Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:
Zamani didapati bersalah, hukuman yang dikenakan adalah...
Akhirnya kes dadah yang melibatkan Zamani dan pembantunya Nur Juliana telah diputuskan mahkamah semalam, dimana dia dijatuhi hukuman dedan sebanyak RM5,500 masing-masing jika gagal bayar akan dipenjara 18 bulan.
Tuduhan mereka dikenakan atas memiliki heroin dan morfin dengan berat bersih 0.6 gram di Jalan Enggang Timor Satu, Taman Keramat pada 12.30 tengah malam, 21 Januari lalu. -mStar
Anak sulung Rita Rudaini tak ikut jejak kerjaya ayah tapi mahu menjadi..
Akui Rita Rudaini yang anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin mahu bercita-cita menjadi seorang imam pada masa kelak.
Ini dibuktikan apabila Airit sangat berminat membaca al Quran di sebuah kelas agama di masjid berhampiran dalam usianya kini 6 tahun.
Ini dibuktikan apabila Airit sangat berminat membaca al Quran di sebuah kelas agama di masjid berhampiran dalam usianya kini 6 tahun.
"Alhamdulillah Rayyan memang suka mengaji dan pergi ke masjid apabila mempunyai masa terluang dan saya bersyukur kerana dia menunjukkan minat mendalam terhadap Al Quran.
"Dia pernah beritahu saya dia ingin menjadi Imam dan sebagai ibu sudah tentu ia perkara menggembirakan saya,
"Tahun hadapan dia akan masuk darjah satu dan apabila melihat minatnya dalam bidang agama saya fikir lebih baik daftarkan dia ke sekolah berteraskan agama," -Rita petikan portal mStar
Fahrin kahwin Sabtu ini dengan Izreen Azminda?
Fahrin Ahmad mengumumkan akan melangsungkan pernikahan dengan wanita pilihannya di Pusat Konvensyen Sime Darby, di sini, Sabtu ini, 9 Mei 2015.
Bagaimanapun, pelakon itu enggan mendedahkan siapa bakal isterinya dan akan memperkenalkan wanita itu kepada pihak media di majlis itu nanti.
Fahrin berkata, dia memilih untuk merahsiakan mengenai perkahwinannya di atas permintaan keluarga pihak wanita.
Dalam pada itu, Fahrin menafikan bakal isterinya adalah Izreen Azminda. -Hmetro

"Saya meminta media supaya tidak mendesak saya untuk mendedahkan identiti bakal isteri dan tunggu majlis nanti,"
"Buat masa ini, sebarang maklumat mengenai bakal akan dirahsiakan sehingga hari pernikahan kerana tidak mahu orang ramai membuat spekulasi dan mengeluarkan kata-kata negatif di laman sosial,
"Insyallah resepsi majlis perkahwinan masih dalam perbincangan dan tarikh akan dimaklumkan nanti," katanya.
Dalam pada itu, Fahrin menafikan bakal isterinya adalah Izreen Azminda. -Hmetro
Sebab Che Ta tidak berharap hamil lagi..
Mungkin selepas ini Che Ta tidak akan hamil lagi. Itulah yang mungkin dimaksudkan oleh Rozita Che Wan apabila alasan usianya yang kini sudah tua walaupun ramai yang akui pun usia 40 lebih, Che Ta masih anggun dan cantik.
Namun bagi Che Ta, dia hanya berharap dapat dikurniakan anak lagi jika itu takdir rezeki buatnya.
Namun bagi Che Ta, dia hanya berharap dapat dikurniakan anak lagi jika itu takdir rezeki buatnya.
“Mereka suruh saya beranak lagi. Yang suruh saya beranak itu senanglah cakap, sebab yang meneran saya. Bukan saja orang luar, suami sendiri pun suruh saya mengandung lagi. Tapi jujurnya saya sudah terlalu berusia untuk dapat anak kecil lagi”
“Dalam hal ini buat saat ini, cukuplah seorang. Tapi kalau Tuhan mengizinkan saya dapat anak lagi, semua itu pasti diterima dengan hati terbuka,” -Che Ta
Andy Flop Poppy berbohong?
