Pada:
Ahad, 26 Julai 2009

“Tiada masalah antara saya dan Ogy. Kami masih lagi berhubungan baik. Malah dia sendiri menarik diri selepas dua minggu tawaran diberikan kepadanya dan ketika itu perjalanan konsert ini masih di peringkat perbincangan,” kata Jamal ketika ditemui pada majlis sidang media konsert ‘Kembara Seniman’ 24/7.Selepas Ogy menarik diri, tempatnya digantikan Zainal Abiddin Bujang yang bertindak sebagai pengarah persembahan dan pengarah tari untuk konsert yang berlangsung selama lima hari itu. Juara Bintang RTM 1979 ini berharap penarikan Ogy tidak disalah erti dan disensasikan.
“Saya dapat merasakan penarikan Ogy akan disalah erti. Perlu saya jelaskan, saya sendiri yang menulis skrip untuk konsert muzikal ini, dan Ogy hanya bertindak selaku pengarah. Kerana itu apabila Zainal menggantikan Ogy, tidak ada sebarang masalah berlaku,” ujarnya lagi. -Gua







Tag : Gossip Artis , Jamal Abdilah , Ogy Ahmad Daud , Penyanyi