Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Gambar Pra-Perkahwinan Liyana Tersebar Terjawab

Isnin, 28 Januari 2013

Gambar Pra-perkahwinan Liyana Jasmay dan tunangnya yang tersebar minggu lalu kini menjadi satu isu besar sebelum Liyana diijab kabulkan tidak lama lagi.

Ianya adalah berkaitan dengan penyesalan Liyana dan keluarganya dan menunding jari kepada jurufoto yang menyebarkan foto berkenaan. Jurufoto berkenaan adalah Saiful Nang di bawah naungan syarikat Candid Syndrome

Namun Saiful Nang memberikan penjelasan yang cukup details melalui portal SinarHarian untuk menangkis dakwaan keluarga Liyana itu yang dia tidak sengaja menyebarkan gambar pra-perkahwinan 'mesra' itu kepada umum.

 Bolehkah anda jelaskan mengenai perkara ini?

Seperti yang diterangkan menerusi laman Facebook, saya sendiri tidak mengetahui perjanjian yang diperkatakan ibu LJ. Mereka tak ubah ingin meletakkan kesalahan ke atas bahu kami, CandidSyndrome, sedangkan tiada apa-apa perjanjian bertulis. Dari awal lagi, saya menolak penajaan fotografi perkahwinan kerana pada tarikh itu, saya berada di Makkah untuk majlis perkahwinan lain. Saya hanya berurusan dengan Izuan Mokhtar, yang menguruskan perkahwinan LJ. Selepas berbincang, saya putuskan hanya boleh membuat sesi pra perkahwinan sahaja kerana kesuntukan masa. Semuanya berlaku menerusi telefon dan LJ tidak pernah menghubungi saya walaupun berpuluh-puluh emel dihantar kepadanya untuk menandatangani perjanjian. Pada hari yang ditetapkan, saya bersama kumpulan CandidSyndrome tiba di Hyatt Regency Kuantan Resort pada jam 9 pagi. Namun, LJ tiba jam 1 petang dengan alasan ‘overslept’. Tanpa meminta maaf, LJ dan tunangnya beredar untuk makan dan penggambaran bermula jam 5 petang. Ia berlaku tanpa terma dan syarat yang dipersetujui sedangkan kami mengamalkan sistem itu sebelum membuat penggambaran supaya tidak menjadi kekeliruan di kemudian hari.

Adakah aksi ‘mesra’ yang dirakamkan itu atas arahan CandidSyndrome?

Kami terlalu penat nak menunggu dan semua pra-visual yang disediakan tidak boleh digunakan kerana kesuntukan masa. Jadi, kami hanya mengambil gambar mengikut ‘flow’ dengan kurang intervensi dalam pengaturan gaya. Kami tidak suruh mereka cium, peluk dan pegang. Apa yang mereka gayakan, kami ambil. Itu juga permintaan LJ kerana tunangnya sangat pemalu. Sebenarnya, ia sudah cukup melanggar prinsip saya kerana saya tidak mahu merakam gambar sebegitu.

Jadi, bagaimana foto itu boleh tersebar?

Hak foto adalah milik jurugambar selagi tidak dipindah hak dengan pembayaran atau klausa tertentu yang dipersetujui secara bertulis. Namun, selepas penggambaran itu, wartawan sebuah akhbar (bukan Sinar Harian) , meminta saya memberikan foto-foto itu secara eksklusif kepadanya dan ia diakui LJ selepas saya bertanya. Saya menolak kerana hak eksklusif diberi kepada akhbar itu tanpa pengaturan, Return of Investment, (ROI). Kami cuba bekerjasama dengan wartawan itu, namun emel saya tidak berbalas sehinggalah wartawan itu menghubungi untuk mendapatkan foto untuk siaran Ahad, 20 Januari lalu. Jadi, di mana hak kami untuk mendapatkan pulangan penajaan setelah gambar diserahkan kepada akhbar secara eksklusif?

 Apakah reaksi LJ selepas itu?

