Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Ratuku - Awie & Adira

Isnin, 25 Februari 2013

Lagu versi Ratuku nyanyian asal Awie memang digemari ramai oleh peminat muzik tempatan, lagu yang begitu mengusik kalbu dan jiwang itu menjadi pilihan kepada kaki cinta.

Lagu Ratuku ini dinyanyikan semula oleh Awie dan digandingkan oleh Adira bersempena untuk drama 'Sehangat Asmara', yang dilakonkan oleh pelakon, Adi Putra dan Rita Rudaini yang bermula 21 Januari yang lalu.

Hubungan Ayah dan Najwa Latif dah Baik

Kisah isu Najwa Latif menjadi anak derhaka beberapa bulan lalu hasil luahan seorang yang mengakui ayah kandung Najwa memang cukup mengemparkan seluruh peminat Najwa.

Namun isu itu telah pun diberakhir tidak lama selepas itu. Dan kini difahamkan hubungan Najwa dengan ayahnya itu menjadi baik.

Dan ini komen Najwa yang dipetik melalui portal Murai..
"Alhamdulilah, hubungan saya serta ahli keluarganya yang lain dengan bapa sudah pun baik dan merekajuga sangat supportive terhadap kerjaya nyanyian saya. Saya anggap apa yang berlaku adalah dugaan dalam hidup saya yang telah menerima nikmat hidup yang senang lebih awal berbanding orang atau rakan lain yang sebaya dengan saya.

"Kontroversi itu masalah peribadi saya, saya bersyukur kerana orang di luar sana memahami situasi saya dan ia sedikit pun tidak menjejaskan kerjaya saya. Malah, alhamdulilah saya semakin banyak menerima tawaran menyanyi, lebih-lebih lagi selepas tamat SPM akhir tahun lepas. -Najwa

Gambar Scha al Yahya Mengandung/Hamil?

Hangat apabila sekeping gambar isteri kepada Awal Ashaari, Scha al Yahya yang kelihatan mengandung pada bahagian perutnya tersebar meluas di internet.

Gambar yang dimuatnaik di dalam laman sosial itu mendapat pelbagai pertanyaan dan persoalan daripada peminat-peminat tegar Scha.

Namun jawapan kepada gambar 'mengandung/hamil' itu adalah sekadar pandangan sebelah mata sahaja, Scha rasanya belum berbadan dua lagi kalau diikutkan.

Gambar dibawah ini menunjukkan gambar yang sama baju yang dipakai oleh Scha kelihatan langsing. Mungkin kerana dek angin yang meniup baju berkenaan dan kelihatan seperti berbadan dua.

Fizz Fairuz Buat Laporan Polis

Semalam rancangan TV3, Melodi ada memperlihatkan dan mewawancara Fizz Fairuz mengenai isu pertunangannya dengan isteri orang, Azlyn Massiela yang didakwa masih mempunyai ikatan sah dengan suaminya, Ramli. Namun kata Fizz dalam rancangan tu, dia nak tutup buku dan memulakan buku baharu.

Namun penutupan buku Fizz sepertinya bukan biasa, dikhabarkan dalam HarianMetro semalam, dia membuat laporan polis di Damansara untuk bertujuan melindungi dan tidak bertanggungjawab ke atas Azlyn sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diinginkan keatas diri Fizz.
“Fizz menyatakan pernah berhubung dan berkawan dengan wanita itu namun dalam tempoh perhubungan, dia tidak tahu Azlyn bersuami.

“Namun, selepas mengetahui hal itu baru-baru ini (hujung minggu lalu), pelakon itu memutuskan hubungannya bagi mengelak kejadian tidak diingini,” -sumber polis.

Adira, Hafiz Bergambar Bersama

Ahad, 24 Februari 2013

Hubungan Hafiz dan Adira telah berakhir pada awal tahun 2012 yang lalu, dan kini mereka menjadi kawan biasa yang begitu mesra.

Melihat kemesraan mereka sebagai kawan ini, maka MediaHiburan telah mengadakan sesi photo bersama diantara Adira dan Hafiz baru-baru ini.

Dan bersama iringan muzik lagu Ombak Rindu dalam video dibawah sekali. Ini adalah juga untuk video khas keluaran MediaHiburan. Jom Layan.


Siti Saleha Hiasi Majalah Cosmpolitan

Lain pula wajah Siti Saleha ni melihat majalah Cosmopolitan edisi terbaharu. Kalau dilihatkan dia memang putih, kat sini dah jadi hitam manis pula. Mungkin warna photoshop disesuaikan dengan warna rambutnya kot.

