Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Pandangan Scha al Yahya mengenai Awal 'GAY'

Selasa, 25 Januari 2011

Walaupun elakon Scha al Yahya dan juga Awal Ashaari telah bercinta dan sudah pun diwar-warkan merancang untuk berkahwin, namun masih ada lagi ura-ura kata-kata nakal yang mengatakan Awal Ashaari sebenarnya ‘gay’ atau dalam bahasa pasarnya golongan ‘adik-adik’. Tersenyum Scha mendengar gosip ini, Scha katanya memberitahu kepada portal Gua yang dia percaya pada Awal Ashaari 100%.

“Sebelum ini ramai orang cakap macam-macam pasal dia. Kita tak tahu sejauh mana perkara ini betul atau tidak. Saya sendiri tak mahu menilai dia. Sebagai manusia, kita belajar andai kata kita pernah buat kesilapan.

“Saya ada juga pernah bertanya kepada dia mengenai hal ini dan dia cakap dia bukan seperti itu, jadi saya percaya dia. InsyaAllah, jika ada benda tak elok, Allah akan tunjuk,”kata Scha dengan lemah lembut.

Sheera Iskandar akan disaman muktamad!

Isnin, 24 Januari 2011

Penerbit syarikat, A. Aida Productions Sdn. Bhd. A. Aida dengan penuh muktamad dan yakinnya akan menyaman dengan disokong oleh dua peguam keatas pelakon utama drama, Halimah Jongang, Sheera Iskandar kerana melanggar kontrak drama berkenaan dan isu pemotongan rambut untuk filem tutzz.

‘Belum pernah saya berjumpa dengan artis yang kurang ajar dan buat tindakan tak guna otak macam dia. Melanggar kontrak dengan menerima tawaran berlakon filem lain sehingga terganggu kesinambungan drama Halimah Jongang yang sepatut menjadi keutamaanya.
‘Saya terpaksa menanggung kesan atas kelakuannya itu. Saya rombak skrip keseluruhan drama dan cari props sesuai untuk wataknya itu terutama rambut palsu.
‘Saya tak faham mengapa dia tergamak memotong rambut pendek untuk filem tersebut, sedangkan dia tahu siri Halimah Jongang memerlukan banyak babak penggayaan rambut,’’ katanya penuh emosi kepada Utusan.

Rumahtangga Zizan Nin mula retak?

Kalau beberapa minggu lepas ramai yang terkejut bila mendengar berita kurang sihat tentang pasangan pilihan ramai daripada pasangan selebriti, siapa lagi kalau bukan pelakon, Vanida Imran dan suaminya Rashidi Ishak yang dikatakan ke mahkamah syariah, namun perasaan itu tetap yakin dan tabah apabila Vanida dengan lantang menjelaskan, niat mereka ke sana adalah untuk menemani anak saudaranya sahaja untuk tujuan tertentu.

Kini gosip mula kedengaran yang dipetik daripada laman sesawang ManggaOnline apabila daripada pasangan selebriti, pelakon suka ramai, Zizan Nin dan juga isterinya yang juga pembaca berita swasta, Fazilah Hani pula dikhabarkan hadir ke mahkamah syariah. Dengar-dengar mereka ke sana adalah untuk mendapatkan khidmat kaunseling demi memulihkan rumah tangganya yang mengalami sedikit masalah.

Apa-apa pun ini cuma khbar belum rasmi lagi, kita tunggu kenyataan rasmi daripada Zizan di media mengenai hal ini. Tapi tak kan pokok boleh bergoyang kalau tiada angin kan, hantu kot kasih goyang. haha.

Pernikahan pembaca berita, Azwaliza Azman

Personaliti dan pembaca berita buletin Utama TV3, Azwaliza Azman atau lebih dikenali ramai dengan panggilan Wawa, 30, kelmarin lalu 22 Januari 2011 sudah sah dan selamat menjadi isteri selepas diijabkabulkan dengan pasangannya, Kadir Rashid, 32. Mereka dinikahkan di Pusat Perdagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur kira-kira pada pukul 6.30 petang.

Azwaliza turut menerima sembilan dulang hataran dari pihak lelaki dan membalas 11 daripada pihaknya. Dia turut menerima mas kahwin RM20,000 manakala wang hantaran RM 50,000.

