Kes Perceraian Jeslina Hashim

Pada: Khamis, 21 Februari 2013
Siapa tak kenal dengan penyanyi yang mendendangkan lagu bertajuk 'Ku Intai CInta Dalam Rahsia', Jeslina Hashim. Difahamkan semalam melihat portal Murai, dia dengan suaminya, Dion Andrew Vercoe yang berasal dari New Zealand itu kini dalam prosiding mahkamah syariah Kuala Lumpur untuk kes penceraian mereka.

Difahamkan mereka tidak sebumbung dah sejak beberapa bulan yang lalu. Rumahtangga mereka hanya bertahan 8 tahun yakni berkahwin pada 21 April 2005 dan mempunyai 2 orang anak berusia 3 dan 6 tahun.

Namun bila ditanya media ketika penagguhan kes penceraian itu, jawapan Jeslina adalah kerana masalah pribadi.
“Punca kami mahu berpisah adalah disebabkan masalah peribadi. Apapun, saya berpuas hati dengan keputusan mahkamah hari ini,” -Jeslina.

Tag : , , , , ,