Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Azwan Ali report polis isu sabun Jaafar Onn

Jumaat, 20 Februari 2015

Azwan Ali menegaskan menjadi mangsa jenayah siber dan menafikan telah memuat naik foto Jaafar Onn sendang mandi buih sabun. Sehubungan itu Azwan atau lebih dikenali sebagai diva AA, telah membuat laporan di Balai Polis Taman Melawati pada petang Rabu.

Azwan membuat laporan polis ke atas pihak berkenaan berhubung gambar pelakon Jaafar Onn yang dikaitkan dengan dirinya.
"Saya tidak pernah memuatnaik foto pelakon tersebut di instagram , twitter serta blog milik saya. Apa yang boleh saya katakan saya telah menjadi mangsa jenayah siber.

"Saya tidak tahu apa motif pihak yang tidak bertanggungjawab itu berbuat demikian dan saya juga tidak tahu bagaimana mereka melakukannya.

"Apa yang boleh saya katakan, ini adalah satu fitnah yang sengaja dilakukan untuk mengaibkan diri saya. Disebabkan itu saya telah membuat laporan polis. Berani kerana benar dan takut kerana salah," katanya.
Tambah Azwan, dia tidak akan teragak-agak untuk menyaman pihak tidak bertanggungjawab yang telah mencetuskan jenayah siber tersebut.

Terdahulu, Azwan Ali telah membuat dakwaan disihir seorang selebriti tua dan lembut menerusi program hiburan Melodi.

Bagaimanapun kenyataannya itu telah dimanupulasi oleh pihak tertentu dengan mengaitkan dakwaan Azwan dengan pelakon Jaafar Onn sehingga tersebarnya foto yang kononnya dimuatnaik oleh pengacara sensasi tersebut.
"Saya tidak pernah sebut siapa artis tua dan lembut itu dan saya juga tidak boleh halang masyarakat luar daripada membuat sebarang spekulasi. Itu hak mereka," katanya lagi memetik portal Murai.

Pra perkahwinan Zul Huzaimy, Ernawati (12 gambar)

Rabu, 18 Februari 2015


Gambar ini adalah pra perkahwinan Zul Huzaimy dengan bakal isterinya, Nur Ernawati. Mereka akan diijabkabulkan pada Jumaat ini, 20 Februari.

Anak sulung Zul juga turut bersama menjadi orang ke-3 di dalam foto berkenaan.-gambar lookitlove.com

Siti Nurhaliza wanita ke-3 terkaya dengan aset berjumlah...

Dato' Siti Nurhaliza yang pernah memenangi 200 anugerah tempatan dan pelbagai anugerah luar semenjak menjadi anak seni, kini dikhabarkan dimana dia adalah wanita ke-3 terkaya di Malaysia dengan anggaran aset yang dimilikinya kini berjumlah RM50 juta menerusi portal savemoney.com.

Dengan label sebagai penyanyi no.1 Negara, Siti juga mempunyai perniagaannya sendiri yang dinamakan sempena namanya, SimplySiti.

Jaafar Onn = bapok tua tidak sedar diri

Jaafar Onn Bapok Tua Tak Sedar Diri - Azwan Ali
Azwan Ali menerusi akaun Twitternya pada Isnin telah memuat naik beberapa keping foto pelakon Jaafar Onn sedang mandi buih.

Menurut sumber yang mengirimkan foto-foto Azwan ‘menyerang’ Jaafar kepada Astro Gempak semalam, Azwan pada mulanya dilihat memuat naik tiga keping foto Jaafar di akaun twitternya namun telah memadam dua daripadanya.

Liza Hanim hamil anak ke.... (gambar scan)

Tahniah juga diucapkan kepada penyanyi, Liza Hanim yang dikhabarkan kini hamil anak ke-4 dimana usia kandungannya itu kini adalah 11 minggu atau nak masuk 3 bulan sudah.

Semalam Liza Hanim telah memuatkan status serta gambar tentang berita kehamilan serta kandungan bayinya menerusi laman sosial instagramnnya, @lizahanim1979 semalam.

