Gossip Artis,
Perceraian Artis,
Sehati Berdansa,
Suami Isteri,
Rumah tangga yang sedang bahagia dikatakan goyah oleh seorang sumber, Amyza Aznan hanya ketawa dan tidak menganggap dakwaan itu terlalu serius. Tidak melenting, tidak bermakna rumah tangganya dan suami, Khairil Izhar Mohd Nazir sedang dilanda badai sebaliknya Aniza enggan membesarkan dan mengambil pusing tentang perkara tersebut.

Dakwa Amyza mungkin cerita seperti ini timbul apabila ada orang ternampak mereka berdua tidak selalu keluar bersama. Ini kerana Amyza dan suami sedang sibuk dengan kerja masing-masing. Jadual kerja Amyza pula sangat padat dengan penggambaran drama dan pengacara tv.
Sementara suami Amyza pula sibuk mengendalikan konsert dan beberapa aktiviti di tempat kerjanya di Petronas KLCC. Memang kadangkala Amyza dan suami dilihat tidak bersama kerana faktor kerja dan jarak tempat kerja dengan rumah mereka.

Bagaimanapun, Amyza tetap berterima kasih kepada pihak yang mengambil berat tentang rumah tangganya dan berharap semua orang mendoakan kebahagiaannya sekeluarga.
Selain itu, dia juga bersyukur dengan rezekinya dalam karier seni kerana masih mendapat tawaran berlakon beberapa drama lain dan baru dilantik sebagai duta wangian Karisma sejak enam bulan lalu.
Tag
:
Gossip Artis
,
Perceraian Artis
,
Sehati Berdansa
,
Suami Isteri