Pada 17 Januari lalu, Izuan menghubungi saya dan menyampaikan pesanan yang berbunyi, “Kalau susah sangat berurusan dengan Saiful Nang dan CandidSyndrome ni, tanya dia berapa bayaran dia hari tu, kita bayar sahaja, senang cerita”. Saya menjawab, jangan ingat duit boleh beli hormat dan jangan cakap tentang duit dengan saya kerana mereka bukan golongan pelanggan saya. Saya meletakkan harga RM12,000 untuk sesi itu dan Izuan menyatakan LJ tidak mahu berurusan dengan saya lagi kerana harga sangat melampau. Jadi, selepas bayaran dibuat, gambar itu bukan hak saya lagi dan akhbar itu bebas untuk menyiarkannya. Namun saya kesal bila timbul isu ini,saya pula dipersalahkan ibu LJ. Sedangkan dia membenarkan gambar itu disiarkan di akhbar.

Adakah harga itu berbaloi?

Dari awal lagi, saya dah kata, jangan main soal duit dengan saya. Saya tahu siapa pelanggan saya dan saya pilih pelanggan juga. Saya pernah tolak tawaran puluhan ribu ringgit dari jutawan ternama yang tidak pandai hormat kami sebagai manusia. Jangan sesekali main harga diri kami dengan harga ringgit. Saya pernah menerima tawaran tanpa bayaran kerana nilai hormat mereka lebih besar daripada nilai wang ringgit.

Apakah tindakan anda selepas ini?

Perkara ini bukanlah besar mana dan ia boleh diselesaikan dengan mudah. Jika ia dijelaskan dari awal, mungkin tidak akan berlarutan hingga jadi begini. Saya bukan kaki gaduh dan inginkan penyelesaian terbaik. Saya berharap, mereka bersikap profesional dan jangan gunakan orang pengantara sepenuhnya. Saya minta keluarga LJ tidak terus melatah dan saya pelawa untuk menghubungi saya. Selesaikan cara baik, pasti ada jalan. Sepanjang saya bekerja, ini bukanlah masalah pertama yang kami hadapi, namun ia berjaya diselesaikan dengan mudah menerusi perbincangan. Pun begitu, jika mereka bertindak untuk memfailkan saman terhadap saya, silakan. Saya akan tampil dengan semua bukti yang ada.

Pernahkah anda berdepan dengan perkara sebegini?

Kami pernah bekerjasama dalam perkahwinan selebriti termasuk Ning Baizura, Datuk Dr Sheikh Muszaphar, Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya, namun tiada pula kesukaran seperti ini. Semuanya berurusan secara mudah. Kami ambil foto dan wartawan akan hubungi kami untuk mendapatkan foto itu dengan mudah mengikut sistem yang ditetapkan. Kami juga mendapat publisiti yang diminta seperti menerbitkan nama CandidSyndrome pada gambar berkenaan.

Mungkin selepas ini anda serik untuk bekerjasama dengan selebriti ?

Serik untuk bekerjasama dengan LJ, bukan selebriti lain. Saya tidak ada masalah untuk menerima tawaran dari kalangan selebriti kerana bukan semua mereka bermasalah. Tapi, selepas ini, saya akan menyediakan perjanjian terlebih dahulu sebelum membuat penggambaran. Mungkin perkara ini menjadi ‘special case’ saya sepanjang bekerja dengan artis. Namun, selepas ini saya akan lebih berhati-hati dan mengambil iktibar dari apa yang berlaku.

Gambar Anak Ahmad Nabil Terkini

Gambar anak kepada pelawak Ahmad Nabil dan isterinya, Nazirah yang bernama Naira Mikayla dah nak masuk usia dua bulan. Bahkan dikhabarkan anak Nabil ini kelihatan gemuk dan sihat. Memang sungguh tidak disangka anak perempuan Nabil ini, mungkin kuat menyusu kot. -gambar MalaysianDigest dan OhBulan

Gambar Keluarga Intan Sarafina

Ahad, 27 Januari 2013

Post mengenai Intan Sarafina tiada dalam tahun 2012 dan yang terakhir pada akhir tahun 2011. Sudah begitu lama pula rasanya tidak melihat perkembangan kehidupan Intan Sarafina.

