Azlyn Nafi Tuduhan Liar Fizz

Pada: Jumaat, 22 Februari 2013
Mana satu yang benar dan salah ni? kata Fizz Fairuz semalam dia kena tipu kerana bertunang dengan isteri orang dan mengatakan yang dia diatur oleh bekas tunangnya itu, Azlyn Masiela.

Namun semalam memetik portal sisipan Berita Harian, Azlyn Masiela pula tampil dengan memberikan kenyataan yang mahu juga membela dirinya.

Azlyn Masiela yang merasa terkejut dan sedih kini menganggap dia dan keluarganya pula dibohongi oleh Fizz Fairuz.

Adakah ini salah faham?

Fizz meraikan hari lahir Azlyn di Bangsar, November lalu -foto Bharian
“Saya tergamam dan terus menangis, tergamak dia mengeluarkan tuduhan yang sedemikian. Pelik kerana tanpa usul periksa, dia seberani itu menjatuhkan maruah saya dan keluarga”

“Saya berani menyatakan, tidak pernah berkahwin sepanjang 26 tahun usia ini. Dia boleh periksa di mana-mana pejabat agama atau bertanya sendiri kepada ibu bapa perihal sebenar status diri saya”

“Kalau pun saya sudah punya suami selepas bernikah di sempadan, takkan emak bapa saya tidak menghalang saya berkahwin lain? Kami masih ada agama, tahu hukum hakam”

“Jangan jatuhkan air muka mereka dengan cerita sebegini. Andai sudah tidak lagi menyayangi, saya boleh terima kenyataan, tetapi bukan dengan cara mengaibkan orang tua saya. Emak dan ayah saya turut menangis mengenangkan apa yang dilakukannya (Fizz),” ujar Azlyn Massiel

Tag : , , , ,