Majlis turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datu Farid Ridzuan dan artis tersohor tanah air, Siti Nurhaliza Taruddin dan suami, Datuk Seri Khalid Mohd. Jiwa. -mStar

the Chinta Hair Saloon & Beauty

Ahad, 23 Januari 2011

Gambar dibawah ni adalah kedai kecantikan untuk rambut manusia a.k.a saloon yang dinamakan Chinta Hair Saloon & Beauty. Siapa punya? jeng-jeng, pelakon Fasha Sandha yang punya. Fasha dah jadi pemilik kepada kedai ni. Belum lagi dibuka sepenuhnya, masih dalam proses 'under construction', katanya dibuka pada 14 Febuari 2011 nanti di Wangsa Walk, Wangsa Maju. Jadi sesiapa yang datang sini, pasti jumpa Fasha Sandha, kalau boleh gambar-gambar sekali. Oww. -Facebook WLFS











Tin Pepsi Siti Nurhaliza dijual RM2000!

Sabtu, 22 Januari 2011

Tin minuman berperisa berkarbonat, Pepsi yang ada gambar penyanyi nombor satu Negara, Dato’ Siti Nurhaliza, dijual dalam laman web Mudah.my yang bertarikh 3 Disember 2010 pada harga RM2,000.00!. Kata pemilik asal tin berkenaan ianya belum dibuka lagi, bermakna masih ada isi air pepsi berkenaan di dalamnya. Tidak tahu apa keistimewaan tin berkenaan sehinggakan ramai orang taksub untuk membelinya pada harga yang lebih tinggi daripada RM2,000.00. Kalau Pepsi keluarkan wajah arwah Michael Jackson, mahu berjuta ringgit kali orang kita jual. Haha.

Gambar pernikahan Ayu Raudhah, Zaquan

Hanya dengan sekali lafaz, aktres Ayu Raudhah, 26, akhirnya sah bergelar isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan dan N9, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak, 23, pada majlis pernikahan mereka di Masjid Sultanah Bahiyah, Alor Setar, kelmarin (21/1).

Ayu Raudhah kelihatan anggun berpakaian berwarna krim dengan menerima mas kahwin RM1,888 serta tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki dan berbalas sembilan dulang. Bagaimanapun, jumlah wang hantaran dirahsiakan atas persetujuan kedua-dua belah pihak. Difahamkan, wang hantaran itu mempunyai kaitan dengan angka lapan, iaitu nombor jersi Zaquan.

Momen bersejarah pasangan mempelai itu disaksikan oleh kira-kira 200 orang tetamu termasuklah ibu Ayu, ibu-bapa Zaquan serta ahli keluarga kedua-dua belah pihak serta kenalan rapat mereka. Turut menyaksikan majlis akad nikah mereka, kakak Ayu iaitu Rozita Che Wan dan kembar kepada Mohd Zaquan iaitu Aidil Zafuan. -Gambar ManggaOnline | mStar | Piccalasso

gambar kahwin ayu raudhah zaquan adha

gambar kahwin ayu raudhah zaquan adha

gambar kahwin ayu raudhah zaquan adha

gambar kahwin ayu raudhah zaquan adha

gambar kahwin ayu raudhah zaquan adha

gambar kahwin ayu raudhah zaquan adha

gambar kahwin ayu raudhah zaquan adha

Diana Danielle jadi duta Snips!

Jumaat, 21 Januari 2011

Diana Danielle terus menjadi perhatian apabila pusat kecantikan tempatan bertaraf antarabangsa Snips International Group memilihnya sebagai duta selebriti jenama berkenaan. Majlis pengumuman sempena perlantikannya sebagai duta selebriti Snips untuk tempoh setahun telah diadakan dalam sebuah majlis ringkas di Hotel Le Meridien, di sini, baru-baru ini. Penjenamaan Snips bakal berkembang pesat ke beberapa negara seperti Arab Saudi, Australia, Qatar, Hong Kong, China, Indonesia dan Filipina dengan perancangan pembukaan beberapa salon di negara berkenaan. -Gambar Murai

Kongsi Link Anda di Sini

Tiz Zaqyah nafi tinggal bersama Remy Ishak

Keintiman Tiz Zaqyah dan Remy Ishak kini semakin dihidu masyarakat umum malah kedua-dua pasangan utama drama Nur Kasih itu kini dikatakan tinggal serumah pula. Tiz yang menafikan perkara tersebut, kisah duduk serumah dengan Remy merupakan satu fitnah yang nyata.

