Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Haliza Misbun, Ari Wibowo Ada Apa-apa?

Selasa, 28 Julai 2009

Nampaknya aktres dan juga pelakon, Haliza Misbun tetap mahu memilih Ari Wibowo sebagai hero filem terbarunya. Dia sanggup ke Jakarta semata-mata mahu memujuk Ari untuk berlakon dengannya dalam filem Andartu Terlampau...21 Hari Mencari Suami. Filem arahan Din CJ itu akan memulakan penggambarannya pada 11 Ogos ini di Kuala Lumpur dan Ari membawakan watak Dr. Ryan Diprojo.

Dengarnya Ari juga begitu seronok dapat berkerjasama lagi dengan Haliza yang sempat bertemu dengan keluarga Ari di sana. Tak percaya, tengok betapa mesranya Haliza dengan anak sulung Ari, Kenzo yang comel dan montel itu.

Dikhabarkan juga selain Ari, Haliza juga menjemput adik iparnya, Awie dan Erra Fazira untuk berlakon bersama. Awie bakal membawakan watak Putera Aziz Al-Biruni manakala Erra Fazira yang muncul sebagai undangan khas menggalas watak Markonah, pembancuh teh yang kecoh dan gila berniaga.

Ziana Zain Kehilangan Darah

Berita kelahiran sepasang bayi kembar lelaki dan perempuan Ziana Zain dan suaminya, Armin, nyata menggembira semua peminat filem Sembilu itu. Ziana yang dikhabarkan selamat melahirkan anaknya itu secara pembedahan baru-baru ini, di sebuah hospital swasta di Shah Alam, 3 minggu lebih awal daripada tarikh jangkaan sebenar. Dalam perkembangan terbaru, terdengar khabar lain yang menganggap kak Ziana masih lagi dirawat di hospital terbabit kerana keadaan dirinya kurang sihat kerana masih mengalami tekanan darah tinggi selain banyak kehilangan darah tempoh hari.

Biasalah, ramai wanita hamil akan berada dalam komplikasi seperti itu, apatah pula Ziana pertama kali melahirkan anak kembar. Tapi sumber terdekat dengan Ziana memberitahu peminat usahlah khuatir dan terus-teruslah mendoakan kesihatan Ziana yang masih lagi dalam pengawasan doktor. Apabila dia betul-betul kuat dan sihat, barulah Ziana dan 2 anak kembarnya yang comel itu akan dibenarkan pulang ke rumah. -Murai

Amin lah dari penulis kalau macam tu.

Era FM ciplak Suria FM?

Digembar-gemburkan kononnya Stesen Era FM meniru konsep 40 Minit Muzik Tanpa Henti oleh stesen radio Suria FM baru-baru ini, nampaknya tidak membuatkan stesen radio yang berada di tangga pertama negara, ERA terus melatah mahupun melenting tidak tentu pasal atas dakwaan ini. Meskipun Ketua Pegawai Operasi Suria FM, Engku Emran Engku Zainal Abidin tidak terang-terangan 'mengaitkan' nama ERA, namun rasanya semua orang tahu stesen mana yang dimaksudkan itu.

Asalkan masih berada di landasan yang benar, tiada apa yang perlu ditakuti oleh seluruh warga kerja ERA andai terus dilabelkan dengan pelbagai tanggapan negatif selepas ini. Menjelaskan situasi kurang enak berkenaan, Pengurus Rancangan ERA, Nazri Noran menjadi individu terpenting yang mendedahkan kebenaran yang masih tidak diketahui oleh orang di luar sana.

