Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Ady, Zuhaidah tak jadi cerai, buat sidang media

Khamis, 24 Mei 2012

Ady Putra hadir bersama isterinya, Zuhaidah Yusof di mahkamah syariah persekutuan pada 11 Mei lalu, bagi menghantar borang penarikan balik kes tersebut selepas 10 hari permohonan tersebut difailkan. Baru-baru ini, Ady dan isteri telah tampil mengadakan satu sidang akhbar di Hotel Park Royal.

“Kami buka fail secara baik, jadi kami tutup kes ini juga secara baik

“Saya bersyukur orang menuduh saya ‘main-main’ kerana saya yang dapat pahala. Bagi saya, apa yang berlaku adalah masalah rumahtangga kami. Saya buat perkara yang benar, jadi jika kena bertubi-tubi, saya diam saja kerana saya tak boleh nak menghentikan andaian serta spekulasi orang

“Mungkin ramai yang nak tanya sama ada jadi atau tidak kami bercerai. Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya dan isteri telah menutup fail penceraian itu di mana persefahaman yang telah bergolak selama ini sudah kembali pulih. Saya terbuka untuk berkongsi kepada semua tapi tentang aib itu, maaf saya tidak dapat cerita sebab ini melibatkan masalah dalam rumahtangga.

“Tujuan saya dan isteri mengadakan sidang media ini juga adalah untuk meleraikan serta menjelaskan tentang spekulasi dan andaian ramai pihak yang kononnya saya dah bercerai, ada orang ketiga serta punca bercerai kerana isu kami tidak ada anak. Bagi saya, semuanya tidak ada kena-mengena dengan masalah yang timbul antara kami.

“Ada juga orang kata punca perkara ini berlaku kerana populariti saya yang meningkat sekarang. Bagi saya, perkara ini kelakar. Kalau nak kata saya popular, saya tak pernah menang apa-apa anugerah lagi. Saya tetap orang yang sama. Bagi saya ini bukan sebab populariti tapi memang urusan dalam rumahtangga kami.” -GUA

Abby Abadi Nafi Join Parti PAS

Sekarang ni, isu politik makin panas dan membuak-buak. Yang terbaru Abby Abadi dikatakan bersama-sama parti PAS dalam masa yang sama, Abby dijemput untuk ceramah bertempat di Marang. Ada juga beberapa pihak menganggap yang Abby telah sertai parti berkenaan. Namun Abby melalui akaun Twitternya menafikan telah 'join', Abby menegaskan yang dia hanyalah semata-mata dijemput untuk berkongsi cerita mengenai pengalaman dan pandangan perubahan dirinya.


ehsan gambar kedahkekl.blogspot.com

Fazura dilantik duta Blackberry 9220 & 9320

Rabu, 23 Mei 2012

Siapa pengguna smartphone terkenal BlackBerry, pasti cukup berbangga dan penuh semangatnya apabila smartphone ini melancarkan model terbaru versi Curve 9220 dan 9320. Namun yang paling masyuknya untuk model ini, telah didatangkan khas pelakon, Fazura untuk menjadi duta kepada produk berkenaan. Smartphone lain, rasanya belum ada lagi yang berani memangggil selebriti tempatan untuk dijadikan duta kepada smartphone terkenal dan bercirikan mewah.

gambar dari Cari

Sharifah Aini dijangkiti kuman pada paru-paru

Ini berita begitu duka sekali, dikhabarkan Datuk Sharifah Aini kini sedang ditahan di hospital kerana mengalami jangkitan kuman pada paru-parunya. Ini disahkan sendiri melalui laman fan page Facebook Sharifah Aini menerusi kawan karib beliau yang dibenarkan untuk mengakses laman berkenaan. Punca penyakit itu datang tidak dipastikan lagi, kita doakan agar Kak Pah selamat dan sembuh seperti sedia kala. Amin.

ehsan forblogger.net

Michelle Yeoh dapat gelaran Datuk Seri

"Ini merupakan satu kebanggaan dan penghormatan kepada saya dan keluarga".
Itulah reaksi pelakon internationale, Datuk Seri Michelle Yeoh Choo Keng mengenai Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) membawa gelaran Datuk Seri yang diterimanya semalam.