"Memang dia pernah datang dan melepak di rumah saya tapi bersama rakan-rakan lain. Bukan dia sahaja yang datang bahkan kawan-kawan lain pun sama juga. Saya pun tak faham bagaimana kisah ini timbul kalau ada bukti mengatakan kami duduk sekali saya harap orang yang membuat cerita itu mengemukakan buktinya," kata Tiz kepada Murai
Mengakui lelah dengan segala fitnah yang melekat pada dirinya, Tiz berkata dia semakin lali dengan permainan khalayak yang berkecimpung dalam bidang seni ini. Berdoa sentiasa dikuatkan hatinya oleh Ilahi, Tiz menjelaskan cintanya masih belum bertemu dalam dirinya

Ana Raffali sudah punya kekasih hati!

Anna Raffali sudah mempunyai kekasih yang dikenalinya sebelum bergiat aktif dalam penulisan lagu. Walaupun sudah agak lama mengenali lelaki tersebut tetapi hubungan mereka masih pada peringkat masih mengenali hati budi masing-masing dan Ana selalu berpegang kepada prinsip 'Jangan Pegang-pegang'. Perkara yang bukan rahsia itu lagi sudah disahkan sendiri oleh abang kandungnya, Harris yang turut dimaklumkan oleh Ana mengenai hubungan istimewa tersebut.

“Saya tahu dia sedang berkawan dengan seseorang. Sebagai abang saya tidak kisah asalkan dia pandai jaga diri dan tidak leka," katanya kepada mStar

Datin Paduka Umie Aida, suami main badminton

Khamis, 20 Januari 2011

Sukan memang penting untuk kesihatan tubuh badan bagi mereka yang inginkan badan cergas dan sihat. Sukan juga boleh mengeratkan hubungan suami isteri dan mengelakkan stress yang boleh berlaku. Itulah dia Datin Paduka Umie Aida dan Datuk Paduka K yang baru-baru ini tengah syok habis main badminton bersama-sama. Dah tanda 'best' tu, agaknya lebih best daripada shopping lah tu. Lagi romantis, Umie dan suami berpakaian serba merah, sampai raket pun merah juga. satu pencapaian yang baik bagi Umie, kasih sayang yang kuat. hihi..

Gambar koleksi kasut Siti Nurhaliza

Jarang kita dapat melihat koleksi kasut sesetengah artis, mungkin ada yang menyimpan berpuluh-puluh pasang kasut. Makin dia terkenal, makin itulah perlu perubahan setiap kali muncul dari segi semua aspek. Untuk kelihatan terkini dan berktrampilan. Dato' Siti tidak kurang hebatnya, kasut miliknya mula ditayangkan kepada umum. Mestilah semua kasut yang berjenama, harga pun mahu beratus-ratus Ringgit juga sepasang, mungkin sampai ketahap ribuan Ringgit. Soal harga, Dato' Siti Nurhaliza memang mampu punya, yang penting kepuasan tu tetap ada. Kalau lelong, mesti berebut oO.


dari kiri (clockwise) silver Stuart Weitzman, peep toe Stuart Weitzman,Gucci & Bernard Chandran




Gucci


bernard

Kenapa mesti nikah di thailand?

Penyanyi dan pelakon wanita yang juga bekas isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan yang terkenal di zaman 90-an dulu, Haleeda dikesan sudah bernikah di negara jiran dengan seorang pelakon yang pernah membintangi beberapa filem termasuk Sembilu.

Sumber itu berkata, berikutan penafian yang dibuat pelakon itu, pihak jabatan agama sudah bersiap sedia untuk menyerbu rumah pelakon wanita berusia 38 tahun itu berdasarkan aduan daripada pengadu, tetapi pada petang hari yang sama pelakon lelaki berusia 40-an itu datang ke pejabat agama bagi membuat pengakuan serta menunjukkan sijil nikah mereka.

