Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Gambar Rozita Che Wan di Anugerah Skrin

Sabtu, 22 Oktober 2011

Begitu berseri melihat kelibat Rozita Che Wan di majlis Pelancaran Anugerah Skrin 2011 baru-baru ni. Dengan baju serba pink paras lutut, menjadikan Rozita sebagai aktress paling cun ketika itu. Dengarnya dia dan Ally Iskandar telah pon diuji untuk mengacara majlis tue nanti, tapi dengar-dengar Zizan RL dan Ac Mizal yang confirm mengacarakannya. Apa-apa pun kita lihat lah siapa yang mengacarakannya nanti. Mesti best tu.

[gambar Via\Via]

Gambar Nora Danish di Anugerah Skrin 2011

Jumaat, 21 Oktober 2011

Belum lagi masuk majlis rasmi, ini baru majlis sidang media untuk melancarkan tema dan sekaligus merasmikan Anugerah Skrin 2011 yang akan diadakan nanti. Jadi tidak ketinggalan ramai artis yang hadir ketika itu. Lensa kamera beralih kepada pelakon, Nora Danish, sebab dia bawa Raykal ke majlis tu. Raykal dah pon besar kalau lihat gambar dibawah ni, dan yang mama dia pula makin hari makin hot pula. Hehe.

[gambar Via]

Rambut Fazley yang masyuk!!

Siapa ada tengok rancangan Manisnya Kurma Ini, eh silap, Semanis Kurma di TV9 mesti terkejut kan melihat penampilan Fazley dalam rancangan tu. Fazley juga ditemani ibundanya. Bukan apa, jarang kita tak lihat penampilan Fazley, dah nampak semalam, mak ai, rambut dia dah, macam artis kat US tu, artis hip hop. Aish, biar betul Fazley ni. Erm, ada-ada jerk, layan la.

[gambar Via]

Gambar anak Sazzy Falak terkini!

Dah nak masuk 6 bulan dah usia baby kembar, Iman Lilly dan Tiara Rose anak Sazzy Falak ni. Memang kelihatan comel dan cute miute.. hehe. Dah nama anak selebriti, mesti banyak majalah yang berebut nak jadikan mereka cover majalah mereka, yang terbaru dari majalah Pa&Ma. Tak usah berleter panjang, kalau nak tengok lebih dekat, g beli majalah ni k. Yang kat bawah ni sekadar tatapan umum jerk. hehe

Jue Aziz dalam drama Nilapura

Khamis, 20 Oktober 2011

Jue Aziz kini berlakon dalam drama kat TV3, Nilapura, saper-saper yang tengok tu mesti tak duduk senang dengan kelibat Jue dalam lakonan drama berkenaan kan. Memang Jue kelihatan cantik dan anggun apatahlagi rambutnya yang panjang amat. pas ni boleh lah berlakon dalam pontianak harum 4. Hehe. Gurau-gurau jerk. Nak tengok gambar lebih kat Facebook We Love Jue Aziz.

Julie Woon suka lelaki Melayu!

Pelakon yang meningkat naik namanya, Julie Woon kini dalam proses pencarian jodoh aka teman kekasih hati. Yang menjadi perbualan disini adalah Julie tidak kisah kalau kekasih hatinya itu orang Melayu bahkan episod percintaannya dengan Qi (host Jalan-Jalan Cari Makan) yang sudah terbuku dahulu menjadikan Julie tidak berputus asa mencari Orang Melayu sebagai teman hidup.

Sesuatu yang pelik memandangkan berlainan suku bangsa/etnik, percintaan seperti ini jarang berlaku. Julie juga berharap selepas ini dia tidak akan mencari cinta dengan dari golongan selebriti malahan dia inginkan dapat bercinta dengan lelaki di luar sana. yuhuu.. ada peluang korang. :P

petikan mStar "Jika ada jodoh saya tidak menolak untuk berkahwin dengan lelaki Melayu suatu hari nanti. Soal hati dan perasaan bukan bergantung kepada bangsa atau agama seseorang itu. Ia datang dengan sendiri..

"Saya pernah menjalinkan hubungan dengan orang dari dalam industri jadi kalau boleh selepas ini tidak mahu lagi kerana tumpuan lebih diberikan kepada hubungan itu dan bukannya kerjaya saya..

