Pada:
Sabtu, 19 Mei 2012
Alahai. biasalah nasib buruk tidak kita sangka-sangka. Malahan terjadi dimana-mana tanpa kita menduga. Itulah yang terjadi kepada penyanyi indie, Yuna, apabila keretanya dipecah pencuri. Yuna kerugian/kehilangan hampir RM5000.00 ini termasuk salah satu gitar kesayangannya dan juga gitar milik seorang muridnya.Mengikut informasi yang dipetik melalui sumber dari OhBulan, sebelum kejadian, kereta tersebut telah digunakan oleh gitaris kumpulan muzik Yuna, Farhan Fadzlishah, yang meminjam kereta tersebut untuk pulang kerumah. Namun pada jam 5.30 pagi, bapa gitaris berkenaan telah mendengar bunyi bising digaraj sebelum melihat kelibat 2 orang lelaki sedang memecahkan cermin tingkap belakang kereta Yuna.
Tag : Band Indie , Berita Artis , Gitar , Jenayah , Twitter , Yuna Yunalis

