Ana Raffali sudah punya kekasih hati!

Pada: Jumaat, 21 Januari 2011
Anna Raffali sudah mempunyai kekasih yang dikenalinya sebelum bergiat aktif dalam penulisan lagu. Walaupun sudah agak lama mengenali lelaki tersebut tetapi hubungan mereka masih pada peringkat masih mengenali hati budi masing-masing dan Ana selalu berpegang kepada prinsip 'Jangan Pegang-pegang'. Perkara yang bukan rahsia itu lagi sudah disahkan sendiri oleh abang kandungnya, Harris yang turut dimaklumkan oleh Ana mengenai hubungan istimewa tersebut.

“Saya tahu dia sedang berkawan dengan seseorang. Sebagai abang saya tidak kisah asalkan dia pandai jaga diri dan tidak leka," katanya kepada mStar

Tag : , , ,