"Saya serahkan kepada takdir dan tidak terlalu begitu mengharap," katanya.

Kisah Rumahtangga Farah AF2

Pengacara Rasa Halal Orient Astro Oasis, Farah Diana Anuar, atau Farah AF, kini lebih selesa dengan kehidupannya sekarang, biarpun bercampur aduk dengan kerjaya personaliti, tapi tugas Farah sebagai seorang isteri tidak pernah diabaikan.

Menyentuh mengenai kehidupan sebagai seorang isteri, kata Farah, dia kini sudah banyak mengenali bahan-bahan mentah dalam masakan.

Jika diuji dengan jenis-jenis sayur Farah tiada masalah untuk membezakannya. Sejak mengacara program makanan, Farah dah tahu banyak benda mengenai masakan.

Farah juga sudah cuba masak sambal udang untuk suami tercinta. Cuma lauk kegemarannya kari ikan masih belum Farah cuba buat lagi.

Soal anak pula, Farah memberitahu masih belum ada rezeki. Dia juga mengaku tidak merancang untuk mendapatkan anak.
[artikel via]

Ella dedah Kekasih Hati 30 Oktober!

Rabu, 19 Oktober 2011

Hati penyanyi yang berusia 45 tahun, Ella kini sudah pon dimiliki. Tetapi Ella belum bersedia mendedahkan sepenuhnya identiti lelaki bertuah itu. Sebaliknya, kata anak kelahiran Klang, Selangor, biarpun perkara itu diketahui sendiri orang semua pihak. Patutlah sejak kebelakangan ini Ella banyak hati suka. hehe.. Nak tahu siapa kekasih Ella? ni Ella bagi hint kat korang untuk tahu siapa kekasih dia..

"Biarlah wartawan atau peminat tahu sendiri kerana saya tidak mahu komen panjang. Kalau anda bernasib baik dia (kekasih) akan datang ke konsert Whitesnake di Stadium Merdeka , Kuala Lumpur, 30 Oktober ini. -Via

Gambar Diana Danielle berseri-seri

Gambar Diana Danielle dibawah ni diambil ketika dia berada di Old Blossom Box sempena majlis pelancaran Thomas Sabo baru-baru ni. Begitu berseri-seri melihat Diana ketika tu. Bagaikan bidadari lah pulak. Apatah lagi, bajunya yang ber'blink-blik) membuatkan suasana menjadi kegemerlapan. Ok korang layan lah dulu. :)

[gambar Facebook Jezmine Zaidan]

Rashidi Ishak , Azura dapat Ijazah UPM

Tahniah kepada Rashidi Ishak dan juga pengacara WHI, Azura Zainal kerana mendapat ijazah pertama mereka di UPM baru-baru ini. Rashidi dan Azura sama-sama menerima ijazah sarjana muda dalam bidang komunikasi. Mereka turut dihadiri oleh ahli keluarga terdekat untuk bersama berkongsi saat-saat kegembiraan.

Rashidi dan Azura antara 7,327 graduan pelbagai jurusan menerima ijazah dan diploma masing-masing pada majlis konvokesyen UPM kali Ke-35 yang diadakan di UPM pada 15 dan 16 Oktober lalu.
[via]

Alahai Mi Segera jer.....

Selasa, 18 Oktober 2011

Apa lah nak jadi dengan nasib Abby Abadi ni, mengikut laporan daripada sisipan Harian Metro, Abby Abadi dikatakan semakin hari semakin tak kena, dari membesarkan anak-anak seorang diri, ditambah pulak dengan tawaran berlakon semakin kureng dan yang terbaru terlantar di hospital. Kiranya ntah mengapa produser kureng amik Abby berlakon berbanding Norman dan Memey. Sabarlah Abby, mungkin ini dugaan, sabar dan tabah dalam menempuhi hidup.

Masalah rumahtangga juga tidak ketinggalan, tanggungjawab ayah kandung, Norman tidak pernah diabaikan apatah soal nafkah dan kasih sayang. Tapi betul ker? Dikatakan Norman ada membeli beberapa bungkus mi segera, peluntur (clorox) dan sedikit barangan lain, kalau nak diikutkan, taklah sampai beberapa ringgit. Yang pelik, peluntur tue untuk per? untuk diminum? hohoho. Len kali bawa lah KFC ker, McD ker, Pizza Hut ker, ok lah juga.
[artikel via]

Kris Dayanti buat majlis sambut Amora!