Tahniah, Elly Hamil anak sulung

Memetik portal MediaHiburan, Elly Mazlein kini disahkan hamil anak sulung. Ini dibuktikan lagi dengan text yang diberikan oleh Elly melalui perisian Whatsapp dan gambar imbasan scan.

"Assalamualaikum sayang, alhamdulillah akak 'pregnant'. 'Gestational age' satu bulan dua minggu. Doakan akak ya," ujarnya ringkas kepada Media Hiburan.

"Jantina anak memang belum boleh tahu lagi. Tapi akak tidak kisah jika dikurniakan anak lelaki atau perempuan. Asal sahaja anak dalam kandungan sihat dan selamat," _Elly

Rita Rudaini terima SMS rindu seseorang!

Selasa, 17 Februari 2015

Rita Rudaini kini sudah ada teman istimewa ke? dengarnya satu screen shoot SMS yang dilampirkan ke dalam laman Instagram miliknya menjadi perbualan hangat apabila ada seseorang rindu pada dia.

Mungkin SMS berkenaan adalah sangat penting sehinggakan Rita memberitahu kepada followernya di Instagram. Namun ianya seperti teka teki yang tidak diketahui siapa orangnya.

Semestinya nama bekas suami, Aidil tetap dikaitkan dengan ‘watak misteri’ itu namun kebenarannya hanya Rita sahaja yang tahu.

Komen Nora Danish video IS Malaysia papar wajahnya!

Agak mengejutkan apabila gambar Nora Danish dijadikan bahan ugutan yang dibuat oleh kumpulan yang didakwa IS Malaysia. Nora yang dikhabarkan berita itu agak terkejut dan enggan mengulas lanjut mengenainya.

Tidak diketahui apa tujuan mereka menayangkan gambar Nora berkenaan, adakah sangat meminati Nora atau sebaliknya yakni tidak mahu artis menanyangkan aurat mereka.

Eizlan, Vie Santie sah cerai talak satu!

Rumah tangga yang dibina pelakon Datuk Eizlan Yusof dan isterinya, Datin Vie Santie Harun selama tujuh tahun akhirnya musnah apabila pasangan itu disahkan bercerai talak satu.

Perceraian mereka disahkan oleh Makamah Syariah Gombak Timur, Ampang pada Isnin, semalam. Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin memutuskan percerian itu selepas mendapati lafaz cerai yang diucapkan oleh pelakon itu terhadap isterinya pada 28 September 2014 adalah sah.

Pasangan tersebut bersetuju hak penjagaan tiga anak mereka diberikan kepada Vie Santie Harun selaku ibu manakala Eizlan mendapat kebenaran untuk bermalam dengan anak-anaknya pada masa yang dipersetujui bersama.

Vie Santie selaku plantif juga bersetuju tidak akan membuat tuntutan mutaah manakala nafkah edah pula akan diberikan mengikut budi bicara Eizlan.

Tahniah! Almy Nadia selamat lahirkan baby girl (gambar)

Tahniah kepada pasangan selebriti, Almy Nadia dan Fizz Fairuz dimana Almy selamat melahirkan anak sulung mereka semalam. Anak sulung berjantina perempuan itu dilahirkan di Hospital Columbia, Setapak sekitar 6.49 petang, 16/2/2015.

Bayi perempuan itu seberat 3.25kg, namun nama dan wajahnya tidak didedahkan kepada umum lagi menurut ayahnya, Fizz.

Gambar siapa ni? isteri dia cantik sangat (20 gambar)

Isnin, 16 Februari 2015

Gambar Adiela Safiyanni, Isteri Pemandu Lori
Kisah seorang wanita cantik bersama seorang lelaki biasa-biasa yang bekerja sebagai pemandu lori telah tersebar luas dan menjadi viral di laman sosial baru-baru ini.

Wanita ini merupakan seorang model beberapa jenis tudung. Apa pun, mari kita saksikan beberapa gambar isteri pemandu lori, Adiela Syafiyanni yang dipaparkan di bawah ini buat tatapan anda.

Video sangat romantik dari Yana Samsudin, Fadzil

Inilah video hasil pengantin baru Yana Samsudin & Fadzil Zahari yang dikatakan cukup menyentuh hati dan perasaan.