Membahas semula tentang ERA yang dikatakan menceduk ilham radio pesaing, Nazri menganggap format tersebut sebenarnya sudah direalisasikan oleh stesen-stesen radio di bawah kendalian AMP Radio Networks sebelum ini. -Kosmo

Shazlin, Radhi Sah Bercerai

Isu panas penyanyi vokalis OAG, Radhi dan bekas isterinya, Shazlin Shariff di mahkamah kelmarin (27/7) akhirnya selesai dengan memfailkan penceraian yang dilafazkan oleh Radhi sendiri pada 15 September tahun lalu. Kes ini timbul apabila Radhi mengakui isterinya curang kepadanya dengan berkawan dan mengadakan hubungan sulit dengan seseorang yang hanya dikenali dengan nama 'Izat' (bekas suami seorang pelakon). Dalam hal yang lain pula, Radhi mempunyai bukit yang kukuh seperti SMS yang dihantar berbunyi 'Baby, I Miss U'.

Shazlin dengan rasa egoisnya menafikan segala tuduhan Radhi tadi dan menganggap semua itu fitnah dan mereka hanya cuma kawan biasa sahaja. Lantas dengan itu pula Shazlin pun mahu percepatkan isu penceraian ini dengan penuh semangat patriotik (hehe). Ditambah dengan melantakkan apa yang Radhi katakan kepadanya. Isu anak pula, mereka tiada halangan untuk berjumpa anak mereka sendiri, yang dijaga oleh Radhi bersendirian. Sambil itu pula di luar mahkamah, terjadinya fighting mulut ke mulut antara Radhi dan Shazlin, memang kedua-duanya bergaduh tahap maksima sampai mengeluarkan kata-kata kesat, yang mana Shazlin dakwa Radhi tipu agar dia boleh mempercepatkan isu penceraiannya, dan Radhi pula menganggap seronok bergaduh dengan Shazlin (apa2 ajer). Isu ini seharusnya mencari jalan penyatuan balik yakni rujuk, tapi memandangkan Shazlin yang semangat patriotiknya membara, agaknya susah lah mo bersatu balik (Kan dah melepas bini lawa, ngeh3).

Krisdayanti Suka Isu Seks ex-Suami

Isnin, 27 Julai 2009

Walaupun orang ramai sudah mengetahui isu pergolakkan rumahtangga Krisdayanti dan Anang, namun sepertinya isu ini menjadi tempat Krisdayanti meluahkan apa yang pernah dilakukan dengan bekas suaminya itu. Lagi pula isu ini mengaibkan bekas suaminya sendiri, dan itu menjadi satu dosa besar yang Krisdayanti tanggung. Tapi adakah ini permainan dari sebuah majalah/akhbar semata-mata untuk melariskan jualan mereka tanpa mengambil endah hak dan privasi orang lain. Majalah/akhbar Pancaindera memuatkan artikel temubual bersama Krisdayanti dalam versi Melayu (tapi yang dibawah ori dari Indon), dimana point besar dalam temubual itu adalah Kris sendiri mengakui pernah melakukan ML (make Love) bersama anang di dalam kereta.

-Versi Indon
Dalam buku Anda bercerita tentang kehidupan seks yang sangat bergelora. Seberapa hot hubungan seks Anda dengan Anang?

Aku mencintai Anang, dan akan terus mencintainya sampai ajal memisahkan kita. Kehidupan seks kami sangat indah. Sampai sekarang kami adalah dua orang yang sangat excited menciptakan banyak kreasi dalam ML. Anang, misalnya pernah meminta aku memakai stoking jaring, karena dia pernah melihatku menyanyi dengan stoking itu, dan dia jadi bergairah karena stoking itu. Yang paling mengasyikan adalah ketika kami melakukan ML di dalam mobil, Benar-benar pengalaman luar biasa.

Gaya favorit dalam ML?

Hehehe. Semua gaya. Pokoknya hot deh.

Julia Ziegler ditawar Berlakon Lucah

Julia Ziegler seorang pelakon yang memiliki kacukannya tersendiri. Semenjak dua ni, pelakon ni jarang berlakon, almaklumlah pergi Goergia, Amerika Syarikat menziarahi kampung halaman bermula dari 20 April 2009 sehinggalah balik ke Malaysia pada belasan Julai 2009. Bagaimana pun semasa berada di negara itu, Julia menerima pengalaman berharga dimana dia turut ditawarkan untuk berlakon. Tetapi Julia terpaksa menolaknya kerana bimbang dirinya menjadi mangsa sindiket penerbit filem porno.