Michelle terkejut apabila mendapat tahu menerima anugerah tersebut dan terus menaiki penerbangan dari Bangkok, Thailand untuk menghadiri upacara penganugerahan pingat hari semalam 22 Mei.

"Saya sedang menjalani penggambaran di Bangkok semasa mendapat panggilan telefon daripada ibu yang memberitahu saya mendapat pingat Datuk Seri. Ibu minta saya pulang hari ini untuk menerima anugerah tersebut," katanya -Via

Mizz Nina dalam Majalah ENF

Selasa, 22 Mei 2012

Wah makin mantap siot, Mizz Nina ni. Lihat sahaja di Majalah ENF kat bawah ni, memang bebisa sangat. Sudah menjadikan dirinya seorang seakan-akan artis barat. yang itu memang tak perlu dinafikan sebab Mizz sekarang tengah bersepakat dengan orang di Amerika Syarikat untuk memperluaskan empayar kerjaya seninya. Nak tahu lebih lanjut boleh lah pergi ke majalah online ENF

Gambar Yusry, Lisa di Singapura

Gambar dibawah ini dikatakan gambar bulan madu ke-2 Lisa Surihani dan suaminya, Yusry KRU serta keluarga terdekat di Singapura. Kalau nak dilihatkan memang bulan madu ke-2 ini boleh dikatakan berhampiran dengan negara kita. Tak jauh dan boleh pergi dan balik dalam masa sekejap sahaja. Mungkin tempat menarik seperti Universal Studio yang menjadi perhatian menyebabkan destinasi ke Singapura harus dilawati. Enjoy.

Fizz Fairuz, Almy Nadia bakal berpisah?

Fizz Fairuz mengambil pendekatan meletakkan telefon sebelum berkata no comment ketika diajukan persoalan keretakan hubungannya dengan Almy Nadia. Fizz seolah-olah terkejut dengan kenyataan 'makan diri' sebelum ini yang pernah mendakwa dia mahu meminang kekasihnya itu.
"Saya tak nak komen apa-apa. Harap faham," katanya ringkas lalu menamatkan panggilan telefon serta-merta.
Tidak sampai dua minggu sejak Fizz Fairuz meluahkan hasratnya untuk memperisterikan Almy Nadia, aktres itu pula tampil dengan kenyataan mengejut bahawa hubungan mereka kini di ambang keretakan.

Dalam kenyataannya kepada akhbar Berita Minggu pada Ahad, Almy berkata hubungan mereka boleh diibaratkan seperti retak menanti belah kerana mereka tidak lagi mesra sejak dua tahun kebelakangan ini dan dia tidak lagi diendahkan oleh aktor itu.
Dalam pada itu, Almy tidak mahu memberikan sebarang kenyataan. "Tak nak komen... Saya tak nak komen apa-apa, boleh tak? Minta maaf sangat-sangat," jawab Almy. -Via

Gambar Neelofa Bermain Sukan Futsal

Isnin, 21 Mei 2012

Tak tahu pula gambar kat bawah gambar bila punya, tapi yang pasti kita mahu lihat selebriti yang aktif dalam bidang bersukan ni, ya la tak kan nak aktif dalam seni je kan, sekurang-kurangnya kena aktif dalam bidang lain, baru dikatakan selebriti serba boleh. Gambar dibawah menunjukkan Neelofa dengan Fara Fauzana bermain futsal dengan rakan-rakan yang lain. Enjoy to watch...

