduk di sana.
“Sekiranya saya dapat bertemu dengan Perdana Menteri pun, saya sanggup tolak semata-mata tidak mahu melepaskan peluang untuk ke Gaza,

“Kami disambut meriah seperti orang kenamaan. Layanan mereka sungguh baik. Saya kagum dengan semangat mereka kerana mampu teruskan kehidupan seolah-olah tiada apa yang berlaku,

“Memang biasa dengar bunyi tembakan di Gaza. Tapi bukan kerana ada serangan atau sebagainya. Cuma tentera Palestin sedang menjalani latihan,

“Mereka tidak serang atau membunuh rakyat Palestin. Tentera Israel itu cuma membuli dan menganggu petani dan peladang yang sedang berkerja,

“Ini bukan soal agama tapi kemanusiaan. Sesiapa saja boleh membantu. Sekiranya ada peluang ke Gaza, jangan lepaskan peluang itu,” ujar Aishah
gambar dari Instagram Aishah Sinclair











Azean Irdawaty Semakin Kritikal, Perlukan Pembedahan Segera

Ahad, 21 April 2013


Difahamkan melalui akhbar Bharian semalam, yang Azean Irdawaty berusia 63 tahun dalam keadaan kritikal dan perlu membuat pembedahan segera untuk membuang tumor yang semakin merebak ke otaknya.

Ini disahkan oleh anak sulung Azean, Khaeryll Benjamin yang menyatakan kemorosotan status kesihatan ibunya itu

“Beberapa bulan kebelakangan ini mama boleh bergerak hasil pengambilan ubat berkenaan. Walaupun harganya mahal, RM9,000 sebulan, banyak perubahan dapat dilihat, malah mama mula bergerak dan agak cergas berbanding sebelumnya.

“Namun, disebabkan situasi kewangan tidak mengizinkan, kami tidak lagi dapat membeli ubat terbabit. Kesannya, tubuh mama semakin lemah, mudah letih, hilang selera makan, apatah lagi selepas tumor menyerang sebelah kiri otaknya.

“Sepatutnya dia menjalani pembedahan semalam (18 April), tetapi terpaksa ditunda ke Isnin ini berikutan kes kecemasan lain. Kami dimaklumkan pembedahan kali ini berisiko tinggi,

“Sebelum ini walaupun terlantar sakit, mama masih mampu melakukan pergerakan ringan. Apabila menekan butang telefon bimbit pun tidak larat, kami membawanya menjalani imbasan dan dari situ, doktor mengesan sel mati pada bahagian otaknya disebabkan serangan tumor,

“Kami tiga beradik bersama ayah bergilir menjaga mama sejak dia dimasukkan ke hospital. Dia kini dalam pemantauan sebelum menjalani pembedahan. Mama masih lemah malah percakapannya juga kurang jelas,” katanya.

Gambar Zizie Ezette Temankan Suami Pencalonan PRU13

Semalam berlakunya hari penamaan calon bagi PRU-13 yang diadakan dikawansan Parlimen dan juga DUN masing-masing. Tidak ketinggalan isteri kepada Datuk Bung Mokhtar, Zizie Ezette yang turut menemani suaminya untuk pencalonan kawasan Parlimen P.187 Kinabatangan semalam.-gambar Instagram Zizie





Cara Memanggil Rezeki Yang Tak Terduga!

 MENGGAPAI REZEKI LAA YAHTASIB

Bengkel Mengapai Rezeki Laa Yahtasib Ini merupakan satu keilmuan istimewa dalam menggapai hajat yang berbentuk rezeki dan kewangan. Bengkel ini sangat ampuh dan berkesan. Ianya merupakan satu-satunya cara yang mujarab dan ampuh untuk menarik, melapangkan, mempermudahkan, memperlancarkan, dan mempercepatkan datangnya rezeki dan kekayaan dengan kaedah SOQAS, antara ilmu yang akan dikongsikan adalah seperti di bawah:- 
1) Rahsia Membuat Ibu Duit La Yahtasib
2) Rahsia Membuahkan Wang La Yahtasib
3) Rahsia Memanggil Rezeki La Yahtasib
4) Rahsia Pembukaan Khazanah La Yahtasib
5) Rahsia Memangil Rezeki Secara Tak Terduga
6) Kaedah Menarik Rezeki Yang Berlimpah Ruah, Berkat Dan Memiliki
7) Ilmu Membuahkan Wang Ghaib - 21 Hari Untuk Melihat Hasilnya
8) Kaedah Menarik Tender, Bisnes, Proposal Dan Lain Lain

PENGIJAZAHAN:
Amalan Selawat Taqiyuddein (Selawat Sayyidi Al 'Arif Billahi Muhammad Taqiyuddein Ad Damasyqi Al Hambali)
Perhatian: Anda wajib bekerja. Rezeki anda tidak akan datang bergolek tanpa ada usaha anda untuk mendapatkan rezeki. InsyaAllah, jika anda ikhlas dan jujur serta bersangka baik terhadap Allah SWT, dengan berkat usaha yang anda lakukan maka rezeki anda akan bertambah dari sehari ke sehari.

Amalan ilmu-ilmu di atas adalah bersih dan DIJAMIN Bebas unsur-unsur syirik, tahyul, khurafat, atau unsur-unsur jahat jin, syaitan, iblis, khadam dan makhluk halus. 

**Ilmu Ini adalah amalan Syeikh Nuruddin Al-Banjari**

Yuran:  RM180 seorang                      
Tarikh: 21 APRIL 2013 (Ahad)                     
Hubungi: 

Video Farid Kamil, Diana Danielle Ketika Sarapan

Sabtu, 20 April 2013

Video yang berdurasi 36 saat ini dirakamkan dan dimuatnaik ke dalam laman sosial KEEK.com sendiri oleh Farid Kamil suami kepada Diana Danielle ketika menunggu isterinya itu nak memasak untuk sarapan. Lihat perut Diana dah besar. Wah. Bahagia gitu, nak sarapan pun siap amik video dijadikan kenangan, jangan masa 'bermesra' nak rakam juga dah la. Keh keh.


Gambar Pra-Perkahwinan Suraya Hot FM

Dikhabarkan yang penyampai radio Hot FM, Suraya bakal mendirikan rumahtangga dengan pasangannya bernama Joe pada 27 April ini bersamaan hari Sabtu. Kawan-kawannya seperti FBI dan Fafau pastinya selebriti tempatan yang hadir. Dan ini ada beberapa keping gambar yang dikatakan gambar pra-perkahwinan ala simple oleh jurufoto terkenal, Ministry of Moment