Anak-anak Intan dan suami, Ezzahuddin juga dan semakin membesar, Megat Evan Raez (3 tahun) dan Megat Israfel Raez (1 tahun). Jom kita lihat gambar-gambar mereka.

Gambar Kemesraan Ella dan Suami

Sabtu, 26 Januari 2013

Bulan Julai 2012 yang lalu, Ella sah menjadi isteri kepada seorang juruterbang FireFly, Azhar Ghazali. Dan kini sudah hampir 6 bulan mereka melayari bahtera sebagai pasangan suami isteri.

Pasti korang ingin melihat kemesraan mereka berdua selama bulan-bulan itu kan. Jojie juga turut tidak ketinggalan untuk bersama-sama dengan Ella.

Yang pasti kita mahu menantikan saat dan berita gembira kalau Ella bakal berbadan dua nanti.

Ras Adiba Radzi Kini Bertudung

Minggu lalu dalam satu siri berita yang diudara oleh NTV7 telah menampilkan Ras Adiba Radzi telah bertudung penuh. Ini merupakan satu cabaran besar buat penyampai berita swasta itu apatah lagi yang kini masih menggunakan kerusi roda akibat lumpuh.

Gambar dia bertudung juga sempat dikongsikan bersama melalui laman sosial miliknya. Semoga Allah memberikan kekuatan kepada Ras untuk lebih maju ke hadapan lagi. Teruskan usaha anda. Alhamdulillah.

Gambar Keluarga Zed Zaidi

Jumaat, 25 Januari 2013

Ini adalah gambar keluarga kepada Presiden Seniman, Zed Zaidi yang dimuatnaikkan dalam laman sosial Instagram miliknya. Perkahwinan yang dibina pada bulan Mei 2011 itu dengan isterinya, Natalia telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Ryan Ziqry yang kini sudah berusia nak masuk setahun.

Jom kita lihat keluarga disebalik tabir kepada seorang yang digeruni ramai kerana kelantangan sikpanya yang terbuka dan bersuara.

Fida Pakai Inai, Sudah Kahwin?

Rafidah Ibrahim atau nama popularnya, Fida telah memakai inai di semua jari atau kuku tanganya.

Adakah ini bermaksud Fida sudah berkahwin atau bertunang dengan kekasihnya? atau dengan Zalif Sidek yang digosipkan selama ini dengan Fida?

Sebenarnya Fida orangnya jujur dan tidak mahu menyimpan rahasia dan ini adalah pengakuannya yang dipetik daripada portal Utusan semalam mengenai inai di jari dan kuku tangannya...
"Saya suka melihat wanita memakai pewarna kuku, bagaimanapun ia tidak sesuai untuk wanita Muslim.

"Lalu saya pilih untuk memakai inai, selain cantik ia juga mampu menaikkan lagi seri kuku saya," katanya.

"Kalau nak warna yang cantik kena rajin letak. Saya akan teruskan memakai inai ini, sebab ia nampak begitu serasi dengan saya, sebelum kuku tangan saya sebelum ini hanya selesa mengenakan inai di kuku kaki sahaja," -Fida.
Sekali cuma hobby dah.. Kuang3..

Hans Rancang Kahwin 2014 Dengan Neelofa?

Kalau nak diikutkan hanya Neelofa sahaja yang dikatakan kekasih kepada Hans Isaac buat masa ini. Dan Hans sendiri mengakui akan berkahwin pada tahun hadapan, 2014.

Masih menjadi tanda tanya samaada Neelofa atau bukan calon kepada perancangan perkahwinan Hans itu. Namun tidak menolak jika Neelofa adalah gadis yang dicari-cari selama ini.

Ini komen Hans yang memetik portal mStar..
"Kini apabila ibu sudah tiada, tibalah masa untuk diri sendiri. Paling awal pun saya sasarkan untuk berkahwin pada pertengahan 2014,

"Saya memang hendak berkahwin tetapi soal kahwin bukan perkara yang boleh dibuat main-main.