Paling mengharukan bila sampai part Fadzil pesan pada Yana supaya menjadi isteri yang mendengar kata. Yana pula berharap dia mati dulu sebelum Fadzil kerana tak sanggup kehilangan orang yang disayangi.

Bayi comel anak kepada Ana Raffali (gambar)

Gambar Bayi Ana Raffali dan Ahmad Aznaim Abdullah

Hari Khamis yang lalu, Ana Raffali selamat melahirkan anak lelaki sulung dia dengan suaminya, Ahmad Aznaim Abdullah yang mendirikan rumahtangga pada Februari 2012 yang lalu.

Ana memberitahu berita baik itu di laman sosial Instagramnya semalam. Tambah Ana, bayi lelaki itu dilahirkan secara normal.

Rita Rudaini sedih anaknya diganggu?

Berita Rita Rudaini Mengamuk Bila Tahu Aidil Dapat Baby Baru
Dengarnya Rita Rudaini mengamuk apabila mendapat tahu yang Aidil Zafuan bergelar ayah, dimana isterinya Zarema telah melahirkan seorang bayi lelaki yang cukup comel.

Melihat status Rita di laman sosialnya, sepertinya Rita agak tidak berpuas hati dimana keluarga bekas suaminya itu, dikatakan menyibuk dan menganggu emosi anak-anaknya.

Punca Sarimah Ibrahim cerai dengan Adrew

gambar nourarahmat fg

Rasanya ramai yang dah tahu Sarimah Ibrahim yang pernah berkahwin dengan jejaka kelahiran Australia, Andrew John Browning telah sah bercerai.

Mereka berpisah secara baik dan sah setelah diputuskan di Mahkamah Rendah Syariah beberapa hari lalu. Sebelum itu, Andrew sudah melafazkan cerai di kediaman mereka sekitar bulan Mei 2009 yang lalu.
“Ia disaksikan tiga adik-beradik saya. Kami banyak berselisih faham dan tidak tinggal sebumbung sejak Januari 2009″

“Malah, kami juga menghadiri sesi kaunseling lebih enam kali, tetapi nampaknya sudah tiada jodoh. “Alhamdulillah, semua sudah selesai. Hidup perlu diteruskan,” -Sarimah petikan Hmetro.
Sarimah bakal mendirikan rumahtangga semula dengan pasanganya, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar pada 2 April ini.

TMJ guna 'haha' untuk kenyataan rasmi

Sabtu, 14 Februari 2015

Apabila TMJ Guna`Haha’ Dalam Kenyataan Rasmi

Buat julung kali, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menggunakan perkataan `haha’ yang sering digunakan oleh masyarakat sebagai ayat ketawa dalam kenyataan rasmi baginda semalam.

TMJ menggunakan ayat itu sewaktu membuat kenyataan terhadap pihak yang sentiasa memandang negatif terhadap pembangunan bola sepak Johor termasuk yang gembira dengan kekalahan Harimau Selatan dalam aksi kelayakan Liga Juara-juara Asia (ACL) baru-baru ini.

Sekitar pernikahan Yana Samsudin, Fadzil Bahri (60 gambar)


Dengan sekali lafaz, pelakon Norliana Bt Samsudin atau lebih dikenali sebagai Yana Samsudin telah sah menjadi isteri kepada Fadzil Bahri B Dato Dr Zahari sebentar tadi di kediaman keluarga pihak perempuan di Yong Peng, Johor.

Pengantin perempuan telah menerima mas kahwin sebanyak RM10,000 manakala wang hantaran sebanyak RM50,000. Pihak lelaki menyediakan lima dulang hantaran dan berbalas tujuh hantaran daripada pihak perempuan.

Pernikahan ini disempurnakan oleh jurunikah Imam Shamsul Rizalaris B Abd Hamid. Majlis ini diadakan secara sederhana dengan hanya dihadiri oleh keluarga, sanak saudara, kenalan rapat dan wartawan sahaja.