Gambar Elyana Sambut Hari Ibu

Walaupun Hari Ibu sudah berlalu beberapa hari yang lalu, kita tak mahu ketinggalan melihat selebriti yang meraikan Hari Ibu berkenaan, terutama pelakon, Elyana. Jarang sudah kita melihat dia berada di layar perak kan, tip top dia dah makin berisi dan melihat daripada beberapa keping gambar sempena menyambut Hari Ibu oleh beberapa orang keluarga terdekatnya dengan anak sulungnya yang masih kecil lagi.

Hafiz AF bawa pulang RM500,000

Hafiz dinobatkan sebagai juara pada konsert akhir Mania di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil pada hari Sabtu lalu di saluran Astro Ria dan Astro Prima. Hafiz mendapat undian tertinggi iaitu sebanyak 28 peratus sekaligus menerima wang kemenangan sebanyak RM500,000 beserta trofi.

Sementara itu, Stacy mendapat tempat kedua dengan mengumpulkan undian sebanyak 22 peratus menerima wang tunai sebanyak RM200,000 dan trofi.

Manakala Jaclyn Victor berada di tempat ketiga, setelah berjaya mendapat hasil undian sebanyak 22 peratus, sekaligus memperoleh wang tunai sebanyak RM100,000 beserta trofi.

Pada pembukaan konsert tersebut, peserta-peserta yang telah di singkir seperti Adira, Shila Amzah, Akim, Awi Rafael dan Atilia telah membawakan beberapa lagu medley. -Via

Yana Samsudin akui diri tiada kekasih

Ahad, 20 Mei 2012

Semalam admin ada mendengar radio Hot FM sekitar pukul 10.30 pagi seperti itu, artis jemputannya adalah pelakon dan juga penyanyi, Yana Samsudin. Nak dijadikan cerita disini, agak memeranjatkan, apabila Yana mengakui ketika disoal oleh deejay ketika itu, yang dia kini single aka solo dan tidak mempunyai kekasih seperti yang digembar gemburkan selama ini. Sebelum ini Yana pernah digosipkan dengan pelakon Shaheizy Sam, namun Yana berpendapat Sam hanya kawan akrab sahaja dan tidak lebih dari itu.

Gambar Bulan Madu Awal, Scha

Sabtu, 19 Mei 2012

Dibawah adalah gambar bulan madu oleh pasangan suami isteri, Awal Ashaari dan Scha Al Yahya. Lokasi ini adalah sekitar bandar New York, Amerika Syarikat. Satu perjalanan yang jauh dan cukup untuk menghabiskan masa gembira disana. Semoga sampai ke tanah air dengan menantikan waktu masa pengumuman kehamilan anak. Enjoyed it. :)

Kereta Yuna dipecah masuk, rugi RM5000

Alahai. biasalah nasib buruk tidak kita sangka-sangka. Malahan terjadi dimana-mana tanpa kita menduga. Itulah yang terjadi kepada penyanyi indie, Yuna, apabila keretanya dipecah pencuri. Yuna kerugian/kehilangan hampir RM5000.00 ini termasuk salah satu gitar kesayangannya dan juga gitar milik seorang muridnya.

Mengikut informasi yang dipetik melalui sumber dari OhBulan, sebelum kejadian, kereta tersebut telah digunakan oleh gitaris kumpulan muzik Yuna, Farhan Fadzlishah, yang meminjam kereta tersebut untuk pulang kerumah. Namun pada jam 5.30 pagi, bapa gitaris berkenaan telah mendengar bunyi bising digaraj sebelum melihat kelibat 2 orang lelaki sedang memecahkan cermin tingkap belakang kereta Yuna.

Tuntutan Aidil macam budak-budak - Rita Rudaini

Jumaat, 18 Mei 2012

Rita Rudaini menyifatkan tuntutan nusyuz yang dituntut Aidil Zafuan di Mahkamah Rendah Syariah pada hari Rabu lalu sebagai kelakar dan macam “budak-budak”. Rita geli hati mendengar tuntutan itu yang disifatkannya sebagai tidak masuk akal kerana selama ini dia tidak pernah melanggar perintah suami ataupun membelakangkannya.