Edisi Mac majalah ini menampilkan pelbagai isu menarik yang dikupas, pastikan anda dapatkannya di pasaran segera.


Gambar Maya Karin, Remy Ishak ke Sabah

Sabtu, 23 Februari 2013

Tidak mahu disalah ertikan, maka kita harus berfikiran positif ok. Maya Karin dan Remy Ishak baru-baru ini dikhabarkan terbang ke Negeri di Bawah Bayu, Sabah.

Tidak tahu apa tujuan mereka, difahamkan mereka pergi ke satu destinasi pendalaman, hutan simpan Imbak Canyon. Dan disitu mereka ada makan malam, cuma dua keping gambar yang dimuatnaik ke dalam laman sosial Maya Karin.

Bercinta ke dorang ni rasanya?

Pengakuan Suami Azlyn, Fizz Tidak Bersalah!

Isu putus tunang Fizz Fairuz lagi, sudah kita dengan luahan Fizz, Almy, Azlyn Masiela dan terbaru Memetik portal adalah orang yang mengakui suami kepada Azlyn.

Nama Ramli (bukan nama sebenar) mengakui dan menyarankan agar peminat selebriti tidak salahkan Fizz Fairuz. Dan berasa malu dengan tindakan isteri ke-2nya bertunang secara diam pada 10 Februari yang lalu.

Mereka berkahwin di Thailand beberapa tahun yang lalu, malah tambahan lagi mereka tidak mendaftarkan perkahwinan mereka di mana-mana pejabat agama di Malaysia.

Dan sebab ini lah Azlyn mengatakan yang perkahwinan mereka tidak sah. Namun tiada lafaz cerai dibuat oleh Ramli sehingga ke hari ini dan sekaligus membuatkan mereka masih lagi suami isteri yang sah.

Mengenai keluarga Azlyn pula, mereka tidak tahu atau tidak dikhabarkan mengenai pernikahan di Thailand ini oleh Azlyn mengikut tuturcara Ramli bercakap.

Jadi dah ada empat-empat pengakuan, boleh lah sudah kita menilai mana satu yang benar dan tipo. Hehe. Yang benar, Allah sahaja yang tahu.
 “Saya cukup mengenali wanita itu kerana dia isteri yang ‘sakit’ selepas lapan bulan hilang ingatan,” 

“Wanita itu isteri kedua dan diakui ia kesilapan saya bernikah dengannya tanpa memaklumkan kepada isteri pertama serta keluarganya (keluarga isteri kedua).

“Namun tidak disangka, perkahwinan di Thailand memberi kesan negatif kepada Fizz, sekali gus memburukkan namanya,

“Biarpun sibuk, saya tetap membayar nafkah, menyediakan pakaian, tempat tinggal serta kenderaan.

“Saya tidak meletakkan kesalahan itu ke atas Fizz kerana sepanjang perkenalan mereka, dia ditipu kononnya isteri saya belum berkahwin sehinggalah majlis pertunangan diatur,”  -Ramli

Julia, Sakinah Gaduh Lagi?

Jumaat, 22 Februari 2013

Laman sosial kadang kala boleh menjadi tempat pergaduhan cara halus mengikut teknologi masa kini. Tidak ketinggalan juga selebriti kita bergaduh di alternatif seperti ini.

Julia Ziegler dikatakan bergaduh dengan Sharifah Sakinah (adik kepada Sharifah Shahirah) dilaman Twitter. Tidak tahu isu apa yang mereka gaduhkan, namun mengikut sumber, mereka bergaduh kemungkinan kerana hal yang sudah berlalu 2 tahun lalu.

Hal itu adalah ketika tahun 2011 dahulu dimana Julia dikatakan menyerang Sharifah Shahira ketika di majlis resepsi Norman dan Memey kerana marah dengan tindakan Sakinah. Ketika majlis tersebut, Julia meninggikan suara kepada Shahira serta menyerang dengan kata-kata kurang enak di mana melibatkan agama dan keluarga.

Punca perbalahan itu meletus apabila Sakinah memberitahu yang Gambit mendesak atau menyuruh Sakinah mengorek prihal Julia, sehinggakan Gambit sendiri pula memberitahu kepada Julia. Dan Julia berang sampailah kepada Twitter yang dibawah ini.  Wallahualam.

Fesyen Tudung Siti Nurhaliza Terkini

Datuk Siti Nurhaliza kalau dah bertudung memang banyak fashion tudung yang dia ingin pakai. Takpela kalau banyak duit beli lah tudung apa sekali pun asalkan menutup aurat.