Melalui seorang kawan rapatnya, Julia diperkenalkan kepada sebuah syarikat yang kononnya mempunyai projek khas untuk diberikan kepada Julia. Syarikat berkenaan bersetuju untuk membayarnya sebanyak USD50,000 atau bersamaan RM175,000 dengan syarat Julia harus bersetuju memakai bikini/bra dan akan dibawa ke California (untuk tujuan yang tidak diketahui). Bagaimana pun selepas berasa curiga dengan tawaran itu kerana bimbang ada maksud tersembunyi, Julia terpaksa menolak pelawaan itu. (Mungkin Allah SWT memberikan hidayah kepadanya disaat dia diberi dugaan ditawar seperti itu)

Linda Onn Bercinta Dengan Jurujual

Lihat kelmarin tak kat Melodi kisah mengenai Linda Onn yang digossipkan bercinta dengan Jurujual. Linda Onn sendiri tidak menafikan hubungan dengan jurujual berkenaan. Tapi katanya sekadar kawan sahaja. Linda juga akui yang dia dan jurujual berkenaan sering kali keluar berduaan (mungkin pergi makan-makan dan seumpamanya). Beruntunglah jurujual tue, dapat berkenalan dengan Linda yang sememangnya glomour dan berduit. Agaknya Linda terpikat kerana apa erk.. NGeh3..

Gambar Terbaru Bekas Pelajar AF

Sunyi sepi tanpa khabar berita dari bekas-bekas pelajar Akademi Fantasia u'all kan. Dalam tidak disangka Astro baru-baru ini telah mengadakan satu jenis program yang dinamakan Prebiu Astro Universe yang bertempat di Hotel Royale Chulan. Dalam program berkenaan, Astro telah menjemput ramai artis-artis terutamanya bekas-bekas pelajar AF. Dari era Zahid sehinggalah yang terkini. Jadi boleh lah u'all dapat mengubati rindu dengan melihat gambar terbaru mereka ini.

Rumah Mawi di Rompak

Ahad, 26 Julai 2009

Polis menembak mati dua perompak warga Indon tengah hari semalam (25/7), kira-kira lapan jam selepas mereka bersama dua lagi rakan merompak rumah ibu penyanyi terkenal, Mawi atau Asmawi Ani di Felda Taib Andak, di sini. Empat lelaki dipercayai berusia antara 20 dan 30 tahun bersenjatakan parang, memecah rumah ibu Mawi, Teratak Bonda, kira-kira jam 4 pagi, dipercayai melalui pintu belakang sebelum melarikan telefon bimbit, wang tunai dan barang kemas dianggarkan bernilai RM8,000.

Ketika kejadian, terdapat sembilan orang di rumah berkenaan termasuk ibu Mawi, Ramlah Sarlan; kakaknya, Rashidah Ani, 38; suami Rashidah, Sahrom Saji, 40, serta tiga anak; adik Mawi, Asmidah Ani, 22, dan dua anak saudara penyanyi itu.

Difahamkan, usaha menjejaki kereta perompak terbabit berhasil, selepas polis mendapat maklumat orang ramai bahawa ada sebuah kereta mencurigakan masuk ke ladang kelapa sawit, Ladang Fraser yang terletak kira-kira lima kilometer dari Felda Taib Andak.

Berikutan itu, pasukan polis mengepung kawasan berkenaan, dan mengarahkan empat perompak terbabit menyerah diri tetapi mereka bertindak menyerang anggota polis mengakibatkan dua daripada mereka ditembak mati manakala dua lagi berjaya meloloskan diri. -Bharian

-Mawi pasni gajikanlah pak guard, banyak duit, keselamatan juga harus ditingkatkan..