"Saya mahu perkahwinan yang kekal bukan bercerai-berai selepas tempoh tertentu. Saya perlukan waktu dan pasangan yang sesuai,

"Kami (Hans dan Neelofa) berkawan tetapi saya tidak mahu ulas lanjut sejauh mana hubungan kami.

"Jika hubungan itu berkesudahan dengan kebaikan atau keburukan, ia akan meninggalkan impak yang kurang manis kepada kami jika asyik bercerita mengenainya," -Hans.

Gambar Kehidupan Nabila Huda

Nabila Huda makin lama makin menjadi semakin sosial setelah bercerai dengan bekas suaminya dulu. Gambar-gambar aktiviti sosialnya dimuat naik di laman sosial Instagram miliknya.

Mungkin kebebasan ini yang diinginkan oleh Nabila agaknya. Tidak mahu mengomen lebih lanjut mengenai gambar di bawah ini, korang komenlah secara berhemah yer.

Semoga Nabila mendapat bakal suami yang boleh membimbingnya. :)

Awie Buka 3 Lagi Kelab Malam!

Khamis, 24 Januari 2013

kelab malam di Ipho kepunyaan Awie
Rasanya pasti ramai pemerhati hiburan dan peminat selebriti tempatan akan tidak berasa kurang selesa dengan tindakan Awie yang telah membuka kelab malam di Ipoh dan merancang untuk membuka 3 lagi cawangan baharu menurut portal mStar semalam.

Pembukaan kelab malam ini oleh Awie sendiri menegaskan yang dia hanyalah menjalankan perniagaan sahaja. Baguslah kalau seperti itu, tapi yang haram tetap haram, kita tidak boleh tukar dan lari daripada itu.

Rezeki Allah ada dimana-mana dan carilah dengan jalan yang halal. Cubalah Awie buka sekolah Tahfiz ker (saham akhirat pon bertambah), restoran ker, atau yang membawa kebaikkan umum kan itu lebih elok.

Mesti ramai pembaca tidak setuju dengan pandangan Awie kat bawah ni, memang Awie tetap dan teguh dengan pendiriannya. Tepuk dada, tanya iman ok..
“Jangan melihat perniagaan kelab itu daripada pandangan yang cetek. Ia adalah sebuah perniagaan dan saya telah melabur ratusan ribu untuknya.

“Malah saya juga merancang untuk kembangkan lagi perniagaan itu pada tahun ini selepas mendapat respons baik daripada pengunjung di Ipoh,

“Saya bergiat dalam bidang hiburan dan tidak tahu cabang perniagaan lain melainkan cabang ini sahaja (membuka kelab malam). Takkan saya hendak jual nasi lemak yang saya tidak tahu caranya?

“Jadi apa salahnya saya jalankan perniagaan berasaskan hiburan? Jangan persoalkan mengenai hukum hakam hanya kerana saya seorang artis?

“Teruk sangat ke buka kelab malam? Apabila saya yang buka, semua mempertikaikan saya? Sedangkan benda ini bukannya baharu.

“Di luar sana, lebih ramai orang Melayu yang berniaga kelab, hotel dan pusat hiburan lain tetapi kenapa tidak dipertikaikan?

“Saya hanya berniaga bagi meneruskan kelangsungan hidup dan mencari rezeki untuk diri dan keluarga, apakah itu salah?”kata Awie.

Gambar Kekasih Anzalna Nasir

Dikhabarkan gambar dibawah ini adalah gambar kepada kekasih selebrity, Anzalna Nasir. Nama kekasihnya ini adalah, Hanif Zaki.

Dan kebanyakkan gambar mereka berkasih sayang sudah tersebar di seluruh blog dan forum. Mungkin tak lama lagi mereka agaknya nak merancang untuk berkahwin, harap-harap begitulah kan.

Apa-apa pun kita enjoy dulu melihat kebahagian pasangan kekasih ini.