Dengar khabar yang isteri pertama Andy Flop Poppy, Nurul Shafiza tidak pernah mengakui untuk bersetuju suaminya berkahwin lagi dengan seorang wanita bernama, Aliaah Abdullah.
Malah Nurul menafikan sekeras-kerasnya dakwaan sebuah akhbar tempatan dimana suaminya itu ada menyebut isterinya bersetuju dengan poligami. (artikel terdahulu mendakwa mendapat persetujuan)
Malah Nurul menafikan sekeras-kerasnya dakwaan sebuah akhbar tempatan dimana suaminya itu ada menyebut isterinya bersetuju dengan poligami. (artikel terdahulu mendakwa mendapat persetujuan)
"Saya tidak setuju denga perkahwinan itu. Biar Allah yang tentukan.
"Moga rumah tangga saya dapat kembali kepada asal. Mungkin ini dugaan saya dengan anak-anak. Selebihnya, saya enggan komen lanjut," -Nurul petikan portal mStar
Sebab Dato' Siti Nurhaliza sokong Tun Mahathir
Isnin, 4 Mei 2015
Memetik laporan The Rakyat Post, sokongan yang dinyatakan oleh Siti tersebut adalah spontan dan beliau tidak mahu memberikan komen lanjut mengenai perkara tersebut.
“Seandainya ada pihak yang mahu melihatnya dari sudut politik, saya tidak boleh menghalang dan terpulang pada perspektif masing-masing.
“Bagi diri saya, apabila perkara itu berlaku (luahan hati Tun Dr. Mahathir), saya tidak memikiran apa-apa melainkan hanyalah sebagai satu sokongan moral kepada beliau sebagai generasi yagn membesar dalam era pemerintahannya,” -Siti
Kekasih Dato Boy Iman adalah kakak kepada... (2 gambar)
Dengar cerita yang kakak Emma Maembong (kalau tidak silap), Effa Maembong menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon, Dato' Boy Iman.
Ini berikutan gambar mesra mereka berdua tersebar dimana Effa sendiri memuatnaik gambar mereka di laman sosial.
Kalau betul bercinta, baguslah, semoga cepat-cepat bernikah. :)
Pengakuan Neelofa mimpi kahwin dengan Fahrin! (video)
Neelofa buat kejutan di rancangan Meletop yang dihostkan bersama Ahmad Nabil. Tamu undangan ketika itu adalah penerbit, Osman Ali (pengarah sama yang mengarah filem Ombak Rindu), Fahrin Ahmad dan Izara Aishah bersempena untuk mempromosi filem Pilot Cafe.
Bukan bersoal pasal filem Pilot Cinta yang dikatakan bakal meletop tahun ni tapi yang paling menarik adalah Neelofa akui yang dia ada bermimpi dengan Fahrin.
Bermimpi dapat kahwin dengan Fahrin dan kemudian terus telefon Fahrin. Wah bukan main lagi Neelofa jujur ni kan, kalau berkenan, kami doakan agar mereka dijodohkan bersama. Amin
Video tu minit ke-13.

Hobi bakal suami Lana Nordin (10 gambar)
Dengarnya bakal suami Lana Nordin, David Mckienzie atau nama Islamnya, Daud memiliki hobi yang selalu kita dengar dan tahu. David suka berselfie bila bersama Lana mahupun berseorangan.
Ini menunjukkan mereka sudah bersedia serasi untuk bergelar suami isteri yang bakal dijadualkan beberapa minggu sahaja lagi untuk diijab kabulkan.
Saat-saat indah selfie itu selalu dikemaskini di laman sosial milik mereka berdua.
Tahniah Hanez Suraya hamil anak sulung!
Wah dengarnya Hanez Suraya kini disahkan hamil anak sulung. Sekaligus berita ke-2 gembira buat suaminya dimana Hanez sebelum ini sudah bertudung.
Berita baik ini disampaikan oleh adik Hanez, Safira yang berkongsi gambar ujian kehamilan aka pregnancy test kakanya, Hanez.