Artis Kantoi Tak Solat

Bukan penulis mahu mengaibkan keburukan artis ini, apatah lagi ini juga merupakan kesalahan yang pernah dilakukan oleh kebanyakkan manusia. Yang itu memang tidak dinafikan, seharusnya sebagai seorang umat Islam, solat 5 waktu merupakan kewajiban yang diutamakan apatah lagi Ramadhan nak dekat. Beralih kepada kisah artis yang tidak pergi solat, ada dua artis yang penulis nak ceritakan disini. Tapi identiti artis berkenaan telah dirahsiakn atas sebab2 tertentu, cuma pointnya sahaja kita boleh ambil ikhtibar.

Yang pertama kisah seorang artis takthala ada seorang kawan artis dan seorang lagi yang akan bercakap mengenai kisah ini datang ke rumah artis berkenaan (maksudnya 2 orang). Cerita ini adalah sumbangan insan yang perihatin mengajak artis berkenaan pergi menunaikan solat bukan reka2. Masuk jam 7.30 PM, kawan seorang ni nak menunaikan solat Maghrib, tumpanglah tanya dengan artis berkenaan di mana mahu/pinjam kelengkapan solat. Terkantoi pula artis itu, artis itu tersipu2 berkata, sepertinya tiada telekung. Last2 si kawan ni pun cuba mengerti dalam hati dan lalu mengambil telekung di keretanya (nasib sahaja ada telekung di kereta). Kan dah malu si artis tue.

Yang kedua kisah seorang artis yang pergi makan tengahari. Ada lah seorang kawan ni pergi ke Secret Recipe kat Mid Valley, katanya nak tempah kek (tujuan yang kurang dipastikan). Maka ternampaklah 3 orang beranak artis ni. Memang sah artis tue, suaminya artis (pelakon) dan isterinya juga artis (pelakon). Siap tengok jam nak dekat 1.25PM, kebetulan waktu itu hari Jumaat. Yang si artis ni, asyik dok lunch sahaja. Tapi bagi informer ni mungkin mereka bertiga ni musafir, tapi tak logik pula, kerna kedua-dua artis ini selalu ada di KL.

Jadi renung-renungkanlah kisah artis ini. Sebagai orang Islam, diwajibkan keatas kamu solat 5 Waktu (ingati kisah Israq Mikraj)..

Jamal Abdillah Dan Ogy Bergaduh?

Penarikan diri pelakon dan pengarah, Ogy Ahmad Daud atau lebih mesra dikenali kak Ogy daripada konsert muzikal pertama Jamal Abdillah bukan kerana wujudnya kisah persengketaan antara mereka berdua. Sebaliknya faktor masa menjadi punca mengapa kak Ogy tidak dapat memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pasangannya dalam filem ‘Azura’ berkenaan.
“Tiada masalah antara saya dan Ogy. Kami masih lagi berhubungan baik. Malah dia sendiri menarik diri selepas dua minggu tawaran diberikan kepadanya dan ketika itu perjalanan konsert ini masih di peringkat perbincangan,” kata Jamal ketika ditemui pada majlis sidang media konsert ‘Kembara Seniman’ 24/7.
Selepas Ogy menarik diri, tempatnya digantikan Zainal Abiddin Bujang yang bertindak sebagai pengarah persembahan dan pengarah tari untuk konsert yang berlangsung selama lima hari itu. Juara Bintang RTM 1979 ini berharap penarikan Ogy tidak disalah erti dan disensasikan.
“Saya dapat merasakan penarikan Ogy akan disalah erti. Perlu saya jelaskan, saya sendiri yang menulis skrip untuk konsert muzikal ini, dan Ogy hanya bertindak selaku pengarah. Kerana itu apabila Zainal menggantikan Ogy, tidak ada sebarang masalah berlaku,” ujarnya lagi. -Gua

Siti Nurhaliza Rakam Lagu Asma Ul Husna

Selepas meraih kejayaan manis dalam Anugerah Planet Muzik 2009 (APM2009) dan berjaya dengan Konsert Satu di Istana Budaya, Siti Nurhaliza kini meneruskan satu lagi projek istimewanya iaitu rakaman album terbaru berjudul Tahajjud Cinta. Siti sudah pun memulakan rakaman lagu pertamanya iaitu Asma Ul Husna di Pro Studio, Cheras (23/7) yang ditemani pengurusnya, Rozi.