Manakala majlis persandingan pasangan ini akan diadakan secara besar-besaran pada esok di Dataran Gemilang Yong Peng.-info MediaHiburan | gambar Facebook Fadzil Zahari

Punca sebenar Saiful Apek enggan sertai MLM

Jumaat, 13 Februari 2015

Punca sebenar mengapa pelawak lagenda, Saiful Apek enggan menyertai MaharajaLawak Mega musim hadapan yang ditawarkan kepadanya walaupun program berkenaan memberikan hadiah cukup lumayan dalam sebuah pertandingan program realiti.
"Setiap tahun saya ditawarkan untuk menyertai pertandingan Maharaja Lawak Mega, namun saya menolak kerana merasai ia sudah tidak penting buat saya. Sebelum ini saya sudah beberapa kali menjadi juri pertandingan Raja Lawak dan kenapa pula saya mahu jadi peserta?

Lagi pula tiada apa lagi hendak di buktikan di pentas tersebut kerana sebelum ini saya sudah memeggang gelaran Artis Komedi Popular selama enam tahun berturut-turut... cukuplah tu,"
Saiful juga mengulas perbezaan pelawak sekarang dan dahulu ketika zaman-zaman Senario.
"Sekarang sangat berbeza. Semasa dengan Senario dulu... kami habiskan masa berbulan-bulan untuk buat album hingga ada tujuh buah album dan konsert sendiri untuk dapat hidup selesa.

"Sekarang buat show lima minit sahaja dah boleh dapat RM500,000. Namun, apa yang saya lihat jika cepat mereka meraih populariti, maka cepat juga akan dilupai," -Saiful Apek petikan portal mStar

Adik perempuan kembar Scha al Yahya (gambar)


Gambar Adik Perempuan Kembar Scha Al-Yahya
Scha Al-Yahya sebenarnya mempunyai seorang adik perempuan kembar yang hampir sama dengan raut wajahnya tetapi berbeza ketinggian dan cara senyuman diantara mereka berdua.

Apapun, mari kita lihat gambar adik perempuan kembar Scha Al-Yahya yang dipaparkan di bawah ini, seiras atau tidak.

Punca sebenar Syaiful Melati tunda perkahwinan!

Difahamkan salah seorang ahli kumpulan pelawak Zero, Syaiful akan menangguhkan proses untuk berumahtangga aka kahwin dengan pasangannya.

Keputusan Syaiful atau panggilan Melati itu dibuat adalah dasar kerjaya atau kemungkinan mendapat pelbagai tawaran.

Namun ramai yang terkilan, kerana hasrat Syaiful itu seharusnya dibuat terlebih dahulu, kerana itu adalah niat pertama mereka dan tidak menjadi kesalahan jika sudah berkahwin dan kekal sebagai seorang pelawak.
Nawaitu asal kami menyertai Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) adalah untuk mendapatkan wang dan menunaikan dua hasrat kami itu. Hal perkahwinan, mungkin akan ditunda terlebih dahulu…Buat masa ini biarlah kami bertiga fokus pada kerja dahulu. -Syaiful

Apa yang tak kena dengan gambar Hisyam Hamid, isteri ni?

Jika selalu kita melihat ramai selebriti di kalangan golongan wanita bertudung, namun kali ini isteri kepada pelakon Hisyam Hamid yang juga pelakon drama Ariana Rose dan Cinta Ibadah dikhabarkan telah berhijab.

Isteri beliau, Mel mengakui yang dia mengenakan hijab baru-baru ini dimana terjadi sebelum bertolak pulang ke Kuala Lumpur dari Singapura.

“Betul, itu adalah penampilan terbaru saya yang mana mula mengenakan hijab semalam sebelum bertolak pulang ke Kuala Lumpur dari Singapura. Alhamdullilah niat saya ini dipermudahkan oleh Allah”

“Bukan paksaan daripada sesiapa tetapi ia datang dari diri sendiri. Suami sangat gembira melihat perubahan dan penampilan baru saya,” Mel petikan MediaHiburan

Sekitar resepsi Leez Rosli, Aepul (13 gambar)

Mari layan gambar resepsi pelakon, Leez Rosli dan Aepul (Drama Band) yang berlangsung beberapa hari lalu. Mereka sebenarnya sudah bergelar suami isteri pada bulan Disember 2014 lagi.