Gambar terbaru Siti bertudung yang dimuat naik semalam melalui laman Fan Page Facebooknya dengan mengayakan tudung ala-ala seperti tudung hana tajima, memang ramai fan page yang suka memuji dan mengatakan Siti kelihatan cantik.


Gambar Fasha Sandha Anggun Pakai Habib Jewels

Anggunnya melihat Fasha Sandha, apatah lagi berbadan dua. Gambar terbaru yang dimuatnaik oleh Fasha dalam laman Instagramnya ketika dia dalam shooting bersama Berita Harian dan Habib Jewel.

Memang tak dinafikan, perut pun dah besar, harap selamat la ketika bersalin nanti ye Fasha. Minta muatnaik gambar anak ke dalam Instagram pula. Hehe.

Fatwa Abby Abadi?

Umum mengetahui yang Abby Abadi sememangnya selebriti yang bergiat aktif dalam bidang politik. Dan kadang kala ada juga segelintir orang tidak bersependapat dengan Abby Abadi, lebih-lebih lagi bila dia bertulis di laman sosial Twitter.

Ramai blog politik telah menyatakan yang Abby telah buat fatwa sendiri. Fatwa yang dimaksudkan Abby adalah menhentam dan menghukum parti politik tertentu sehingga memberi keyakinan dapat pahala jika menentangnya.

Aduihai.. Korang nilai lah sendiri penulisan Abby ni.




Azlyn Nafi Tuduhan Liar Fizz

Mana satu yang benar dan salah ni? kata Fizz Fairuz semalam dia kena tipu kerana bertunang dengan isteri orang dan mengatakan yang dia diatur oleh bekas tunangnya itu, Azlyn Masiela.

Namun semalam memetik portal sisipan Berita Harian, Azlyn Masiela pula tampil dengan memberikan kenyataan yang mahu juga membela dirinya.

Azlyn Masiela yang merasa terkejut dan sedih kini menganggap dia dan keluarganya pula dibohongi oleh Fizz Fairuz.

Adakah ini salah faham?

Fizz meraikan hari lahir Azlyn di Bangsar, November lalu -foto Bharian
“Saya tergamam dan terus menangis, tergamak dia mengeluarkan tuduhan yang sedemikian. Pelik kerana tanpa usul periksa, dia seberani itu menjatuhkan maruah saya dan keluarga”

“Saya berani menyatakan, tidak pernah berkahwin sepanjang 26 tahun usia ini. Dia boleh periksa di mana-mana pejabat agama atau bertanya sendiri kepada ibu bapa perihal sebenar status diri saya”

“Kalau pun saya sudah punya suami selepas bernikah di sempadan, takkan emak bapa saya tidak menghalang saya berkahwin lain? Kami masih ada agama, tahu hukum hakam”

“Jangan jatuhkan air muka mereka dengan cerita sebegini. Andai sudah tidak lagi menyayangi, saya boleh terima kenyataan, tetapi bukan dengan cara mengaibkan orang tua saya. Emak dan ayah saya turut menangis mengenangkan apa yang dilakukannya (Fizz),” ujar Azlyn Massiel

Gambar Anak Sulung Siti Shahrizah

Khamis, 21 Februari 2013

Anak Siti Shahrizah atau Eja ini sudah berusia nak masuk 4 tahun. Hasil perkahwinan 10 tahun dengan Mohd Silahuddin maka mereka dikurniakan seorang cahaya mata puteri, Nur Eisha.

Sekarang dah besar memanjang dah. Comel pon ada, ikut mak gitu.

Scha al Yahya Buka Cawangan Baharu

Wah tahniah lah kepada pelakon, Scha al Yahya kerana telah membuka perniagaannya sendiri dengan membuka kedai. Nama kedai diberikan sempena namanya sendiri, 'Schapoholic' yang bakal di buka di Wangsa Walk Mall dan sekaligus untuk cawangan kedua.

Cawangan pertamanya adalah di The Curve Shopping Centre Mutiara Damansara, Kedai ini difahamkan menjual pelbagai aksesori wanita dari jenis pakaian hinggalah barang perhiasan lainnya.

Walaupun nampak mini kedai Scha ini, namun sambutannya amat mengalakkan, fan page Facebook kedai ini sahaja dah mencecah 60,000!


Ini kedai yang pertama.. 