Berita baik ini disampaikan oleh adik Hanez, Safira yang berkongsi gambar ujian kehamilan aka pregnancy test kakanya, Hanez.
"Saya berharap jodoh perkahwinan ini akan kekal hingga ke jannah. Semoga dikurniakan zuriat yang sihat dan cantik tubuh badan. Saya juga turut berdoa di tempat yang dikatakan mustajab doanya seperti di Hijr Ismail,"
"Adik saya terlalu teruja. Saya faham. Cuma tak sangka akhirnya jadi begini. Saya O.K sahaja. Lagipun ini benda (berita mengandung) berita baik. Cuma saya tidak mahu terlalu teruja asalnya kerana usia kehamilan ini masih baharu. Apapun saya bersyukur kerana doa di Tanah Suci dimakbulkan," -hanez
Shah Jaszle, Hanis selamat bergelar suami isteri (gamba)
Akhirnya Shah Jaszle dan pasangannya Hanis Husna telah selamat bergelar suami isteri semalam. Ini dibuktikan lagi dengan gaun pengantin yang dipakai Hanis di laman sosial Instagram milik Jaszle.
Mungkin majlis pernikahan mereka dibuat secara tertutup dan dihadiri oleh saudara mara terdekat kedua-dua belah pihak. Tahniah lah diucapkan.
Mungkin majlis pernikahan mereka dibuat secara tertutup dan dihadiri oleh saudara mara terdekat kedua-dua belah pihak. Tahniah lah diucapkan.
Bakal suami Jojie, beza 14 tahun usia (4 gambar suami)
Sabtu, 2 Mei 2015
Akhirnya kakak Ella, Jojie yang berusia 50 tahun bakal mengakhiri zaman bujangnya dengan usahawan, Syahrizal yang berusia 36 tahun. Bagi Jojie memetik Bharian, umur bukanlah penghalang, tapi restu keluarga itu lebih penting.
Pihak lelaki sudah pun merisik Jojie baru-baru ini, dengan mencadangkan tarikh pernikahan sebelum Ramadan dan resepsi selepas Aidilfitri.
Pihak lelaki sudah pun merisik Jojie baru-baru ini, dengan mencadangkan tarikh pernikahan sebelum Ramadan dan resepsi selepas Aidilfitri.
Sekitar majlis pernikahan Ramona Zamzam (17 gambar)
Tahniah kepada pelakon Ramona Zamzam yang selamat bergelar isteri kepada jejaka dari Palestin, Rami Alashkar pada jam 4 petang semalam bersamaan 1 Mei 2015.
Majlis bermakna itu berlangsung di Kayangan Heights kediaman keluarga Ramona. Ramona menerima hantaran mas kahwin RM300. Bagaimanapun wang hantaran dirahsiakan.
Terdahulu pada sebelah pagi pasangan ini mengikat tali pertunangan dalam satu majlis ringkas di lokasi yang sama pernikahan berlangsung.
"Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan seadanya. Terima kasih yang sudi hadir ke acara kami," -Ramona petikan portal BharianRamona menjelaskan dia dan suami merancang berbulan madu di mana-mana pulau seperti Bali atau Lombok selain berkira-kira ke Eropah. -gambar DRACONIQ PHOTOGRAPHY | instagram Ramona
Julie Dahlan meninggal dunia
Salam takziah buat keluarga penerbit terkenal Julie Dahlan yang meninggal dunia malam Jumaat bersamaan 30 April di Hospital Ampang disebabkan penyakit buah pinggang, kencing manis dan darah tinggi.
Jenazahnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Klang Gate Baru, Ulu Klang, dekat sini, pada pukul 10.30 pagi semalam, Jumaat.
Antara rakan artis yang hadir termasuklah Datuk Hattan, Datuk Khatijah Ibrahim, Azwan Ali, Nasha Aziz, Dayang Sulu dan Ziela Jalil.
Allahyarham meninggalkan tiga anak iaitu Norhaslinda, 44, Muhammad Hairi, 39, dan Siti Hani Nur Zara, 34, bersama tiga cucu. -sumber mStar