“Cuma yang menjadi kesalahan mereka bernikah di luar kariah masjid tempat mereka bermastautin tanpa kebenaran Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk,” katan pegawai JAIS.
Pelakon lelaki berkenaan ketika datang untuk membuat pengakuan terbabit, turut menunjukkan sijil nikah dikeluarkan di Thailand dan selepas menelitinya pegawai di pejabat agama itu berpuas hati mereka sudah bernikah serta menyerahkan kes pernikahan luar kariah itu kepada pihak mahkamah. Kes itu kemudian dirujuk kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan untuk pendakwaan dan bakal dikenakan denda.

Gambar Hanez Suraya seksi!

Rabu, 19 Januari 2011

Siapa Hanez Suraya ni? kalau korang masih ingat lagi drama Exora dalam slot Akasia di TV3 dulu memang korang hebat. Pelakon yang sebelum ini menjadi sebutan dilaman-laman media mengenai penampilan sosialnya dulu. Kini dia muncul lagi menjadi model untuk ManggaOnline. Masih menampilkan penampilan seksi. Mungkin sekarang dia ni jadi model kot, lakonannya penulis tak tahu masih aktif lagi atau tidak.

Gambar Anuar Zain tetap hensem!

Pada usia yang kini menjangkau umur 40 tahun Anuar Zain tidak terlalu memikirkan soal mencari teman wanita/jodoh. Anuar dikatakan sudah selesa hidup bersendiri dengan apa yang dilaluinya kini tanpa kehadiran wanita. Kenapa tidak Anuar lebih menumpukan perhatian kepada muzik dan kerjayanya. Malah pertambahan usia membuatkannya lebih matang.
“Saya rasa selesa hidup begini, mungkin juga jodoh saya sudah meninggal dunia,” kata Anuar dengan nada gurauan.


Lagi pasangan Sehati Berdansa cerai?

Rumah tangga yang sedang bahagia dikatakan goyah oleh seorang sumber, Amyza Aznan hanya ketawa dan tidak menganggap dakwaan itu terlalu serius. Tidak melenting, tidak bermakna rumah tangganya dan suami, Khairil Izhar Mohd Nazir sedang dilanda badai sebaliknya Aniza enggan membesarkan dan mengambil pusing tentang perkara tersebut.

Dakwa Amyza mungkin cerita seperti ini timbul apabila ada orang ternampak mereka berdua tidak selalu keluar bersama. Ini kerana Amyza dan suami sedang sibuk dengan kerja masing-masing. Jadual kerja Amyza pula sangat padat dengan penggambaran drama dan pengacara tv.

Sementara suami Amyza pula sibuk mengendalikan konsert dan beberapa aktiviti di tempat kerjanya di Petronas KLCC. Memang kadangkala Amyza dan suami dilihat tidak bersama kerana faktor kerja dan jarak tempat kerja dengan rumah mereka.

Bagaimanapun, Amyza tetap berterima kasih kepada pihak yang mengambil berat tentang rumah tangganya dan berharap semua orang mendoakan kebahagiaannya sekeluarga.

Selain itu, dia juga bersyukur dengan rezekinya dalam karier seni kerana masih mendapat tawaran berlakon beberapa drama lain dan baru dilantik sebagai duta wangian Karisma sejak enam bulan lalu.

foto pernikahan Irwansyah, Zaskia Sungkar

Selasa, 18 Januari 2011

Penyanyi Irwansyah, 25, selamat bernikah dengan juga seorang artis, Zaskia Sungkar, 21, baru-baru ini. Irwansyah melafazkan akad nikah di Masjid Al-Bina, Senayan Jakarta. Irwansyah berasa gementar sebelum majlis akad nikah, dengan beranggapan takut salah ucap, katanya seperti itu.

Namun, selepas selesai majlis itu, isterinya, Zaskia berkata, mereka akan berusaha untuk mendapatkan anak secepat mungkin. Menurut Zaskia, dia tidak mahu menggunakan alasan sibuk berlakon sinetron untuk menangguhkan usaha bagi mendapatkan cahaya mata.