Kes Perceraian Jeslina Hashim

Siapa tak kenal dengan penyanyi yang mendendangkan lagu bertajuk 'Ku Intai CInta Dalam Rahsia', Jeslina Hashim. Difahamkan semalam melihat portal Murai, dia dengan suaminya, Dion Andrew Vercoe yang berasal dari New Zealand itu kini dalam prosiding mahkamah syariah Kuala Lumpur untuk kes penceraian mereka.

Difahamkan mereka tidak sebumbung dah sejak beberapa bulan yang lalu. Rumahtangga mereka hanya bertahan 8 tahun yakni berkahwin pada 21 April 2005 dan mempunyai 2 orang anak berusia 3 dan 6 tahun.

Namun bila ditanya media ketika penagguhan kes penceraian itu, jawapan Jeslina adalah kerana masalah pribadi.
“Punca kami mahu berpisah adalah disebabkan masalah peribadi. Apapun, saya berpuas hati dengan keputusan mahkamah hari ini,” -Jeslina.

Natasha, Irma Hasmie Hiasi Majalah Lisa

Majalah Lisa keluaran terbaru menampilkan dua selebriti bertudung iaitu Natasha Hudson dan Irma Hasmie sebagai penghias majalah hadapan mereka.

Kombinasi dua selebriti ini menampilkan kelainan daripada edisi Majalah Lisa yang sebelumnya, yakni imej bertudung pada muka hadapan majalah berkenaan.

Dan kedua-dua selebriti ini juga sedang sarat hamil/mengandung dan menunggu beberapa minggu untuk bersalin. -gambar facebook.com/LisaMalaysia

Fizz Fairuz Putus Tunang! Kena Tipu!

Aduhai sudah jatuh ditimpa tangga pula. Inilah yang terjadi kepada pelakon Fizz Fairuz yang dikhabarkan bertunang pada dua minggu yang lalu, kini sudah putus tunang.

Difahamkan bekas tunangnya itu adalah isteri ke-2 kepada seorang ahli perniagaan dimana mereka bernikah di Thailand tidak lama dahulu.

Dengar-dengar Fizz terkena buatan orang dan sebelum itu Almy juga telah menasihati Fizz supaya pergi berubat, namun nasi belum lagi menjadi bubur. Jadi sudah masa tibanya kembali kepada Almy Nadia lah pas ni. Yeah3.

“Saya benar benar tertipu dan tidak menyangka tunang saya itu isteri orang,

“Saya tidak menyangka perkara sebegini berlaku & kehidupan saya seolah olah ‘diatur’ oleh dia (bekas tunangnya) sejak kami berkenalan setahun yang lalu,

“Khamis lalu, saya menerima mesej dari kawan kepada adik wanita tersebut dan menjelaskan status sebenar. Malah saya juga sudah berjumpa dengan suami wanita itu pada Sabtu yang lalu”

“Kepada semua, saya mohon maaf terutamanya Almy Nadia. Saya tertipu dan sakit sekarang. Ini ujian terbesar sepanjang bergelar anak seni — kepada media kerana tidak menjawab panggilan kerana fikiran berserabut” -Fizz, HarianMetro.
Dan ini kata Almy Nadia yang dipetik di portal mStar semalam.
"Pengajaran yang boleh saya simpulkan di sini, ianya adalah hukum karma iaitu seserang itu akan mendapat balasan terhadap apa yang telah dilakukannya. Nasihat saya, hargailah orang yang kita sayang dan janganlah sesekali mengabaikannya.

"Jangan nanti apabila kita memerlukan orang itu, maka dah terlambat. Selebihnya saya tidak boleh komen dan enggan masuk campur,

“Saya hanya menerima takdir dengan reda," -Almy Nadi, mStar.

Gambar Ziela Jalil dan Anak-anak

Rabu, 20 Februari 2013

Dah makin besar memanjang anak Ziela Jalil terutama anak kandungnya, Puteri Julia Nabilah, 21 tahun dan Megat Jufri Nasrullah, 19 tahun dan anak angkat Ziela, Ibrahim Junid setahun lebih.

Lihat lah bentuk badan Megat Jufri, bukan main tuff lagi seperti usia 30 lebih, Julia pula dah kini bertudung, baguslah kalau semuanya seperti itu, semoga bahagia tanpa ada seorang suami mahupun ayah di sisi.

Lana Nordin Tayang Boyfriend!

Wah pelakon yang bergelar Pamela Anderson Malaysia, Lana Nordin  baru-baru ini memberikan kejutan kepada media yang hadir dengan menayangkan kekasih atua buah hati cinta terbaharunya ketika dia dijemput untuk menghadiri sidang media Festival Filem Malaysia ke-25

Mat Salleh juga pilihanatau taste Lana Nordin ni ek.