Ketika ditemui, Rozi Abd Razak, yang juga kakak ipar Siti berkata, album itu bakal dilancarkan pada bulan puasa ini (tak lama lagi tu).
"Ada sesuatu yang menarik untuk dikongsi dengan peminat menerusi album ini. Lagu Asma Ul Husna adalah antara lagu terpanjang yang Siti pernah rakam iaitu kira-kira 6 minit," kata Rozi. -Murai
Apa-apa pun dengan munculnya lagu ini dapatlah Siti menginsafi dirinya sendiri. Ngeh3.


Edlin, Farish Dating di Stadium

Sabtu, 25 Julai 2009

Ketika perlawanan Bola Sepak persahabatan antara MU dan Malaysia baru-baru ini yang dinanti-nantikan oleh ribuan peminat Red Devil. Dalam kehangatan malam itu, terselit pulak dua artis baru yang dok2 diam tengah dating sambil menonton perlawanan itu. Mohd Farish Aziz Sulaiman (Farish), 25, anak kelahiran Sabah yang terkenal dalam program TV Fulus Mania, Trek Selebriti, Muzik@Ria, Ronda 360 darjah (Astro Ria), Debaran Anugerah Era dan terbaru, Kuiz Adik Comel terbitan Astro Oasis selain berlakon dalam filem/drama A.D.A.M, Duranni, KAMI, Dunia Anita dan Gaia dengan pasangannya dari AF2, Edlin Abd Rahim, 26. Aksi mereka sempat di tangkap gambarnya, itu pun berkemungkinan pada jarak yang jauh. Apabila perasan, kedua-duanya seperti dah mula mengelabah sedikit. Jadi adakah mereka berdua ini tengah bercinta? sudah menjadi suatu misteri~

Erema akui Bayu Kuat Seks?

Kes Erema, atau nama sebenarnya Dayang Zaira Erema Awang Moshdad, 26 dengan bekas suaminya Seri Bayu, atau nama sebenarnya Jamaludin Sulik, 44, yang sudah dekat setahun berlalu makin lama makin bermisteri. Tidak tahu mana satu pihak yang benar atau salah. Bayu yang menderita sakit saraf dan lumpuh dengan menggunakan kerusi roda, disyaki oleh Erema memiliki tenaga luar biasa yakni Bayu kuat seks. Tidak tahulah ini cerita dari Erema sendiri atau sekadar rekaan imiginasi editor majalah yang menayangkannya. Apa-apapun korang beli lah akhbar ini, dan mungkin korang boleh pahami apa maksud tajuk utama akhbar ini. (dah lah orang sakit macam tue, kena cop pulak kuat seks) Ngeh3.

Wana Lancar Album Single

Wana? siapa Wana?. Wana atau nama sebenarnya, Noriezuana Syed Shafudin, 23, penyanyi yang sekarang sendang mengilap nama atas kemenangannya satu masa dahulu di MyStarz LG bulan Feb 2009. Penyanyi kelahiran Skudai, Johor ini bakal mengeluarkan album single pertamanya setelah setengah tahun bergelar juara. Syarikat Warner Music telah mengikat kontrak bersama Wana dalam penghasilan album berkenaan. Album itu juga berkemungkinan bakal keluar pada bulan Ogos depan. (anda digalakkan membeli yang Ori, bukan download di internet) Ngeh3.