Menyambut kehadiran Ariannha Amora Lemos yang kini berusia 40 lebih hari umpama suatu anugerah yang amat indah dan bermakna buat penyanyi terkenal Indonesia, Kris Dayanti. Ini kerana kali terakhir, dia melalui pengalaman melahirkan anak ialah 11 tahun lalu. Walaupun Amora dikatakan anak kontroversi sebab dah ada dalam perut ibunya semasa pernikahan mereka berdua, namun Kris dan suaminya, Raul tidak menghiraukan kontroversi itu.

"Biarlah masyarakat bercakap apa saja. Saya redha dengan apa yang saya lalui. Mudah-mudahan kelahiran Amora akan menjanjikan kebahagiaan buat saya dan suami," kata Kris mengenai kehadiran anak ketiga dalam kehidupannnya. -artikel Via

Studio Hampir Terbakar Gara-Gara Rafidah

Studio rakaman rancangan kanak-kanak, Clever! Edisi Malaysia (TVIQ) musim kedua di Filem Negara, PJ, nyaris terbakar besor gara-gara pengacaranya, Rafidah, membuat eksperimen nyalakan api dalam air. Kata Rafidah, dia terkejut kerana risau jika kebakaran kecil yang berlaku itu merebak ke seluruh studio.

"Ketika rakaman berlangsung, saya sedang membuat eksperimen menyalakan api dalam air bersama-sama dengan dua pembantu saya. Tersilap langkah agaknya, beberapa barangan eksperimen terbakar.

"Waktu itu pembantu-pembantu saya hanya melihat kerana terkejut. Selamatlah kebakaran kecil itu dapat dipadamkan dengan cepat," katanya. -artikel Via

Gambar Mawi di Semporna Sabah

Isnin, 17 Oktober 2011

Dapat informarsi daripada blog Budiey, yang Mawi telah pergi ke Semporna Sabah atas satu dasar projek dibawah Kerajaan Pelancongan. Iaitu Majlis pelancaran Projek Beautiful Malaysia (Penanaman Terumbu Karang Terbesar di Jeti Pelancongan Semporna, Sabah). Kiranya dalam usaha untuk memelihara alam ekosistem dan juga habitat semula jadi terumbu karang agar tidak pupus.

Lain pula ceritanya mengenai Mawi, Mawi dijemput untuk memberikan beberapa lagunya kepada orang/penduduk yang hadir ketika itu. Teruja dan bersorak riang mereka mendengar lagu Mawi. Begitulah aura Mawi, orang Sabah masih menyokong Mawi lagi. Bukan Mawi jerk yang datang, Bob, Stacy dan Adira.

Mawi

Mawi

Mawi

Mawi

Lan A to Z pilih Ain sebagai isteri

Siapa tidak kenal dengan kumpulan A to Z, mungkin tym korang kecik lagi tu lagu A to Z berkumandang. Kalau muda mudi sekarang ni, rasanya kureng kenal sikit kumpulan A to Z ni. He. Vokalis kumpulan tu, Norazlan atau Lan A to Z, 42 tahun, akan berkahwin dengan seorang awek cun yang berusia 24 tahun bernama Nur Ain Daud yang berasal anak jati Selangor.

Perkahwinan ke-2 Lan ni merupakan perkahwinannya bermakna buat dirinya, memandangkan perkahwinnnya pertama dengan Marcella telah pun gagal sejak 3 tahun yang lalu. Mengikut perancangan, majlis pernikahan mereka berdua akan dilakukan pada 11 November di Masjid Kuala Kubu Bharu.

Ada sebulan lagi masa yang ada, oleh itu pasangan ini mungkin dalam persiapan rapi untuk majlis penuh makna tu. Apa-apa pun semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. :)

Abby Fana pergi menunaikan ibadah Haji

Kemana perginya Abby Fana kini bukan lagi satu persoalan, sebab deejay Sinar FM itu dikatakan melalui akhbar Utusan telah pun pergi menunanikan ibadah haji. Ini disahkan sendiri oleh orang kuat Sinar FM, Pak Tam. Alhamdulillah lah kalau itu yang dilakukan Abby, semoga selamat pergi dan kembali ke tanah air.

