Pada:
Jumaat, 25 Januari 2013
Masih menjadi tanda tanya samaada Neelofa atau bukan calon kepada perancangan perkahwinan Hans itu. Namun tidak menolak jika Neelofa adalah gadis yang dicari-cari selama ini.
Ini komen Hans yang memetik portal mStar..
"Kini apabila ibu sudah tiada, tibalah masa untuk diri sendiri. Paling awal pun saya sasarkan untuk berkahwin pada pertengahan 2014,
"Saya memang hendak berkahwin tetapi soal kahwin bukan perkara yang boleh dibuat main-main.
"Saya mahu perkahwinan yang kekal bukan bercerai-berai selepas tempoh tertentu. Saya perlukan waktu dan pasangan yang sesuai,
"Kami (Hans dan Neelofa) berkawan tetapi saya tidak mahu ulas lanjut sejauh mana hubungan kami.
"Jika hubungan itu berkesudahan dengan kebaikan atau keburukan, ia akan meninggalkan impak yang kurang manis kepada kami jika asyik bercerita mengenainya," -Hans.
Tag : Gossip Artis , Hans Isaac , Kekasih Artis , Neelofa , Pelakon , Pengarah Filem , Perkahwinan Artis


