Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Siti Saleha Berbaju Kebaya Raya

Selasa, 24 Julai 2012

Baru sahaja puasa bermula belum ada seminggu, sudah ada pasaraya, kedai dan butik yang telah mengeluarkan pakaian edisi Raya mereka begitu awal sebelum pertengahan bulan Ramadan. Ini bagus, bagi membolehkan rakyat membeli belah awal bagi membeli barangan yang mungkin nanti akan habis di saat-saat akhir.

Pasaraya KL SOGO telah memilih pelakon manis, Siti Saleha untuk memperagakan pakaian Raya Adiilfitri mereka. Kebaya yang dipakai Saleha amat cantik dan anggun sekali, rasanya korang nak beli satu juga ni sama seperti Saleha pakai, tapi siap-siap lah dengan dompet yang tebal. hehe. -gambar trendsetter

Komentar Farid Ismeth pernah kahwin dengan Isteri PM

Ini adalah yang paling sensasi sekali apabila ada parti tertentu memfitnah Farid Ismeth Emir yang juga penyampai berita vateran RTM pernah menjadi suami kepada isteri PM sekarang. Farid Ismeth Emir memang akui isu ini sudah melanda dirinya sejak bertahun-tahun lamanya, dan segala bentuk penafian sudah dilakukan termasuk bersumpah atas nama Allah kepada ramai pihak dan media yang bertalu talu bertanyakan hal yang sama.

Namun masih juga ada pihak tertentu yang memfitnah dirinya dan juga isteri PM sekarang. Video dibawah adalah wawancara khas selama beberapa minit oleh pengacara TV, Zamzarina Zambri mengenai isu berkenaan. Layan..

Kucing peliharan Fasha Sandha, Jejai

Bulan pertama sebagai suami isteri yang sah, Fasha Sandha dan Jejai tinggal sebumbung menikmati juadah berbuka dan juga bersahur bersama. Pastinya itu sudah menjadi kepastian dalam berumahtangga apatah lagi untuk pertama kali bergelar suami isteri. Disamping hal lain, kedua-dua pasangan ini, cukup berbahagia dengan memelihara kucing peliharaan di rumah, seperti juga menyayangi binatang kesayangan Nabi. Kucing tu masih lagi kecil dan comel, mungkin baru beranak kot kucing induknya. -Facebook We Love Fasha Sandha

Natasha, Yatt, Diana Amir bertudung untuk Luvstylista

Isnin, 23 Julai 2012

Di bulan yang Ramadan yang Suci ini, alangkah baiknya kalau kita melihat yang indah-indah sahaja kan. Yang pasti yang indah itu adalah wanita / lelaki yang menutup aurat. Dan inilah yang ingin disampaikan mengenai 3 orang selebriti yang kini dikenali ramai sebagai selebriti yang sudah berubah memakai tudung / hijab. Mereka adalah Natasha Hudson, Yatt Hamzah dan juga Diana Amir. Mereka bertiga menjadi model untuk sebuah gedung perniagaan tudung, Luvstylista dengan mengenakan fesyen terkini tudung keluaran Luvstylista.

Siapa Selebriti Pilihan Anda?

Antara ketiga-tiga selebriti ni mana satu pilihan anda yang mungkin menambat hati anda ketika ini, adakah Lisa Surihani, atau Wardina atau Heliza Helmi? Sekadar membuat undian sampingan keatas ketiga-tiga individu ini. Mereka bertiga bergambar bersama ni ketika program Sinar Cahayaku yang di pengacarakan oleh Wardina baru-baru ini.

Ariel Peterpan dibebaskan hari ini

Mengikut jadual Ariel Paterpan akan dibebaskan pada tahun hadapan. Bagaimanapun, mulai esok, Ariel yang dihukum penjara 3 tahun bermula Julai 2011 akibat kesalahan mengedar bahan pornografi dan menjadi 'pelakon' kepada video berkenaan akan dapat menghirup udara segar di luar jeriji besi.

Ketua Bahagian Kemasyarakatan Indonesia, Dedi Sutardi menerangkan, Ariel dibebaskan setelah dia menjalani dua pertiga masa hukumannya.

"Selain itu, dia juga telah menjalani asimilasi dan berkelakuan baik selama di lembaga pemasyarakatan,

"Semua tahanan kalau sudah menjalani dua pertiga masa tahanan boleh dibebaskan. Selain itu juga dinilai melalui sikapnya," ujar Dedi. -Kosmo

Anak Tomok, Arrianshah Akid 2 Bulan

Ini adalah gambar anak penyanyi Tomok, Arrianshah Akid yang kini sudah mencecah usia nak masuk 2 bulan. Memang comel anak Tomok ni. Mata dia besar bulat.

Isteri Tomokkan cantik orangnya. Memang bahagia la Arrianshah Akid apatah lagi bersama-sama ayah dan mamanya bersama-sama di dalam tahun pertama bulan Ramadan. Bangun ke tak kalau sahur ni. hehe..

Gambar Percutian Diana Danielle di Eropah

Ahad, 22 Julai 2012

Baru je beberapa hari yang lalu admin postkan gambar Diana Danielle bercuti di Semporna Sabah, tip top dia dah sampai ke percutian di benua Eropah aka Euro merangkumi London, Barcelona dan Amsterdam. Itu yang dipetik melalui laman Facebook miliknya yang kini hampir nak cecah 1 juta fan tidak lama lagi. Memang satu peningkatan luar biasa bagi selebriti muda lebih-lebih lagi Diana anggun dan manis dipandang.

Dalam bab percutian ni, biasala selebriti banyak duit kan, apatah lagi orang bujang, ntah dimana dia mahu habiskan duit. Kalau korang banyak duit, pastinya dalam fikiran korang nak satu kebebasan hidup dan salah satunya adalah dengan pergi melancong. Episod percutian Diana ni agak menarik sebab nasib tak dengan buah hati bersama-sama, kalau dengan buah hati rasanya percutian Diana Danielle ni paling mendapat perhatian, tapi Diana orangnya bukan begitu, dia lebih suka mementingkan saat suka dan duka dengan rakan-rakannya. Like! -gambar Facebook Diana Danielle