Lagi satu dengar khabarnya Abby tak mahu kecoh-kecoh tentang pemergiannya ke sana. Nak buat ibadah ni kena ikhlas dan diharap sangat Abby akan dikurniakan haji yang mabrur seperti mana yang diharapkan. :)
[artikel via]

Jue Aziz nafi kahwin orang Kelantan

Ahad, 16 Oktober 2011

Kecoh akhir-akhir ini mengenai Jue Aziz kahwin dengan seorang pemuda Kelantan. Namun dia menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu, bahkan gosip yang timbul itu tidak releven dan logik. Memandangkan dirinya kini masih single/solo. Mungkin ada orang yang salah faham sebab Jue Aziz selalu ke Kuala Terengganu mengunjungi keluarga angkatnya yang berasalm daripada Kelantan. Lain pula ceritanya mengenai kerjayanya, walaupun kini kurang publisiti di media, ini bukan bermaksud Jue Aziz tidak lagi aktif dan tidak lagi bersama-sama peminatnya. Anda boleh lah pergi ke laman fan page miliknya di 'We Love Jue Aziz' di Facebook.

petikan Gua “Saya pun tidak tahu macamana boleh timbul gosip yang mengatakan saya telah berkahwin dengan pemuda Kelantan. Saya masih solo dan buat masa ini saya tidak menjalinkan hubungan cinta dengan sesiapa. Mungkin gosip ini muncul kerana saya sering berkunjung ke rumah keluarga angkat saya di Terengganu. Mereka memang orang Kelantan, tapi menetap di Terengganu. Saya selalu ke sana sebab saya tidak ada kampung. Agaknya ada orang kampung yang salah faham, ingat saya berkahwin dengan orang sana,” ujar Jue berterus-terang.

Gambar Ning Baizura Bertudung

Sabtu, 15 Oktober 2011

Memang kali ini kita bakal menyaksikan penyanyi, Ning Baizura memakai tudung untuk sebuah telemovie yang bertajuk Haji Bakhil. Dia akan berlakon dalam telemovie ni. Telemovie itu merupakan arahan Ahmad Tarmimi Siregar akan turut dibintangi pelakon Arash Mohamed. Memang telemovie yang bakal menjadi perhatian memandangkan kali pertama Ning Baizura berlakon disamping memakai tudung. Tunggu kedatangan telemovie ini tym Hari Raya Aidiladha nanti. :)

[via]

Shazlin Shariff (bekas isteri Radhi) Kahwin!

Tiada hangin tiada ribut, tip tip bekas isteri kepada kumpulan vokalis OAG, Radhi yakni Shazlin Shariff sudah pon selamat dinikahkan dengan pasangannya minggu yang lalu. Dah setahun bercerai dengan Radhi, Shazlin kini dah mendapat teman hidup baru, tahniahlah kami ucapkan, semoga kekal hingga ke akhir hayat. Details lanjut mengenai perkahwinan ini tidak dapat dipastikan sangat-sangat. hu

[gambar via]

Gambar Anak Syura, Syura Bertudung!

Jumaat, 14 Oktober 2011

Penyanyi Syura yang terkenal dengan nyayiannya, Nazam Berkasih memanglah bukan asing lagi buat kita 5-10 tahun yang lalu. Penyanyi ini sering menjadi bualan dan memiliki peminat yang ramai ketika itu. Tapi sekarang rasanya setelah brumahtangga tahun 2006 dengan Mohd Fadhly, Syura lebih menumpukan kepada keluarganya.

Kini dalam tidak disangka Syura mempunyai 2 cahaya mata puteri, Nurul Dania Irdani (3 tahun) dan Nurul Qaisara Sofea (10 bulan). Memang comel-comel anak Syura ni, seperti ayah dan mak nya juga. Namun yang paling mengejutkan adalah, penampilan Syura.

Kini Syura dah mula bertudung. Mungkin sudah masanya untuk berbuat demikian, mungkin atas permintaan suaminya ataupun atas dirinya sendiri. Mana-mana jer ler, yang penting Alhamdulillah. :)

[gambar via]