“Dia tuntut saya supaya kembali taat? Haa... memang betul-betul kelakar. Saya tergelak dengar tuntutan dia. Selama ini siapa yang tidak taat? Saya menjalankan tugas sebagai isteri dengan baik untuk dia dan anak-anak.

“Saya juga tidak pernah lari atau keluar dari rumah tetapi dia yang buat (keluar rumah) senyap-senyap dan tinggalkan saya dengan dua orang anak bersendirian,” kata Rita.
Dalam prosiding di Mahkamah Rendah Syariah PJ, Aidil Zafuan menarik balik permohonan untuk bercerai dengan isterinya itu atas alasan mahu berdamai selain memikirkan kebaikan kedua-dua anak mereka. baca lagi...

Zed Zaidi cabar Aaron Aziz isu permit!

Beberapa episod panas yang berlaku diantara Zed Zaidi dan Aaron Aziz sudah pun berlalu, diantaranya komen Aaron Aziz yang mengatakan Zed Zaidi kurang matang serta pengondaman laman page Zed oleh orang yang didakwa peminat Aaron. Kali ni 'dendam' Zed masih lagi belum reda, dia meluahkan di laman Twitternya dengan mencabar Aaron untuk permit yang didakwa Aaron memiliki permit kerja sebelum ini.

Ady Putra cerai dengan isteri

Ady Putra mengesahkan sudah memfailkan permohonan untuk bercerai dengan isterinya, Aida Yusof di Mahkamah Syariah, Kuala Lumpur, pada 11 Mei lalu. Menurut Ady, dia tidak mahu bercerita lanjut mengenai perceraiannya itu, tetapi apa yang pasti mereka tiada persefahaman.

“Dalam setiap kebahagiaan pasti ada kedukaan dan saya tak jangka perkara ini (perceraian) akan berlaku dalam rumah tangga saya,

“Perpisahan ini bukan mengenai isu tak ada anak atau pun ada orang ketiga, tetapi berpunca daripada masalah dalaman suami isteri yang agak sukar untuk saya ceritakan kerana bimbang mengaibkan orang lain,” katanya. Ady berkata, dia dan Aida berpisah secara baik dan keputusan itu dibuat selepas pelbagai usaha untuk menyelamatkan rumah tangga mereka gagal.

“Ketika saya pergi mengerjakan umrah, baru-baru ini, saya mohon segala yang terbaik daripada Allah terutama kebahagiaan dalam rumah tangga, tetapi apakan daya saya kerana setakat ini saja jodoh kami,” katanya. -Via

Siti Nurhaliza sambut Hari Ibu

Khamis, 17 Mei 2012

Gambar dibawah diambil pada hari Ahad lalu ketika Dato' Siti Nurhaliza dijemput untuk memeriahkan satu majlis sambutan Hari Ibu juga turut dihadiri oleh Hafiz AF. Mungkin ramai yang ingin melihat Siti menjadi seorang ibu (kini ibu tiri, ibu kandung belum lagi) setelah mendirikan rumahtangga sejak 2006 yang lalu, dah 6 tahun kita asyik menunggu bilakah waktu itu akan tiba. Apa-apa pun semoga Siti menjadi ibu dan dapat menyambut Hari Ibu dengan wish dari anak-anak sendiri. -gambar Via



Gambar terbaru Siti Nordiana Bertudung

Gambar penyanyi, Siti Nordiana yang kini sudah mula bertudung cukup menarik perhatian pelbagai orang umum terutama kedai menjual tudung, mereka berlumba-lumba untuk menarik ahati Nana menjadi model tudung mereka. Apa-apa pun jum kita lihat gambar terbaru Nana bertudung, cukup anggun dan jelita sekali. :) -gambar Via